Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Steamboat Sedap dan Murah Di Cameron Highland (Glory 78 Steamboat and Snack Corner)

Posted on October 27, 2018May 8, 2020 by admin

Percutian kami baru-baru ini, sempat kami makan steamboat untuk makan malam.Best tau makan steamboat panas-panas sambil menikmati cuaca sejuk Cameron Highland yang ketika itu mencecah 16 degree Celsius. Maklumlah, musim hujan kan.

Jadi, cari punya cari, akhirnya kami jumpa kedai steamboat sedap dan murah di Cameron Highland ni. Sebenarnya, banyak je kedai steamboat di Cameron ni. Serius, merata-rata. Tapi of course, kami pilih kedai yang berbaloi in term of keselesaan tempat dan harga. Sedap tak sedap, memang tak tahu la mula-mula tu. Tapi alhamdulillah, pilihan kami tepat. Memang sedap!

So kami pilih kedai Glory 78 Steamboat and Snack Corner di Tanah Rata. Kedai ni terletak di tepi jalan jalan utama antara Brinchang-Tanah Rata-Ringlet, betul-betul bersebelahan De Fern Hotel.

 

steamboat sedap dan murah Cameron highlands

steamboat best Cameron highland

Apa Yang Best Kedai Steamboat and Snack Corner Cameron Highland ni?

1. Harga Yang Berpatutan

steamboat best Cameron highland

Ok kan harga dia? RM26 per pax,dengan minimum pembelian 2 pax. Kanak-kanak boleh share  portion 2 pax ni sebab memang sangat banyak. Kami pilih kedai steamboat ni sebab takde charge per head untuk kanak-kanak. Jika kedai steamboat lain, once dah bawa kanak-kanak, memang wajib la bayar untuk kanak-kanak ikut kepala, walaupun per head untuk kanak-kanak selalunya lagi murah. So, untuk elakkan pembaziran, kedai steamboat ini adalah terbaik apabila tidak memaksa pelanggannya untuk membeli portion untuk kanak-kanak.

2. Tempat Yang Selesa

steamboat best Cameron highland

Saya suka tempat ni sebab tempatnya yang cantik dan selesa.Kami pilih tempat yang macam bersofa lembut, untuk dapatkan sedikit privacy dan yang paling penting baby Tolhah dapat tidur dengan nyenyak atas sofa tu.

Rumaisok pun excited nak tolong masak.

3. Pelbagai Makanan Menarik

Kalau tak minat, makan steamboat, anda boleh order makanan lain juga. Nasi beriani, western pun ada kalau tak silap. Tapi dah nama pun kedai steamboat, of course la orang nak cari steamboat kan? Dan steamboat dia, serius menyelerakan dan sedap.

4. Layanan Tip Top

Ini kitorang puas hati sangat la dengan pembantu-pembantu kedai ni. Servis cepat, dan sangat efisyen.

Kami sekeluarga enjoy  makan di kedai ni bersama anak-anak. Macam main masak-masak pun ada. Hehe. Ok sekian sharing dari saya. Moga sesiapa di luar sana yang sedang mencari-cari tempat makan steamboat best di Cameron Highland, kedai Steamboat & Snack Corner di Tanah Rata Cameron Highland bolehla dijadikan satu pilihan. Byee

1 thought on “Steamboat Sedap dan Murah Di Cameron Highland (Glory 78 Steamboat and Snack Corner)”

  1. Ummi Hanie says:
    November 23, 2018 at 10:16 am

    lama tak makan stimbot.

    tetiba teringin pula hihi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb