Adhesion Colic– Apa itu adhesion colic? Adhesion colic adalah keadaan di mana pembentukan tisu fibrous (parut) yang terbentuk dalam beberapa organ dalam abdomen menyebabkan usus melekat antara satu sama lain pada dinding abdomen.
Pelekatan usus ini menyebabkan makanan dan gas tidak dapat lalu, ianya berkumpul dan menyebabkan kesakitan pada bahagian abdomen perut.
Punca Terjadi Adhesion Colic
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah adhesion colic berlaku. Sejarah pembedahan organ dalaman terdahulu menyebabkan seseorang itu mudah untuk terjadinya kesakitan adhesion colic. Contohnya, suatu ketika dahulu, seseorang pernah mengalami pembedahan di bahagian abdomen seperti appendicectomy (buang appendix), Caeserean (pembedahan bersalin) dan lain-lain pembedahan dalaman.
Dipercayai juga adhesion colic terjadi disebabkan amalan minum pati haruan/gamat. Statistik kajian perubatan menunjukkan bahawa wanita yang bersalin secara ceasarean paling berisiko tinggi untuk mendapat adhesion colic jika mengamalkan pati haruan dan gamat. Selepas bersalin, biasanya rahim akan mengecut ke saiz asal dalam tempoh semulajadi secara sendiri. Namun, ramai pula yang mengambil pati ikan haruan dengan harapan untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ya! Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, namun, proses penyembuhan menjadi terlalu awal dan tidak berlaku secara natural. Adhesion colic yang berlaku pada wanita lepas czer ini adalah rahim melekat pada organ-organ. Ada kes rahim terpaksa dibuang walau masih di awal usia.
Bagaimana Adhesion Colic Berlaku?
Kesakitan adhesion colic berlaku bila mana tubuh kita memberikan respon yang berlebihan kepada tisu yang terluka semasa pembedahan. Dalam proses penyembuhan yang normal, parut (scar) daripada tisu fibrous akan terbentuk untuk menyambungkan kembali tisu yang terluka. Namun tisu fibrous tidak seelastik seperti tisu usus. Jika parut terbentuk secara berlebihan, ia akan mengganggu fungsi usus itu sendiri.
Bahagian yang sedang mengalami proses pemulihan tidak akan mengembang apabila makanan bergerak melaluinya, malah tisu yang terbentuk akan mengecil dan mencekik. Keadaan ini menyebabkan makanan dan gas tidak dapat bergerak melaluinya. Makanan dan gas yang tidak bergerak akan mengembang dan menyebabkan kesakitan. Abdomen pula akan mengembang dan menyebabkan pesakit muntah dan tidak boleh kentut menyebabkan usus tersumbat. Pembentukan parut inilah yang menyebabkan usus melekat sesama sendiri dan terjadilah adhesion colic.
Simptom Adhesion Colic
Orang yang mengalami masalah adhesion colic sering mengadu mengalami masalah-masalah seperti berikut:
✔ Rasa sakit perut (cramp like pain) kerana kelekatan yang berlaku melibatkan sistem saraf.
✔ Perut akan rasa kembung disebabkan oleh small bowel obstructions.
✔ Rasa loya dan ingin muntah.
✔ Tidak boleh buang air besar akibat usus tersumbat. (intestinal obstruction). Keadaan lebih kritikal apabila najis boleh keluar daripada mulut.
✔ Usus pecah. Ini tahap paling kritikal.
Ada orang akan mengalami simptom di atas secara serentak iaitu muntah, kesakitan dan abdomen menjadi kembang secara berterusan selama 12 jam. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, segeralah untuk mendapatkan rawatan doktor kerana dikhuatiri mengalami usus tersumbat tanpa disedari, sehinggakan gas dan makanan langsung tidak boleh bergerak. Jika terlambat mendapatkan rawatan, kemungkinan usus boleh pecah pada bila-bila masa.
Ubat Untuk Adhesion Colic
Bukan mudah untuk bertahan dengan kesakitan kesan dari adhesion colic. Setelah anda didiagnos mengalami adhesion colic melalui pemeriksaan lengkap ultrasound, CT Scan dan abdominoscopy (scop), doktor akan memberikan suntikan ubat penahan sakit yang agak kuat seperti tramadol, morphine atau pethedine.
Langkah Berjaga Jika Anda Ada Adhesion Colic
✔ Perlu membuang air besar setiap hari.
✔ Perlu makan makanan tinggi serat
Petua Merawat Adhesion Colic Supaya Kurang Sakit Secara Semulajadi
Pengambilan supplemen yang dicadangkan dapat membantu anda mengurangkan sakit kerana adhesion colic, membantu pembuangan angin dan najis supaya lebih lawas.
1. VIVIX
Produk terbaik keluaran shaklee yang kaya dengan Resveratrol dan Polifenol. Tinggi anti-oksidan dan bersifat anti-radang dan anti-inflamasi. Ianya mampu memperbaiki hingga ke peringkat yang paling dalam iaitu sel kita.
2. Herblax
Ramuan pelbagai herba yang membantu dalam melicinkan proses pembuangan najis. Jadi, najis yang tertinggal dalam usus mampu disingkirkan dengan mudah tanpa berlakunya proses pemaksaan keluar najis dari saluran dubur.
3. Peppermint Ginger Plus
Ramuan herba terpilih yang ditabletkan untuk digunakan bagi melegakan senak perut serta membuang angin berlebihan dari dalam badan.
Anda alami masalah adhesion colic?
Anda alami masalah adhesion colic?
Jika anda mengalami masalah adhesion colic, sudah pasti kesakitan yang berlaku menganggu hidup anda. Jadi. jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat, dan amalkan supplemen tertentu untuk menyokong dan meningkatkan kesihatan tubuh, dan membantu mengurangkan rasa sakit.
Beli dari kami untuk mendapatkan konsultasi cara makan yang tepat dan tips-tips berguna.
Jika anda mengalami masalah adhesion colic, sudah pasti kesakitan yang berlaku menganggu hidup anda. Jadi. jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat, dan amalkan supplemen tertentu untuk menyokong dan meningkatkan kesihatan tubuh, dan membantu mengurangkan rasa sakit.
Beli dari kami untuk mendapatkan konsultasi cara makan yang tepat dan tips-tips berguna.
ATAU
HUBUNGI KAMI
Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.
Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628
Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.
Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628