Bolehkan Hibah Rumah Dibatalkan?
Bolehkah hibah rumah dibatalkan? Untuk membincangkan perkara ini, beberapa pendapat mazhab harus dipertimbangkan.Majoriti mazhab menyatakan setelah rumah dihibahkan, hibah tidak boleh dibatalkan. Apapun, mari kita tengok satu per satu, pendapat mazhab.
Pendapat Mazhab Tentang Pembatalan Hibah
Untuk membincangkan perkara ini, beberapa pendapat mazhab harus diambilkira.
1. Mazhab Hanafi
Mazhab Hanafi berpendapat, hukumnya makruh untuk pemberi hibah tarik balik hibahnya tetapi dia boleh membatalkan hibah tersebut walaupun berlaku penyerahan (qabd) kecuali jika hibah tu dibuat dengan balasan (‘iwad).
2. Mazhab Syafie
Penarikan hibah boleh dilakukan walaupun ijab dan kabul sudah berlaku tetapi masih belum berlaku penyerahan harta hibah.
3. Mazhab Hambali
Penarikan hibah boleh dilakukan walaupun ijab dan kabul sudah berlaku tetapi masih belum berlaku penyerahan harta hibah.
4. Mazhab Maliki
Penarikan hibah boleh dilakukan walaupun ijab dan kabul sudah berlaku tetapi masih belum berlaku penyerahan harta hibah.
Bagaimanapun, jika penyerahan dan penerimaan hibah sudah berlaku, hibah berkenaan tak boleh lagi ditarik balik kecuali hibah yang dibuat bapa (termasuk ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya.
Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan jika proses pindah milik sudah berlaku, katakan sudah hibah RM50, ia tidak boleh dibatalkan, tapi kalau pindah milik berlaku, ia boleh ditarik semula.
Jadi, nampak tak rumitnya soal hukum. Maka, kalau ada persoalan nak batalkan hibah, kenalah rujuk Mahkamah Syariah kerana ia sangat bergantung kepada situasi masing-masing.
Bolehkah Hibah Dicabar?
Hibah boleh dicabar di Mahkamah Syariah untuk mempertikaikan sudut sahnya mengikut syarat atau jika ada waris tidak bersetuju dengan kandungan hibah tu.
Banyak kes wujud di Mahkamah Syariah berkaitan isu ini dan penghakiman pun berbeza-beza. Macam kami kata, semuanya kes demi kes, mengikut situasi masing-masing.
Jadi, jangan lupa bincang dengan peguam Syariah jika anda perlukan penjelasan lanjut!
Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang Hibah dan Faraid?