Bayi Belum Tumbuh Gigi – Memiliki bayi merupakan anugerah terindah bagi setiap pasangan. Namun, kadangkala, proses menguruskan anak dan melihat perkembangan mereka membesar yang berbeza-beza membuatkan ibu bapa cepat panik lagi-lagi yang baru mengurus anak buat pertama kalinya.
Bayi Belum Tumbuh Gigi Usia 9 Bulan, Mengapa? Pertanyaan pelbagai orang tika usia ini, membuatkan ibu bapa menjadi serba salah dan mudah panik. Khuatir perkembangan anak mereka terganggu, dan apa kesalahan yang telah mereka buat sehingga anak mereka masih tidak tumbuh gigi walau sudah menjangkau usia 9 bulan! Perkembangan setiap bayi itu berbeza-beza. Ada yang tumbuh gigi seawal 7-9 bulan usia mereka, namun ada bayi yang mula tumbuh gigi pada usia 14 bulan. Selagi perkembangan fizikal anak itu tidak bermasalah, anak masih makan dan minum, ceria dan semua perkembangannya baik-baik sahaja, ibu bapa tidak perlu khuatir berlebihan.
Antara Faktor Bayi Lambat Tumbuh Gigi
1. Pertumbuhan Yang Lambat
Tiada siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Tidak perlu sedih atau khuatir. Tunggulah sampai usia bayi anda 15 bulan, jika beluum tumbuh juga, pergilah berkonsultasi lebih lanjut dengan doktor.
2. Faktor Keturunan
Faktor genetik juga mempengaruhi seseorang mengalami pertumbuhan. Cuba ditanya pada ibu bapa, anda berapa bulan gigi boleh tumbuh sewaktu bayi?
3. Belajar Kebolehan Yang Lain
Ada setengah bayi belajar dahulu perkembangan lain seperti merangkak, duduk sendiri, memegang objek dan lain-lain. Cuba bandingkan perkembangan apa yang ditunjukkan oleh bayi kita, dengan bayi yang sudah tumbuh gigi lebih awal, anda pasti akan melihat perbezaannya.
4. Kalsium Yang Kurang.
Ini boleh jadi satu kemungkinan mengapa bayi anda lewat tumbuh gigi. Ini kerana kita tahu yang pembentukan tulang dan gigi yang sihat memerlukan sumber kalsium yang mencukupi. Pastikan bayi anda minum susu. Cubalah untuk menambah kalsium dengan memberikan produk tenusu juga seperti keju dan yogurt, serta berikan berbagai jenis ikan yang baik untuk pertumbuhan anak seperti Cod dan Salmon.
Begitu pula untuk ibu yang masih menyusukan, jangan ragu untuk meminum susu tinggi kalsium untuk menambah kandungan kalsium dalam air susu kita. Jangan lupa juga untuk makan makanan berunsurkan kerang-kerangan, telur dan bahan makanan lain yang terkenal sebagai sumber kalsium. Jika bayi anda minum susu dengan cukup dan anda juga sudah membekalkan bayi anda dengan susu ibu yang berkhasiat, sepatutnya faktor kalsium kurang ini bukan menjadi penyebab utama. Anda tidak perlu risau.
Bayi 9 bulan belum tumbuh gigi-kenapa? Orangtua tak perlu panik dan bertanya-tanya lagi sebab sudah terjawab dengan jelas dengan penjelasan di atas