Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Cara Atasi Masalah Eczema Bayi Supaya Kulit Kembali Licin

Posted on July 13, 2017 by admin

 eczema bayi

Eczema Bayi– Eczema bayi ini adalah keadaan yang berlaku pada bayi berumur bawah 2 tahun. Eczema adalah situasi di mana kulit bayi anda menjadi kering, gatal dan menjadi kemerah-merahan. Kira-kira 15-20% bayi mengalami masalah eczema dan kebiasaannya masalah ini akan berkurang seiring dengan peningkatan usia bayi.

Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila melihat anak mereka menderita eczema. Mana tidaknya, eczema boleh menjejaskan kulit semasa ia mula “meradang”. Ketika fasa kulit meradang ini. kulit bayi anda memerah bertompok-tompok dan gatal selalu. Bayi anda sudah tentu akan menjadi tidak selesa dan banyak meragam kerana berasa gatal dan pedih. Apabila garu yang berlebihan, ia boleh mencederakan kulit dan menyebabkan jangkitan. Dalam beberapa kes yang lain, eczema boleh menggangu kualiti tidur bayi anda. Ini menyebabkan mereka mudah untuk dijangkiti demam, selsema, batuk, kerana tidak cukup rehat yang sepatutnya perlu untuk seorang bayi untuk membesar sihat dan normal.

Eczema ini tidak dapat dipulihkan sepenuhnya, tetapi gejala eczema ini dapat dikurangkan dengan menggunakan rawatan eczema yang sesuai dan selamat.

Punca Eczema Pada Bayi

Siapa yang mahu bayi mereka mengalami masalah eczema hingga kulit anak mereka kemerah-merehan dan terluka. Namun, kita semua perlu tahu beberapa punca yang menjadi penyebab bayi anda menghidap eczema.

1. Faktor Genetik

Kebiasaannya eczema hanya kena pada bayi yang datang daripada keluarga yang mempunyai sejarah masalah allergik termasuklah eczema, asma dan allergik kepada beberapa perkara tertentu. Jika ibu bapa atau dari susur jalur keturunan ke atas pernah mengalami masalah allergik, kemungkinan besar bayi anda juga akan mengalami masalah allergik sama ada eczema, asma atau masalah allergik lain contoh allergik kepada makanan tertentu, habuk dan sebagainya.

2. Bahan Kimia

Radang eczema boleh berlaku jika berlaku radangan kulit yang disebabkan oleh bahan kimia daripada bahan pencuci dalam mandian sabun, syampu, serbuk pencuci dan pelembut fabrik. Seeloknya, tukarlah bahan pencuci, mandian dan sabun basuh yang tiada bahan kimia. 

3. Allergik Sentuhan

Contoh allergik sentuhan ini berlaku bila mana kulit berinteraksi dengan bahan spesifik contohnya nikel dalam bahan kemas. Allergik ini boleh merebak dan menjangkiti tempat-tempat lain juga. 

Penjagaan Bayi Eczema

Ekzema tidak boleh dirawat. Namun, ia boleh di kawal agar simptom ekzema tidak menjadi bertambah teruk. Apa yang ibu boleh lakukan untuk memastikan ekzema bayi terkawal adalah seperti berikut:
  • Memastikan kulit bayi kekal lembap melalui pemakaian krim. Pastikan krim yang digunakan semulajadi dan selamat.
  • Elakkan untuk memandikan bayi anda terlalu lama dan terlalu kerap.
  • Elakkan kulit bayi anda daripada tersentuh bahan-bahan yang boleh menimbukan iritasi seperti sabun, minyak wangi, bahan pencuci, barang kemas dan perengsa alam sekitar.
  • Pakaikan bayi anda pakaian kapas yang longgar.
  • Gunakan kain yang sejuk untuk mengurangkan kegatalan pada bayi anda. 
  • Ibu perlu menjaga pemakanan. Elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan. 
  • Cuba untuk tidak menyebabkan bayi menjadi stress. Ya, bayi juga boleh berasa stress dan tertekan. Bayi menunjukkan mereka stress dengan meragam dan banyak menangis. 
  • Elakkan aktiviti yang boleh membuatkan bayi anda panas dan berpeluh. Perubahan mendadak kepada suhu dan kelembapan boleh menjadikan ekzema bayi menjadi lebih teruk.
  • Kekalkan suhu sejuk di ruangan tidur bayi untuk mengelakkan bayi anda berpeluh. Peluh juga boleh menyebabkan eczema menjadi gatal dan memerah. 
  • Menyimpan diari untuk melihat dan mengesahkan apakah yang boleh mencetuskan ekzema anak anda.
  • Kerap membersihkan rumah agar habuk dapat diminimakan.
  • Pastikan kuku bayi sentiasa pendek untuk mengelakkan iritasi kulit akibat menggaru.

Rawatan Eczema Bayi Yang Sering Diberikan

Rawatan eczema yang sering diberikan adalah bersifat mencegah dan merawat apabila sudah kena. Rawatan eczema diberikan mengikut tahap keseriusan penyakit eczema itu sendiri. Jika pesakit bayi eczema hanya di tahap ringan dan sedikit, bayi anda mungkin dinasihatkan untuk menggunakan losyen pelembap dan ditambah dengan penggunaan krim steroid untuk jangka masa pendek.

Untuk bayi yang kena eczema,  kulit mereka mesti dipastikan sentiasa lembap kerana kulit kering mengakibatkan eczema mereka menjadi semakin teruk. Jadi, bayi anda harus menggunakan pelembap dalam kuantiti yang agak banyak dalam sehari. 

Adakah Steroid Berbahaya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap eczema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. 

Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan. 

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor. 

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim pelembap – menggunakan pelembap yang banyak tak menjadi masalah. 

Rawatan Eczema Secara Supplemen Nutrisi

Menurut pakar kulit, penyakit eczema ini tidak dapat hendak dipulihkan sepenuhnya. Namun, jangan bimbang! Penggunaan rawatan eczema secara supplemen nutrisi melalui set Eczema rumusan dari Shaklee telah banyak membantu penghidap eczema di luar sana. Rawatan yang sistematik ini dapat meminimumkan kesan penyakit itu dan mengelakkan daripada terus merebak dan menjadi kronik. 

1. Rawatan Eczema Untuk Bayi Kurang Dari 1 Tahun

1) Untuk bayi penghidap eczema yang kurang umur 1 tahun yang masih menyusu, ibu disyorkan untuk mengambill Energizing Soy Protein (ESP) dan Omega Guard. Khasiat kedua vitamin ini akan disalurkan kepada bayi anda melalui penyusuan susu ibu. 
2) Krim Herbal Blend boleh disapukan pada kulit bayi yang mengalami eczema bagi mengurangkan kegatalan dan pedih.
3) Sekiranya ada luka pada kulit bayi, sapukan Vitamin E pada bahagian luka. 

2. Rawatan Eczema Untuk Kanak-Kanak Berusia 1 Tahun Ke Atas

1) Untuk merawat dan mengawal eczema untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas, anda boleh mengambil Omega Guard. Omega Guard berperanan menguatkan membran sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan.
2) Mealshake juga boleh diambil. Mealshake kaya dengan multivitamin untuk tisu kulit dan menghilangkan parut.
3) Luka eczema boleh dirawat dengan sapuan Herba Blend dan vitamin E pada tempat luka. 

Pengalaman Pesakit Eczema Menggunakan Supplemen Nutrisi Shaklee

PENGALAMAN PESAKIT ECZEMA 1


Alhamdulillah di beri peluang untuk berkongsi pengalaman dalam menjaga anak yang kulit sesangat sensitif. Nak kata eczema pun saya rasa tak. Ceritanya bermula anak hero saya ni kena campak ruam, lepas 2minggu ingatkan semakin ok tapi tak. Lagi bertambah-tambah bila kena lagi campak api.Masa tu saya tiada pilihan terpaksa hantar anak ke rumah mengasuh juga. Ingatkan 2minggu tu ok la semula, tapi makin teruk dan anak hero ni masa tu dah setahun 5bulan, suka mengaru habis kulit jadi berdarah dan berbekas.
Lepas nak baik, suami kena chiken pox, seminggu lepas tu anak hero ni lagi sekali kena chiken pox.. orang kata sekali seumur hidup kan? Tapi anak hero saya ni dalam tempoh 3 bulan 3 jenis campak dia kena.
Sampai lah saya terpaksa berhenti kerja dan jaga sepenuh masa anak saya ni. Jumpa pakar kulit dari Kerajaan sampaikan la ke Pakar kulit kanak-kanak (swasta) tak ok juga. Doktor bagi ubat yang sama setiap kali jumpa pakar. Beratus habis kulit anak hero ni tetap sama. 
Pilihan terakhir saya, tetap jumpa doktor pakar sekadar follow up je.. tapi saya lebih konsisten hanya MEALSHAKE, OMEGA, VITAMIN C CHEW je kata dia.. sekali sekala saya sulamkan dengan NUTRIFERON tapi tak boleh kerap atau banyak sebabnya ruam akan naik terlalu banyak. Alhamdulillah.. lebih 3 bulan konsisten masalah anak hero ni semakin baik. Belum pun habis OMEGA tu semua. Anak hero dah tak sesinsetif. Kulit makin baik dan sampai sekarang hanya amalkan ni tak kira dia demam, batuk atau selsema. Saya hanya bagi ni. 
Tiada lagi ubatan dari klinik. Sebab dah puas lihat anak asyik makan antibiotik la ubat la.. cream la.. tetap sama juga.. tak juga ada perubahan.. tapi dengan penangan makanan tambahan tu je banyak perubahan pada bekas-bekas satu badan anak hero ni. 
Alhamdulillah. Bukan hanya pada kulit dia semakin baik, tapi baik dari segi fokus untuk pendidikan awal seperti mengaji sangat cepat menghafal dan bila ke mana-mana. Saya wajib bawa ni. Sekarang? Tak risau pasal masalah kulit dia dah. Pilihan yang saya ada ni sangat berterima kasih, sebabnya bukan je tak ada bahan kimia malah terbaik dan semulajadi. Terima kasih Shaklee.


PENGALAMAN PESAKIT ECZEMA 2 

Cuba tengok gambar ini. Agak-agak apa perasaan mak ayah bila anak berkeadaan macam ni (gambar sebelum)? Masa ni Ummi dia sorang je yang sanggup cium dia. Siap ada kuar air yang bau hanyir tu.Al –kisahnya, Ruhil (Anak no.2 saya) terkena chicken pox mas umur 3 bulan. Lepas je sembuh dari chicken pox, antibodi dia down dan seluruh badan dia merah-merah. Obviously kat bahagian muka.Tiga kali kami ulang alik ke Klinik dan 3 kali jugak bertukar ubat. Tapi setiap kali tukar ubat tu keadaan tidak pernah bertambah baik. Kali ketiga kami mintak di refer ke pakar kulit, tapi doctor refuse, dia suruh jugak pakai ubat dari klinik dia. Masa ni hati dah rasa terbakar dah. Dia siap kutuk lagi doctor pakar. Adeh.Then, kami decide pergi je ke Ko. Skin Care.Alhamdulillah lepas 3 hari makan ubat dari Ko. Skin Care dan pakai ubat sapu yang diaorang bagi, keadaan muka Ruhil bertambah baik. Tapi, memang jelas ketara kulit Ruhil menipis dan menegang.Basically, ubat yang di bagi adalah sama je. Untuk makan (ubat anti radang), untu sapu, creame Aquous (macam tula namanya dah lupa). Tapi cara application salah. Sepatutnya bila merah2 dah menebal, creame aquos tux le sapu direct ke kulit. Kene buat macam sabun mandi. Apa yang saya dapat dari Ko skin care?1) Eczema adalah penyakit keturunan 2) Jaga persekitaran3) Jaga pemakananSo, untuk yang no 1: Memang confirmla kan, Umminya ada resdung, abinya ada asma masa kecik dulu.Untuk no. 2: No Carpet kat rumah, no bantal bulu2, no bantal kekabu. Baju pun kami cuci guna set get Clean Shaklee. 100% nuteral..Untuk no.3: Huhu, yang ni paling mencabar. Disebabkan si Ruhil ni 100% EBM, maka si Ummi terpaksa menjadi vegeteranian selama 3 bulan. EBM yang dalam stok? Pada awalnya, ingat nak buang, tapi sayang sangat-sangat. Hampir 100 botol tu. (3oz setiap botol). Last-last decide cuba bagi kat abang dia minum dulu. Alhamdulillah, abangnya minum je. Hihi. So bermulalah episod start up buat stok baru..Selama 3 bulan jadi herbivor (Makan sayur je), kulit ruhil dah semakin baik. So, Ummi dah mula cuba-cuba jadi karnivor, Daging lulus. Ayam lulus. Ikan (hmmm ada yang lulus ada yang tak), telur lulus. Seafood? Kirim salam, until we meet again lepas ruhil dah cerai susu. Bawah ni gambar masa umur dia 6-7 bulan (Gambar After). Berkat Ummi dia jaga makan. Hihihi.mulus je kulitnya..Bila umur Ruhil dah masuk setahun, saya mula bagi dia makan Omega Guard sebiji sehari. Bila dah umurnya 2 tahun setengah, dah di upkan dos jadi 2 biji sehari. Kadang-kadang mungkin lebih kalau tak sempat sorok, sebab dia dah pandai bukak botol sendiri. Sekarang ni tempat paling Selamat untuk Omega Guard ni adalah dalam freezer atas sekali. .Boleh tengok ada merah2 kat muka dia. Tapi merah camni tak perlu makan ubat and sapu apa2 creame. Nanti merah-merah tuh hilang sendiri.
Kandungan EPA dalam Omega Guard membantu mengurangkan symptom inflamasi pada kulit Ruhil. Yes, perlukan masa dan harus konsisten untuk hasil yang positif. Apapun saya bersyukur pada Allah, sebab Ruhil dapat jugak menikmati rasa seafood yang ohsem tu. Hihi.Mujur ada Shaklee!

PENGALAMAN PESAKIT ECZEMA 3

PENGALAMAN PESAKIT ECZEMA 4

PENGALAMAN PESAKIT ECZEMA 5

PENGALAMAN PESAKIT ECZEMA 6

JADI APA TUNGGU LAGI? ORDER SEKARANG!

Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.


ATAU

HUBUNGI KAMI

Disclaimer: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan sebagai rawatan utama, menyembuhkan dan menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan di hospital yang berkaitan pada masa yang sama boleh ikhtiar dengan supplemen yang dicadangkan.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Mar    
©2023 | Design by Superb