Cara Hilangkan Jeragat– Jeragat merupakan sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi ia sedikit sebanyak menjejaskan penampilan dan keyakinan diri seseorang. Jeragat biasa dilihat di sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok di bahagian wajah, leher dan bahagian badan.
Jeragat termasuk dalam kategori penyakit kulit yang tidak meninggalkan kesan yang memudaratkan. Namun, cara kita merawat masalah jeragat itu boleh jadi memudaratkan apabila kita menggunakan bahan yang tidak bersesuaian yang menyebabkan kulit yang berjeragat makin teruk dan langsung tidak dapat diselamatkan lagi. Jom kita teliti cara hilangkan jeragat dengan cepat dan selamat supaya kulit kembali cantik!
Punca-Punca Jeragat
Walaupun jeragat bukanlah penyakit yang serius, namun masalah jeragat ini menjadi sesuatu kerisauan kepada ramai orang. Kebiasaannya jeragat biasa menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas, Tetapi, langsung tidak mustahil apabila dewasa ini jeragat sudah menyerang golongan di awal 20-an berikutan salah satu punca jeragat adalah kerana faktor genetik.
1. Sinaran UV
2. Tidak Membersihkan Mekap Dengan Bersih
3. Bahan Mekap Berbahaya
4. Hormon Yang Tidak Seimbang
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa
6. Wanita Ambil Mudah Perlidungan Diri
7. Kolagen Yang Semakin Berkurang
Cara Hilangkan Jeragat Dengan Cepat!
Saya ingin memperkenalkan cara hilangkan jeragat dengan cepat dan selamat. Cara ini adalah menggunakan cara merawati sel kulit dari luar dan dalam.
1. Spot Whitening Treatment Nutriwhite
Bagaimana ia berfungsi ?
2. Vitamin C
Jeragat berlaku bila kulit tidak sihat dan mudah kalah pada serangan radikal bebas. Kelemahan ini berlaku kerana lapisan kolagen yang lemah.
Vitamin C berperanan untuk merangsang pembentukan kolagen dalam pada kulit.
Kolagen berfungsi untuk menegangkan di samping membentuk kulit wajah yang cantik.
Berbalik pada bab mencerahkan jeragat, pengambilan vitamin C yang berterusan telah dibuktikan akan mencerahkan kulit , melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat.
Kulit akan menjadi semakin cerah dan jeragat akan semakin hilang.
3. Vitamin E Complex
Vitamin E sangat popular untuk merawat pelbagai masalah kulit. Kandungan antioksidannya yang tinggi adalah kunci bagi hilangkan jeragat di wajah.
1 Softgel vitamin E sehari mampu mengurangkan bintik jeragat dan menghalang penuaan. Selain itu, vitamin E juga berfungsi untuk mengawalselia vitamin A bagi tujuan pemulihan kulit rosak.
Ambil satu softgel vitamin E, pecahkan dan sapukan pada kawasan jeragat.
Ia mempercepatkan proses hilangkan jeragat. Sel itu akan diganti dengan sel baru.