Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Buasir Semasa Mengandung: Kenali Punca dan Rawatan Terbaik

Posted on August 8, 2017 by admin
 buasir semasa mengandung

Buasir Semasa Mengandung– Buasir atau dikenali sebagai hemoroid adalah disebabkan sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur yang menghubungkan rektum dan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar.

 buasir semasa mengandung

Dalam kes orang yang kena buasir semasa mengandung, salur darah dalam salur dubur membengkak dan terkeluar semasa atau selepas membuang air besar. Anda boleh merasainya seperti benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur.

Punca Buasir Semasa Mengandung

Semasa mengandung, jumlah darah dalam badan semakin bertambah. Pada masa yang sama juga, tahap hormon progesteron yang tinggi dalam badan menyebabkan dinding salur darah mula mengendur. Salur darah di bawah rahim akan mempunyai risiko yang lebih besar untuk menegang dan membengkak akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi yang sedang membesar. Itu sebabnya, ibu mengandung berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila sedang mengandung. Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalami buasir semasa mengandung, kemungkinan besar selepas melahirkan anak juga akan mengalami buasir.

Walaupun buasir penyebab pendarahan, apa sahaja pendarahan yang berlaku di bahagian dubur harus diperiksa oleh doktor.

Tips Elak Buasir Semasa Mengandung

Buasir adalah perkara biasa dalam kehamilan dan ianya boleh dielakkan. Cara terbaik ialah dengan memastikan anda tidak sembelit, supaya apabila membuang air besar, ia berjalan dengan lancar dan mudah. Antara tips-tips yang boleh diamalkan:

1. Makan Makanan Tinggi Fiber

Antara contoh makanan tinggi fiber termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Minum Air Secukupnya

Minum di antara 6-8 gelas air sehari untuk cegah dehidrasi.

3. Segera ke Tandas

Jika berasa hendak membuang air besar, segera ke tandas. Ini untuk mengelakkan najis menjadi keras dan kering.

4. Posisi Membuang Air Besar

Cuba naikkan kaki anda ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Cara ini sangat membantu meluaskan ruang untuk najis keluar. 

5. Membuat Senaman Lantai

Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku ketika mengandung. Senaman ini membantu meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin. 

Bagaimana Merawat Buasir Semasa Mengandung

✔ Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elak daripada menggaru tempat yang gatal kerana ia akan membuatkannya bertambah teruk.
✔ Menggunakan pek ais untuk melegakan kesakitam terutama di sekitar dubur dan untuk menghilangkan bengkak.
✔ Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas membuang air besar.
✔ Cuba tolak buasir perlahan-lahan ke dalam dengan menggunakan jari tangan yang bersih. 
Jika buasir anda makin sakit dan tiada perubahan, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya. Kebiasaannya doktor akan mencadangkan anestetik topikal atau supositari ubat yang selamat digunakan. Mungkin juga doktor akan mencadangkan pembedahan kecil dilakukan selepas hamil. Menjadi satu kepentingan untuk memastikan sebarang pendarahan datangnya daripada buasir bukanlah sebaliknya.

Bagaimana Supplemen Membantu Busir Ketika Mengandung?

1. Ostematrix

Di dalam ostematrix, terdapat kandungan magnesium yang berperanan untuk melegakan otot di dalam usus yang membantu untuk mewujudkan pergerakan yang lebih baik dan lancar. Magnesium juga berfungsi untuk menyerap air ke dalam kolon seterusnya melembutkan najis dan melancarkan pembuangan daripada badan. 

2. Omega Guard

Omega 3 yang merupakan kandungan utama Omega Guard membantu mengurangkan pembengkakan dan radang salur darah yang mengakibatkan buasir. Terdapat juga beberapa kajian membuktikan Omega 3 boleh membantu melancarkan proses pembuangan air besar.

3. Vitamin C

Membantu mempercepat proses penyembuhan luka kerana buasir. 

Tiada Lagi Buasir Ketika Mengandung Selepas Amalkan Supplemen Shaklee! (Biiznillah..)

Jom ikuti pengalaman 2 orang ibu ini…..

JADI APA TUNGGU LAGI? 

Dapatkan supplemen Shaklee hari ini!

ATAU

HUBUNGI KAMI


Intan Farhana Sharifudin
ID : 1235190
Whatsapp/call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
Fb : intan farhana sharifudin
Ig : vitamindocketdotcom

Disclaimer: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan sebagai rawatan utama, menyembuhkan dan menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan di hospital yang berkaitan pada masa yang sama boleh ikhtiar dengan supplemen yang dicadangkan.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb