Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Cara Merawat Penyakit Bell Palsy Dengan Berkesan

Posted on December 1, 2016 by admin

 Cara Merawat Penyakit Bell Palsy Dengan Berkesan

Apakah Penyakit Bells Palsy?

Penyakit Bells Palsy adalah sejenis penyakit kelumpuhan atau kelemahan pada sebahagian daripada otot muka yang bersifat sementara sahaja. Kerosakan yang berlaku pada saraf yang mengawal otot wajah menyebabkan wajah akan terlihat jatuh. Apabila diperhatikan dari bahagian hadapan pesakit Bell Palsy, akan akan mendapati wajah mereka seakan-akan senget sebelah. Saraf pada muka yang rosak menyebabkan ia memberi kesan kepada penghasilan air liur dan air mata. 
Sangat menakutkan! Baca artikel tentang Bell Palsy di Utusan Malaysia.
Walaupun simptom atau gejala Bells Palsy tidak jauh dengan orang yang kena strok, hakikatnya, Bells Palsy bukan strok dan tiada bersangkutan dengan strok. Bell Palsy tidak berbahaya seperti serangan strok (angin ahmar) dan umumnya ia akan pulih dengan sendirinya walaupun memakan masa untuk sembuh. 

Penyebab Penyakit Bells Palsy

Sehingga kini, punca terjadinya Bells Palsy masih belum diketahui. Kondisi ini dipercayai muncul apabila saraf yang berperanan dalam menjalan fungsi otot muka tertekan dan terganggu. 
Kelumpuhan pada otot muka ini dipercayai akibat daripada keradangan yang berlaku akibat infeksi virus seperti herpes simplex, varisela zoster, triponema lallidum (penyebab sifilis), atau eipstein bar (penyebab demam kelenjar). 
Teruskan membaca Cara Pencegahan Penyakit Bell Palsy.

Siapa Yang Berisiko Mendapat Bell Palsy

Antara golongan yang berisiko mendapat penyakit Bell Palsy ialah:
1. Ibu hamil yang memasuki trimester ke-3.
2. Ibu yang baru melahirkan anak.
3. Mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah mendapat Bell Palsy.
4. Pesakit diabetis.
5. Pesakit HIV. 
Penyakit Bell Palsy pada anak kecil jarang dilaporkan. Jika ada pun, ia disebabkan kelumpuhan wajah kerana keturunan. Lahir-lahir sahaja, bayi sudah mengalami kelumpuhan wajah sejak azali. 

Gejala Penyakit Bells Palsy

Antara ciri penyakit Bells Palsy atau simptom-simptom pesakit Bell Palsy adalah seperti berikut:

1. Kelemahan atau kelumpuhan pada sebelah muka menyebabkan muka terasa berat.
2. Kelumpuhan atau kebas pada sisi wajah.
3. Mulut atau mata mengalami masalah untuk dibuka dan ditutup.
4. Air liur kerap meleleh.
5. Kehilangan upaya untuk merasa. (deria rasa tidak berfungsi).
6. Kepekaan kepada bunyi meningkat secara tiba-tiba. Rasa berdengung pada satu atau kedua-dua telinga. 
7. Kesukaran untuk makan, minum atau bercakap.
8. Mata berair secara berlebihan atau mata menjadi terlalu kering. 
9. Sakit atau pening kepala.
Namun, gejala Bell Palsy boleh jadi tidak sama pada semua orang. Jika anda mengalami gejala di atas, jangan bertangguh, terus berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

Apakah Penyakit Bells Palsy Boleh Sembuh?

70% pesakit Bell Palsy kembali pulih sepenuhnya dengan rawatan. Pada sebahagian besar orang yang menderita Bells Palsy, gejala mula menghilang dalam masa 2-3 minggu. Tetapi, untuk sihat sepenuhnya mengambil masa hampir 10 bulan. Pemulihan yang belaku bergantung pada tahap kerosakan saraf yang berlaku,

 Merawat Penyakit Bell Palsy

1. Ubat Kortikosteroid seperti prednisolone: Untuk mengurangkan bengkak yang terjadi pada wajah.
2. Ubat titis mata: Pesakit Bell Palsy akan mengalami masalah untuk menutup mata. Mata juga akan sering kering dan mudah terkena jangkitan. Jadi, penggunaan ubat titis mata sangat membantu untuk mereka melembapkan mata dan membantu untuk menutup mata dengan selesa.
3. Fisioterapi: Ahli fisioterapi akan membuat urutan di wajah supaya otot wajah menjadi kuat untuk berfungsi semula.
4. Pembedahan plastik: Cara ini tidak akan membaiki saraf wajah. Tetapi, ia dapat membantu membaiki fungsi wajah yang kaku. Ia membantu pesakit untuk makan dengan baik, membetulkan mulut yang senget, membaiki fungsi kelopak mata, membantu dalam percakapan dan makan minum.


Cara Merawat Penyakit Bell Palsy Teknik Urutan

SENAMAN MUKA

Cara Ikhtiar Rawatan Alternatif Penyakit Bell Palsy Dengan Nutrisi

1. VIVIX 

VIVIX adalah supplemen terbaik dan utama yang dicadangkan untuk pesakit Bells Palsy. VIVIX membantu membaiki sel yang rosak hingga ke peringkat DNA. Selain itu, VIVIX membantu untuk menurunkan keradangan, Ia membantu menggalakkan penghasilan tenaga sel dan mencegah pengumpulan AGE protein. VIVIX sangat baik untuk membaiki saraf.

2. B-Complex

B-Complex membantu mengurangkan kesakitan akibat kerosakan saraf dengan cara meningkatkan paras serotinin dalam darah. Serotinin (penghantar saraf) terlibat dalam pengawalaturan salur darah ke otak.

3. Omega Guard

Omega Guard berfungsi sebagai anti-inflammasi dan anti-radang. Ia membantu untuk mengurangkan bengkak pada saraf.

Pesakit Bell Palsy Akhirnya Alhamdulillah Telah Sembuh

Kisah Puan Fiza Suhada. (TESTIMONI 1)

15 Oktober 2015

Saya bangun pagi, sebelah muka dah jatuh. Tak boleh senyum, mata tak dapat tutup, air mata mengalir macam menangis. Sakit, rasa tegang je. Doktor sahkan saya diserang Bell’s Palsy. Bukan stroke. Tapi kelemahan sebelah otot muka.Saya diberi steroid. Punca UNKNOWN.
Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin, saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu. Amalkan Supplemen Shaklee:
Vivix
Omega Guard
B Complex
Vitamin E
Saya juga menjalani fisioterapi dalam masa yang sama.
Alhamdullilah selepas 90 hari, saya diberi kesempatan SENYUM kembali.”
Testimoni 1

Testimoni 2
Testimoni 3
Testimoni 4

Terima kasih kerana membaca artikel Cara Merawat Penyakit Bell Palsy Dengan Berkesan

DAPATKAN RAWATAN BELL PALSY HARI INI!

KLIK GAMBAR UNTUK DAFTAR

Jangan tunggu lagi, anda yang menentukan ikhtiar kesihatan anda. Boleh hubungi kami bila-bila masa untuk pertanyaan. 

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb