Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar?
Sekiranya rumah masih bercagar iaitu dalam tempoh pinjaman bank, secara teknikal, bank merupakan pemilik bersama rumah anda. Rumah tersebut dianggap bercagar dan secara umum tidak dapat dihibahkan. Walaubagaimanapun, hibah rumah bercagar boleh dibuat sekiranya terdapat jaminan bahawa hutang itu dapat dilangsaikan setelah pemberi hibah meninggal dunia. Bentuk jaminan yang dibolehkan ialah sama ada MRTT (Mortage Reducing Term) atau MLTT ( Mortgage Level Term Takaful) ke atas pinjaman. Dengan adanya pelan perlindungan ini, baki pinjaman akan dilangsaikan oleh syarikat Takaful dan waris tidak terbeban untuk menanggung hutang anda.
Cara Hibah Rumah
Untuk hibah rumah, cara hibah rumah mudah sahaja. Beberapa dokumen yang berkaitan diperlukan untuk melengkapkan proses hibah rumah. Anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan atau berhasrat untuk hibah rumah.