Intan terpanggil untuk menulis tentang anak-anak petang ini. Peristiwa melihat seorang anak kecil mungkin dalam usia 2 tahun dijerkah ayahnya di khalayak ramai kerana tantrum nakkan mainan barangkali terngiang-ngiang di layar fikiran intan. Budak itu terus dan terus menangis dan meraung tanpa ada tanda hendak reda. Habis satu mall memandang aksi ayah dan anak itu….