Kadangkala seseorang sudah memiliki berat badan yang normal, namun tidak memiliki bentuk tubuh yang ideal. Ia terjadi disebabkan oleh pengumpulan lemak di kawasan perut, peha dan juga pengumpulan lemak di bahagian lengan atas. Salah satu penyebab yang mengganggu penampilan waita adalah masalah lemak di lengan atas. Cuba bayangkan kita baru sahaja membeli baju baru, tetapi baju itu tidak dapat digayakan dengan sempurna kerana kehadiran lemak di lengan atas yang kelihatan menggeleber dan membuatkan lengan atas kita besar. Ini menurunkan keyakinan wamai wanita di luar sana dek kerana masalah lemak di lengan atas ini.
Banyak penyebab lemak terkumpul di lengan atas ini.
Antaranya adalah kerana faktor genetik. Seseorang yang mengalami masalah pengumpulan lemak di lengan atas sering menghadapi kesulitan untuk menghilangkan lemak di lengan atas sekaligus mengecilkan saiz lengan atas serta berat badan secara keseluruhannya. Jika anda mengalami masalah ini dan berhadapan kesukaran untuk mengecilkan lemak di lengan aras, anda boleh melihat ahli keluarga anda yang lain. Jika orang tua mahupun saudara anda memiliki bentuk lengan yang besar dan menggeleber, anda memerlukan usaha lebih keras untuk menghilangkan lemak di lengan atas kerana tubuh anda dipengaruhi oleh faktor genetik.
Faktor obesiti menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak di lengan atas. Pengumpulan lemak bukan sahaja mengganggu penampilan, bahkan akan mengundang lebih banyak gangguang kesihatan seperti serangan jantung, diabetes dan hipertension.
Pengumpulan lemak di lengan atas juga disebabkan oleh kurangnya berat otot. Berat badan normal, tetapi berat otot yang kurang menyebabkan pengumpulan lemak di beberapa bahagian badan tertentu termasuklah lemak di lengan atas. Hal ini disebabkan oleh kurangnya aktiviti olahraga dan gaya pemakanan yang tidak sihat.
Tips Menghilangkan Lemak Di Lengan Atas Dengan Senaman
Senaman yang melibatkan tangan adalah aktiviti yang efektif untuk membantu mengecilkan lemak di lengan atas. Untuk mengurangkan lemak di lengan atas, anda boleh membuat beberapa aktiviti melibatkan tangan ini.
1. Melakukan Lompat Tali atau skipping.
Untuk mendapatkan bentul lengan yang ideal sekaligus membakar lemak di lengan atas, anda boleh melakukan 150 kali lompatan setiap hari. Olahraga lompat tali ini bukan sahaja boleh selesaikan masalah lemak di lengan atas, tetapi boleh membantu menurunkan berat dan mengecilkan saiz peha juga.
2. Push Up
Push up boleh membantu mengecilkan lemak di bahagian lengan atas. Ia juga dapat memberikan berat pada otot lengan anda. Baca juga cara push up yang betul untuk wanita.
3. Membuat gerakan weighted punch
Gerakan weighted punch adalah aktiviti angkat berat yang boleh menambah berat otot secara efektif. Cara ini efektif untuk sesiapa yang memiliki berat badan yang ideal, namun tidak memiliki bentuk lengan yang ideal. Untuk aktiviti ini, anda boleh mengangkat beban di tangan sampai tangan mencapai ke atas, kemudian kembalikan tangan ke posisi semula. Anda boleh melakukan aktiviti weighted punch ini dengan cara duduk dan berdiri.
Tips Menghilangkan Lemak Di Lengan Atas Dengan Menjaga Gaya Pemakanan
- Kurangkan ambil makanan yang berlemak. Jenis makanan yang berlemak adalah musuh bagi lengan anda. Selain itu, makanan berlemak juga berpotensi meningkatkan berat badan. Usahakan agar anda tidak mengambil makanan berlemak dan masin.
- Ambil kekacang boleh menjadi alternatif untuk menggantikan makanan berlemak yang datang dari makanan yang bergoreng dan tinggi garam. Mengambil kacang-kacang akan menggantikan lemak jahat yang terkumpul dalam badan kita.
- Teh hijau adalah minuman menyihatkan dan kaya dengan antioksidan. Selain itu, minuman yang satu ini dipercayai mampu membakar lemak di lengan atas dan lemak di keseluruhan badan.
- Ambil air secukupnya dengan meminum air putih sebanyak 8 gelas per hari. Cukupkan keperluan cairan tubuh akan membantu proses metabolisme sehingga pengumpulan lemak di tubuh juga akan berkurang.
- Hindari makanan yang kaya karbohidrat dan kalori kerana ia akan meningkatkan berat badan lebih cepat. Untuk memenuhi kebutuhan karbohidrat tubuh sebaiknya anda makan makanan jenis olahan gandum seperti oatmeal.
Itulah beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk membantu menghilangkan lemak di lengan atas. Untuk tetap mengekalkan bentuk lengan atas yang ideal, anda tidak boleh berhenti menerapkan pola hidup yang sihat dengan sentiasa berolahraga dan menjaga pemakanan.
Anda boleh membaca juga tips >> mengurangkan lemak di lengan atas dengan supplemen semulajadi.
atau hubungi saya
Hai