Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Cara Hilangkan Rekahan Di Tapak Kaki Dengan Berkesan

Posted on July 26, 2017 by admin

Cara Hilangkan Rekahan Di Tapak Kaki– Masalah tumit kaki merekah, kasar dan pecah-pecah merupakan masalah yang berlaku tidak kira golongan dan usia. Biasanya orang yang mengalami rekahan pada tapak kaki takkan mendapatkan sebarang rawatan selagi rekahan tersebut tidak dijangkiti kuman dan menimbulkan rasa sakit.

 cara hilangkan rekahan tapak kaki

Walaupun rekahan di tapak kaki tidak membahayakan kesihatan, namin keadaan ini menunjukkan yang seseorang itu mengalami kekurangan air di dalam badan dan menyebabkan kulit di bahagian tumit menjadi kering, merekah dan kadangkala bersisik. Selain daripada indikasi badan kurang air, tapak kaki yang merekah disebabkan oleh kurang peka dalam penjagaan kebersihan kaki, pertambahan berat badan, atau mungkin kerana pemakaian produk kecantikan yang tidak sesuai.

Rekahan di tapak kaki, jika tidak dirawat segera akan menimbulkan rasa sakit hingga sukar untuk berjalan dan mungkin menganggu aktiviti seharian kita. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa cara mudah secara semulajadi bagaimana cara hilangkan rekahan di tapak kaki dengan berkesan. Jom teruskan membaca!

Cara Semulajadi Hilangkan Rekahan Di Tapak Kaki 

1. Getah Betik




a) Pilih betik yang agak tua, kemudian potong kecil-kecil. 

b) Sapukan getah betik pada tumit kaki. Gosok perlahan-lahan dan biarkan ia kering. 

c) Kemudian bilas dengan air bersih.

2. Asam Keping




a) Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen yang berisi air suam. 

b) Kemudian rendam kaki anda selama 20 hingga 30 minit.


3. Avokado




Di dalam buah avokado terdapat kandungan Vitamin E yang tinggi. Vitamin E sangat bermanfaat untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit. 

a) Kisar isi buah ini hingga hancur dan gunakannya untuk menyental tumit kaki. 

b) Biarkan ia kering selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. 


4. Minyak Zaitun


Sebelum tidur sapukan minyak zaitun pada tumit yang bermasalah. Sebaiknya pakai stokin atau sarung kaki. Amalkan setiap hari sehingga mendapat hasil yang dimahukan. 



5. Kelapa Parut



Kelapa parut membantu melembap dan melicinkan kulit. Garam yang perlu dicampur dengan kelapa parut juga berperanan membuang sel kulit mati. 

a) Ambil kelapa parut dan campurkan dengan sedikit garam. 

b) Gosok bahagian kaki terutama tumit yang merekah. Gosok perlahan-lahan antara 3 hingga 5 minit. 


c) Kemudian bilas sehingga bersih. Boleh dilakukan sambil mandi.



6. Tepung Beras



a) Campurkan tepung beras dengan sedikit madu. 

b) Kemudian gosok tumit kaki dengan tepung beras tadi. Buatlah sekerap yang mungkin sehingga bahagian tumit yang merekah kembali seperti asal.


Cara Hilangkan Rekahan Di Tapak Kaki Dengan Berkesan

1. Vitamin E

Vitamin E berfungsi melindungi sel-sel kulit dari serangan radikal bebas yang merbahaya. Sebagai antioksidan Vitamin E mampu mengekalkan sel-sel kulit yang sihat dan licin. Vitamin E juga berperanan untuk membantu menghilangkan parut.

2. Herbal Blend


Krim herbal blend ni memang terbaik untuk atasi masalah tumit merekah. 

Apa Kata Pengguna Herbal Blend

                                                            TESTIMONI 1



                                                                 TESTIMONI 2



BOLEH DAPATKAN SUPPLEMEN VITAMIN E DAN HERBAL BLEND DI SINI

ATAU

HUBUNGI KAMI

Klik Image Untuk Terus Whatapps
Disclaimer: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan sebagai rawatan utama, menyembuhkan dan menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan di hospital yang berkaitan pada masa yang sama boleh ikhtiar dengan supplemen yang dicadangkan.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb