Bayi Lewat Lahir– Tarikh jangkaan bersalin sudah tiba, tetapi bayi kita masih belum lahir. Jangan terlalu bimbang, ramai bayi yang lahir selepas dari tarikh jangkaan bersalin. Menjadi kebimbangan bagi ibu apabila bayi mereka masih tidak lahir walaupun sudah menjangkau 40 minggu.
Doktor sakit puan terlalu bimbang tentang keadaan terlebih matang (post maturity- melebihi tarikh jangkaan bersalin). Ini kerana, bilangan bayi yang meninggal secara tidak dijangka semasa masih dalam kandungan, meningkat selepas 42 minggu dan lagi sekali selepas 43 minggu kehamilan.
Ibu-ibu boleh mencuba cara cepat bersalin secara semulajadi untuk bayi lewat lahir supaya kelahiran boleh bermula. Jom teruskan membaca.
Cara Cepat Bersalin Semulajadi Untuk Bayi Lewat Lahir
1. Rangsangan Puting
Rangsangan puting dipercayai boleh mengeluarkan oksitosi, hormon yang boleh menyebabkan contraction bermula.
2. Seks
Orgasma boleh memberi stimulasi kepada uterus untuk terus beraksi. Air mani lelaki juga mengandungi prostaglandin bagi merangsang pembukaan serviks dan merangsang uterus untuk berkontraksi.
3. Makan Kari
Tiada bukti saintifik. Ia dikatakan dapat memberi stimulasi pada usus yang terletak bersebelahan dengan uterus.
4. Makan Buah Nanas
Buah nenas segar mengandungi enzim biomelain yang dipercayai dapat melembutkan serviks.
5. Berjalan
Sekiranya bayi kita masih belum ‘jatuh’ atau masih tinggi dalam pelvis, aktiviti berjalan dipercayai menggalakkan bayi masuk ke dalam posisi yang lebih baik.
6. Ambil GLA Complex
Di akhir kehamilan, ibu hamil boleh mengambil borage oil yang mengandungi GLA untuk cervical ripening di mana servik menjadi pendek dan lembut untuk memulakan proses kelahiran. Menggunakan borage oil juga menjadi pilihan semulajadi untuk kelahiran yang pendek dan kurang sakit. Boleh buat bacaan di sini tentang bagaimana borage oil membantu mempercepatkan kelahiran.
GLA yang terbaik berasal daripada borage oil. Borage oil mengandungi 26% GLA, yang mana 2.5 kali ganda lebih banyak daripada evening primose oil (PMO). GLA Complex Shaklee diekstrak daripada borage oil.
Pengalaman Seorang Pengguna GLA Complex
Namun, jika cara semulajadi ini tidak berkesan untuk anda, dan bayi anda sudah menjangkau usia 40 minggu dan lebih, segera ke doktor untuk lakukan pemeriksaan ke atas diri dan bayi anda. Pakar sakit puan anda pasti ada cara induce kelahiran sesuai untuk trigger kelahiran.
BOLEH DAPATKAN GLA COMPLEX DI SINI
ATAU
HUBUNGI KAMI