Masalah angin dalam badan semasa mengandung sudah menjadi perkara biasa di kalangan wanita yang sedang hamil. Angin dalam badan menyebabkan ibu yang sedang mengandung berasa tidak selesa pada perut dan menimbulkan rasa mual dan ingin muntah. Setengah ibu mengandung akan cuba sendawa, mengurut belakang badan untuk mencuba membuang angin dalam badan. Namun, cara ini hanya memberikan kelegaan sementara sahaja. Angin akan memenuhi semula rongga badan, dan menyebabkan ketidakselesaan datang kembali.
Selalunya, masalah angin dalam badan wanita mengandung ini teruk pada trimester pertama. Masuk trimester kedua dan ketiga, masalah angin semakin berkurang, namun ada kes yang berlanjutan hingga ke akhir kehamilan.
Ikuti cara-cara di bawah yang membantu membuang angin dalam badan ketika mengandung dengan berkesan.
4 Cara Buang Angin Dalam Badan Ketika Mengandung
1. Halia
Halia adalah bahan yang popular dan biasa digunakan untuk perubatan tradisional termasuk buang angin berlebihan dalam badan. Mudah sahaja, anda campurkan halia dalam minuman anda seperti teh, limau dan air suam. Banyakkan makan hidangan yang menggunakan halia seperti ikan stim halia dan apa sahaja makanan yang menggunakan halia.
2. Bawang Putih
Makan 3 ulas bawang putih yang telah dilayur di atas dapur boleh membantu anda untuk buang angin dalam badan dengan cepat. Jika tidak lalu makan bawang putih begitu sahaja, ambil bawang putih yang telah dilayur di atas api, kemudian sapukan minyak, dan sapukan di belakang badan anda untuk melegakan angin dalam badan.
3. Air Rebusan Betik
4. Vitamin C
Supplement Yang Semulajadi Untuk Bantu Buang Angin Dalam Badan Ketika Mengandung