Seorang pakcik ini hubungi Ummi beberapa bulan yang lalu untuk menyatakan masalah yang berlaku pada anak saudaranya. Anak saudaranya telah mengalami tiga kali keguguran di usia kandungan beberapa minggu. Ummi seperti biasa memberikan sedikit nasihat tentang pemakanan dan mencadangkan untuk mengambil supplemen kuatkan dan suburkan rahim. Baru-baru ini, Ummi membuat sesi follow up lagi dengan customer Ummi ini, dan alhamdulillah, dimaklumkan anak saudaranya kini sedang hamil di usia kandungan 5 bulan. Sama-sama kita doakan moga dimudahkan urusan beliau mengandung kali ini.
Setiap pasangan pasti mengharapkan dikurniakan cahaya mata, walaubagaimanapun kadangkala ada pasangan yang diuji beberapa tahun, namun masih tidak dikurniakan rezeki beroleh anak. Perkara ini sebenarnya disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah berlaku kemandulan pada wanita, rahim tidak subur, kualiti sel telur ovum atau sel sperma yang tidak berkualiti, atau ia juga disebabkan oleh penyakit lain.
Jika sudah dikenalpasti masalah yang berlaku berpunca daripada kualiti telur ovum yang tidak berkualiti, banyak cara dapat diikhtiarkan untuk meningkatkan kualiti telur dan sekaligus dapat suburkan rahim dan kandungan. Ubat suburkan rahim, jamu suburkankan rahim dan pelbagai lagi tips kuatkan rahim boleh diamalkan, walaubagaimanapun, artikel ini akan membincangkan bagaimana cara suburkan rahim secara semulajadi dan cara yang diketengahkan adalah secara semulajadi. Mengapa semulajadi? Kerana Ummi sangat mementingkan untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu menggunakan cara yang selamat.
Makanan Suburkan Rahim
Di sini, Ummi ingin memperkenalkan tentang beberapa makanan yang sangat membantu anda untuk suburkan rahim untuk cepat hamil.
1. Minum air putih secukupnya
Air putih dapat membantu fungsi tubuh menjalankan metabolisme dengan baik. Ia juga membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh seseorang. Salah satu faktor yang menjadi punca menurunnya kesuburan rahim ialah berlakunya pengentalan darah yang menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar ke organ rahim. Untuk suburkan rahim, seeloknya minumlah 8 gelas air putih sehari.
2. Hindari minum minuman berkafein
Minuman berkafein dapat menganggu kesimbangan sistem reproduksi, boleh merosakkan keseimbangan hormon dan boleh juga membawa kepada diabetes. Jika anda peminat tegar minuman berkafein, berhentilah secara perlahan-lahan untuk kesejahteraan dan membantu kesuburan anda juga.
3. Pengambilan Karbohidrat Kompleks
Terdapat 2 jenis karbohidrat iaitu karbohidrat kompleks dan karbohidrat sederhana. Karbohidrat sederhana sebenarnya tidak bagus untuk badan kita kerana ia boleh meningkatkan keperluan insulin dalam tubuh, dan sekaligus mengundang penyakit diabetes.
Karbohidrat kompleks pula adalah karbohidrat yang baik kerana ia boleh membuatkan kita rasa kenyang dalam tempoh yang lama, dan kandungan seratnya dapat menurunkan berat badan. Karbohidrat kompleks seperti biji-bijian, selain sihat, ia juga dapat meningkatkan kesuburan peranakan/rahim anda.
4. Ambil Makanan Kaya Protein
Protein dapat membantu suburkan rahim dan memperbaiki kualiti sel telur. Ada beberapa jenis makanan yang menjadi sumber protein yang baik seperti biji-bijian, kacang, ikan yang mengandungi omega-3, telur dan juga ayam tanpa lemak.
5. Ambil Makanan Kaya Antioksidan
Sumber makanan yang kaya antioksidan sangat penting untuk suburkan rahim kerana ianya membantu menjaga kesihatan sel telur dan kesihatan sistem reproduksi. Antara makanan kaya antioksidan ialah oren, limau, kiwi dan strawberry.
Supplemen Semulajadi Yang Membantu Suburkan Rahim
Ummi mencadangkan anda untuk mengambil 4 supplemen utama ini untuk membantu suburkan rahim. Kesemua supplemen ini adalah supplemen semulajadi dan selamat, dan sudah tentu berbeza dengan supplemen lain yang ada di pasaran.
1. Vitamin C
Vitamin C mempunyai sifat antioksidan yang tinggi yang boleh membuatkan tubuh orang yang memakannya terbebas dari radikal bebas di sekeliling mereka.
2. Ostematrix
Pengambilan kalsium sangat penting untuk kesihatan reproduksi. Jika anda cepat hamil, langkah yang tepat ialah mengambil kalsium sebanyak 1000mg sehari atau bersama dengan 8 gelas susu sehari.
3. Omega Guard
Mengandungi asid lemak omega-3 dan asid lemak yang memberikan pengaruh terhadap hormon yang membantu meningkatkan kesuburan rahim.
4. Energizing Soy Protein (ESP)
ESP adalah sejenis protein dan ESP juga membantu pertumbuhan sel-sel baru yang lebih sihat dan kuat pada rahim. Selain itu, ia juga membantu menstabilkan hormon wanita supaya mudah untuk hamil. Fungsinya juga adalah untuk kuatkan rahim anda juga.
DAPATKAN VITAMIN ANDA HARI INI
Dapatkan segera vitamin anda hari ini. Ummi akan kongsikan cara makan paling tepat untuk anda.
Boleh buat belian terus secara online di sini:
ATAU HUBUNGI UMMI
terima kasih untuk info menarik ini.