Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Tips Berkesan Atasi Masalah Badan Sering Letih Dan Lesu

Posted on August 17, 2017 by admin

Badan Sering Letih Dan Lesu– Ramai orang yang mengalami situasi di mana badan mereka sering rasa letih, lesu dan mengantuk. Badan rasa tidak bermaya dan rasa ingin tidur sahaja. Jika keadaan ini berlarutan, ia akan menurunkan produktiviti kerja seseorang.

 badan sering letih dan mengantuk

Lagi-lagi bagi seorang yang bekerja, bukan sahaja kualiti kerja menurun, tetapi kualiti masa untuk melayan keluarga dan anak-anak juga akan menurun. Lagi-lagi di hujung petang apabila pulang dari tempat kerja, badan sudah mula letih dan tidak bermaya. Anak-anak yang menunggu kepulangan ibu dan ayah mereka seharian mengharapkan extra dan special attention dari ibu ayah mereka. Tetapi, ibu dan ayah mereka sudah berada dalam keadaan exhausted dan tidak mampu memberikan layanan yang sempurna. Lalu, anak-anak ini mula meragam, tantrum untuk menarik perhatian mak ayah mereka. Besar kan kesan masalah badan yang sering letih dan lesu ini? Jadi, jika anda hadapi masalah badan sering letih dan lesu, anda perlu rawatinya segera!

Punca Badan Sering Letih Dan Lesu

1. Tidak Cukup Tidur

 badan sering letih dan lesu

Ramai di antara kita yang tidak mementingkan masa tidur, masa tidur yang disarankan ialah 7-8 jam setiap malam bagi orang dewasa. Jadi dapatkan masa tidur yang cukup untuk mengembalikan tenaga setelah seharian bekerja. Namun, jika kita anak kecil, sudah tentu kita tiada pilihan selain terpaksa berjaga di waktu malam atau bangun berkali-kali.

2. Skip Sarapan Pagi

Jadikan sarapan pagi sebagai satu perkara wajib. Ia penting bagi membekalkan tenaga pada waktu pagi dan membuatkan diri kita fokus pada kerja. Ini akan memberi kesan yang positif  untuk menempuh hari yang panjang.

3. Diet Tidak Seimbang

Makan terlalu sedikit atau diet tidak seimbang juga menjadi punca keletihan. Diet yang seimbang dapat membantu untuk mengekalkan tenaga dan paras glukosa dalam badan.

4. Diabetes

Selalunya penghidap kencing manis akan lebih cepat merasa letih, ini disebabkan kandungan gula di dalam tubuh badan yang tidak dapat ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan oleh sel-sel badan kita. Jika kita cukup rehat dan mengambil pemakanan yang cukup tetapi masih merasa letih, disarankan berjumpa doktor untuk pemeriksaan diabetes.

5. Dehidrasi

Rasa mengantuk juga mungkin disebabkan kekurangan air. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari. Bagi mendapatkan jumlah air yang diperlukan untuk badan kita setiap hari.
Bagaimana nak kira jumlah air yg diperlukan oleh tubuh kita? Setiap 25kg (berat badan) = 1 liter air.

6. Ketagih Kafein

Sudah menjadi kewajiban bagi kita yang bekerja untuk mengambil secawan nescafe ataupun kopi bagi menghilangkan rasa mengantuk. Kita menganggap kafein dapat membantu untuk mengembalikan kesegaran. Kita harus tahu, jika mengambil kafein secara berlebihan boleh menyebabkan dengupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan badan akan menjadi lemah. Kafein juga tidak bagus untuk wanita. Oleh itu, kurangkanlah pengambilan kafein atau lebih baik berhenti mengambil.

7. Kemurungan / Tekanan Emosi

Kemurungan atau tekanan emosi juga menjadi punca kepada badan lemah serta keletihan. Ini kerana apabila kita berada dalam tekanan, kita akan sering sakit kepala, hilang selera makan dan hilang fokus.

Tips Berkesan Atasi Masalah Badan Sering Letih & Lesu

Antara cara berkesan untuk atasi masalah badan sering letih dan lesu ini adalah dengan mengamalkan mengambil supplemen semulajadi yang boleh memberikan tenaga.

1. Performance Drink

Ianya merupakan minuman perisa oren yang mengandungi sangat minima gula dan bebas gas dan mampu mengembalikan elektrolit badan yang hilang. Ianya juga mampu mengelakkan dehidrasi kepada badan terutamanya bagi mereka yang brkerja di bawah sinaran matahari teruk ataupun pekerjaan yang bermandi peluh.

2. Ostematrix


Ostematrix adalah sumber terbaik kalsium yang membantu menguatkan tulang. Ianya mampu menghilangkan rasa letih dan lenguh badan setelah seharian bekerja.


Jom Tengok Temubual Dengan Puan Asmida Yang Selalu Mengalami Masalah Badan Letih Dan Lesu!


JADI APA TUNGGU LAGI? 

Atasi masalah badan sering letih dan lesu anda hari ini juga!
Kehidupan mesti dijalani dengan cergas dan gembira..

ATAU

HUBUNGI KAMI

KLIK IMAGE UNTUK TERUS WHATAPPS.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb