Daki di leher terjadi apabila kotoran menempel pada kulit leher, kemudian tidak dibersihkan dengan serius dalam waktu yang lama. Daki boleh kelihatan seperti lapisan hitam yang kotor pada kawasan leher, dan kawasan leher adalah anggota tubuh yang terdedah. Sudah tentu, yang sering mengalami masalah daki di leher ini mendatangkan masalah kepada orang yang sering menghadapinya. Bukan sahaja leher kelihatan hitam, tetapi ia turut mengeluarkan bau seakan peluh dan mengotorkan kolar leher baju.
Tidak semua orang mengalami masalah daki di leher ini dalam hidup mereka. Beberapa faktor yang menjadi punca daki di leher adalah kerana pertambahan usia, sering terdedah kepada panas matahari, dan kurang menjaga kebersihan badan dengan tidak membersihkan badan dengan bersih semasa mandi. Sisa-sisa sabun yang tertinggal pada leher juga boleh menyebabkan daki. Daki di leher juga boleh menjadi tanda seseorang itu menghidap diabetes.
Petua Hilangkan Daki Di Leher Secara Semulajadi
Jika anda sering berhadapan dengan masalah daki di leher yang menganggu penampilan anda, jangan risau lagi! Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda petua hilangkan daki di leher secara semulajadi.
1. Cara Hilangkan Daki Di Leher Dengan Menggunakan Timun
Ambil sedikit timun, blender kan sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian, letak di kawasan leher yang berdaki selama 15 minit sambil melakukan tonyohan atau urutan pada leher. Kemudian, bersihkan dengan air. Buat secara rutin setiap hari.
2. Cara Hilangkan Daki Di Leher Dengan Lidah Buaya
Ambil getah daripada lidah buaya dan sapukan dengan urutan pada bahagian leher yang berdaki. Biarkan selama 20 minit sebelum dibersihkan.
3. Cara Hilangkan Daki Di Leher Dengan Kulit Limau
Keringkan kulit oren yang anda makan, kemudian parut hingga halus. Setelah halus, tambahkan air jeruk dan usapkan bahagian hitam pada leher. Biarkan ianya mengering dalam masa 20 minit, sebelum dibilas dengan air.
4. Cara Hilangkan Daki Di Leher Dengan Menggunakan Ubi Kentang
Kupas ubi kentang dan kulitnya. Kemudian, blender isi dan kulitnya sekaligus. Campurkan kentang yang telah diblender tadi dengan sedikit air perahan lemon. Kemudian, sapukan pada bahagian leher bermasalah yang sering mengalami masalah daki. Biarkan dalam masa 20 minit sebelum dibersihkan dengan air.
Petua Hilangkan Daki Di Leher Dengan Cepat
Di sini, saya ingin menyarankan anda yang mengalami masalah leher berdaki untuk mengamalkan 2 supplemen penting yang dapat membantu menghilangkan masalah daki dengan cepat.
1. Energizing Soy Protein (ESP)
Protein yang ada dalam ESP merupakan protein dari soya yang mana sudah lama terkenal sebagai salah satu bahan yang membantu mencerahkan kulit badan. Fungsi protein soya ialah menggantikan sel-sel yang rosak dan lama kepada sel-sel baru yang lebih sihat dan berkualiti. Ia juga berperanan untuk menstabilkan hormon dan membantu membuang toksin dalam badan.
Dengan pengambilan ESP secara konsisten ia akan membantu menggalakkan sel-sel lama dan daki di bahagian leher tertanggal dan digantikan dengan sel-sel baru. Hasilnya bahagian yang hitam hilang dan kulit akan menjadi cantik dan cerah, masalah leher yang kerap berdaki juga akan berkurang.
Dapatkan ESP Di Sini
Saya akan kongsikan cara makan paling tepat untuk anda membantu masalah daki pada leher,
Boleh buat belian terus secara online di sini:
Bagus info nie.. nak try laa guna timun tu…