Punca jerawat yang berlaku semasa nak kedatangan haid umumnya merupakan jerawat hormon yang berlaku disebabkan hormon yang tidak stabil. Remaja terutamanya akan risau lagi-lagi yang mempunyai masalah jerawat yang sering datang semasa hendak kedatangan haid. Bagaimana cara mencegah jerawat hormon? Bagaimana cara mengatasi masalah jerawat yang disebabkan hormon? Semua itu menjadi dilema orang yang sering diserang jerawat disebabkan hormon ini terutamanya di kalangan remaja yang masih mencari jati diri.
Hormon Estrogen dan Hormon Testosteron
Punca jerawat semasa haid adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosteron yang berlaku. Perubahan hormon yang berubah secara mendadak pada remaja menyebabkan jerawat tumbuh mendadak pada wajah.
Bukan sahaja jerawat tumbuh semasa haid, beberapa kesan nyata yang boleh dilihat akibat daripada perubahan hormon ini adalah kecendurangan untuk menjadi lebih sensitif, lebih mudah marah, dan mudah sekali untuk berasa stress walaupun berada dalam situasi yang ringan.
Faktor Lain Yang Menyumbang Kepada Jerawat
Selain daripada faktor ketidakstabilan hormon, faktor-faktor lain juga menyumbang kepada munculnya jerawat semasa haid.
1. Tidak Menjaga Kebersihan Tangan.
Ketika tangan menyentuh wajah atau ketika memecet jerawat, kuman pada tangan mudah berpindah daripada tangan ke pori wajah dan meningkatkan potensi tumbuhnya jerawat.
2. Tidak Menjaga Kebersihan Wajah.
Muka sering lupa untuk dibersihkan terutama sebelum tidur. Makeup juga tidak ditanggalkan dengan betul, sehinggakan pori-pori wajah ditutup oleh debu dan bekas makeup dan kemungkinan untuk jerawat tumbuh semakin besar.
3. Kurang Minum Air.
Kurang minum air antara punca munculnya jerawat juga, kulit menjadi kering dan tidak sihat. Sepatutnya, semasa kedatangan haid lah, kita perlu minum air yang cukup kerana banyak darah yang keluar.
Cara Mengatasi Jerawat Hormon
Selain daripada minum air yang banyak, menjaga sebaiknya kebersihan wajah, Ummi sangat mencadangkan anak-anak remaja atau sesiapa di luar sana yang mempunyai masalah jerawat hormon, untuk mengambil 2 supplemen penting ini untuk mengatasi masalah jerawat hormon ini.
1. GLA Complex
GLA Complex membantu menstabilkan hormon. Bila hormon stabil, muka tidak lagi berminyak, dan membantu elakkan pertumbuhan jerawat. Selain itu, GLA ini juga dapat membantu masalah lain berkaitan hormon seperti senggugut dan emosi tidak stabil.
2. Vitamin C Sustained Release
Vitamin C ini berfungsi sebagai antibakteria dan akan membantu menaikkan paras kolagen dalam kulit. Kulit yang kaya dengan kolagen akan lebih cantik, kulit lebih tegang dan anjal, semakin putih dan cerah, jerawat cepat kecut, dan parut juga akan cepat menghilang.
Tidak rugi anda memiliki kedua supplemen ini, kerana ia sangat membantu untuk anda dapatkan kembali wajah idaman anda!
JOM HUBUNGI UMMI!
HUBUNGI UMMI