Cara Mencegah Dehidrasi– Apabila kita berpuasa, kita mudah untuk mengalami dehidrasi kerana tubuh kita kekurangan air pada waktu siang. Jadi, kita perlu memastikan untuk meminum banyak air semasa berbuka untuk membantu tubuh menjalani proses penghidratan semula sekurang-kurangnya 2 2 liter air sehari untuk elakkan dehidrasi berlaku.
Dehidrasi adalah keadaan bilamana badan kehilangan banyak air daripada jumlah yang diterima sehingga ia menyebabkan ketidakseimbangan pada kandungan gula dan garam dalam tubuh.
Kandungan air dalam tubuh badan manusia yang sihat adalah sebanyak 60 peratus daripada total berat badan. Kandungan air pada kadar yang tepat dan ideal berfungsi untul membantu pelbagai sistem dalam tubuh seperti membantu kerja sistem pencernaan, mengeluarkan kotoran dan racun dari badan. sebagai bendalir untuk sendi, melembapkan jaringan pada telinga, menjadi medium untuk mengangkut zat dan nutrisi untuk sel-sel tubuh serta menjaga kulit supaya kekal sihat. Dehidrasi mengakibatkan badan tidak dapat menjalankan fungsi normal dan mungkin boleh membawa maut.
Tanda-Tanda Dehidrasi
Dehidrasi ini berlaku apabila badan kita kehilangan air lebih banyak daripada apa yang badan kita terima. Jika anda merasakan tanda-tanda seperti berikut semasa berpuasa, anda mungkin sedang mengalami dehidrasi.
1. Sakit kepala yang tidak hilang.
2. Keletihan dan berasa kebingungan.
3. Kurang tumpuan atau kepekaan
4. Sembelit
5. Bibir kering dan kulit kering.
6. Hampir pengsan.
7. Nafas laju, denyutan jantung yang cepat, tetapi anda berasa sangat lemah.
8. Tidak membuang air kecil selama 8 jam.
9. Kejang-kejang otot,
Jika anda mengalami gejala kronik seperti hilang kesedaran dan hampir pengsan, nafas laju dan berasa keletihan hingga rasa bingung, segeralah untuk mendapatkan air dan minum. Ada rukhsah untuk anda berbuka puasa.
Tips Minum Ketika Berpuasa
Untuk mengelakkan anda terhidrasi semasa berpuasa di siang hari, anda dicadangkan untuk mengambil kuantiti air yang banyak dan mencukupi antara waktu Maghrib ke sebelum habis waktu sahur.
– 1 gelas selepas azan Maghrib
– 1 gelas selepas solat Maghrib
– 1 gelas selepas makan
– 1 gelas selepas solat Isyak
– 1 gelas selepas Tarawikh
– 1 gelas sebelum tidur
– 1 gelas selepas bangun sahur
– 1 gelas selepas makan sahur
Selamat beramal!
Cara Mencegah Dehidrasi Semasa Berpuasa Dengan Performace Drink
Minuman Performance Drink (PD) sangat membantu untuk mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa. Pasti anda akan kekal ceria bertenaga sepanjang puasa jika anda mengamalkan mengambil Performance Drink sebelum tidur dan sebelum sahur.
Apa Kelebihan Performance Drink?
1) Performance Drink membantu mempercepatkan proses penghidratan tubuh. Performance® Shaklee telah terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap penghidratan yang lebih cepat berbanding air dan ianya telah dibuktikan secara klinikal.
2) Performance Shaklee mengandungi Opticarb®. Opticarb® adalah kandungan karbohidrat yang eksklusif yang terdapat di dalam Performance Drink ini. Opticarb® membekalkan tenaga dengan cepat dan berpanjangan .Memang elok sangat tu jika PD dijadikan minuman sampingan semasa sahur.
3) Mengandungi OPTI-LTYE™ iaitu campuran elektrolit proprietari termasuklah sodium, potassium, kalsium dan magnesium bagi menyokong proses penghidratan secara optimum. Kandungan elektrolit ini membantu mencegah proses dehidrasi daripada berlaku. Sesuai sangat kalau minum semasa waktu bersahur. Jadi risiko untuk badan mengalami dehidrasi adalah kurang.
4) Performance Shaklee juga telah terbukti secara klinikal dapat memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot. Jadi, kita tidak akan berasa lesu sangat di bulan puasa.
5) Shaklee juga memberi jaminan ketulenan untuk Performance Drink ini di mana ianya tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan
Siapa Boleh Ambil Performance Drink?
Bukan sahaja untuk orang berpuasa, PD juga sangat diperlukan untuk beberapa golongan berikut:
✔ Ibu-ibu mengandung yang mengalami alahan seperti muntah dan tidak boleh minum air kosong, PD mampu melegakan simptom alahan dan memberikan tenaga serta memastikan tubuh ibu tidak dehidrat.
✔ Bagi ibu yang menyusu pula, PD bukanlah milk booster atau minuman penambah susu ibu, TETAPI membantu tubuh ibu menjaga kestabilan bendalir agar tidak kering.
✔ PD juga sesuai diberikan kepada kanak-kanak yang demam, berasa kurang selera makan untuk mengelakkan mereka daripada mengalami dehidrasi.
✔ Mereka yang bekerja di tengah panas matahari di bulan puasa ini.
✔ Untuk bakal umrah dan haji juga. PD sangat sesuai diberikan bagi memastikan tubuh mereka sentiasa cergas,sihat dan tidak dehidrat semasa berada di tanah suci.
Apa Kata Pengguna Performance Drink Semasa Puasa?
TESTIMONI 1
TESTIMONI 2