Cara Hilangkan Stress Mak-Mak. Dengar tajuk ni macam kelakar sangat tapi begitulah hakikat seorang mak tu. Memang tidak terlepas daripada rasa stress. Tipulah kalau seorang mak tu relax, tenang dan bersahaja, tidak kiralah work from home mother atau mak bekerjaya yang kerja di luar. Mana tidaknya, pagi-pagi bangun dah penuh kepala nak buat apa. Menyediakan keperluan anak-anak dan suami, menghadap kerja rumah rumah yang tidak pernah habis, melayani kerenah dan ragam anak-anak lagi. Wah, memang haru-biru jadinya. Memang menuntut kesabaran dan kecekalan yang tinggi. Besar kan pengorbanan mak-mak kita kan. Yang dah jadi mak tahulah. Badan yang penat, emosi yang huru-hara itulah membuatkan mak-mak mudah marah. Salah sikit, suami dan anak-anak semua kena marah. Mana taknya, badan dah letih menguruskan banyak perkara, akhirnya emosi burst juga akhirnya. Kasihan anak-anak! Tapi, ketahuilah mak-mak ni sayang sangat pada anak-anak. Lagi-lagi bila anak tidur, mulalah rasa sesal tak sudah. Haha. Tapi, apakan daya, mak-mak ni kalau dah stress memang tak boleh kawal emosi. Itu belum lagi tekanan dari luar yang datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban di tempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.
Masing-masing ada cara tersendiri yang kita gemar lakukan untuk mengurangkan stress.
Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stress) itu.
InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:
1. Mengurangkan Stress Dengan Bercakap
Saya kalau stress memang akan cari kawan untuk bercakap. Kalau tiada kawan di sekeliling, suami lah yang selalu menjadi mangsa untuk saya cakap apa sahaja perkara yang sedih atau menggembirakan. Jadi, suami-suami di luar sana, sila fahami isteri anda yang memang akan banyak bercakap tu!
Perkara yang sangat melegakan stress saya ialah bila saya dapat bercakap depan khalayak umum. Contohnya, masa dalam usrah atau memberi apa-apa ceramah.
2. Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran
Terapi stress yang paling baik ialah memburu khusyuk semasa membaca Al-Quran. Silap-silap air mata pun boleh menitis masa baca Quran waktu sedang stress.
3. Mengurangkan Stress Dengan Membaca Buku
Saya pernah terbaca artikel diWall Street Journalmengenai budaya membaca secara perlahan. Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.
Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.
Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.
Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini. Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.
Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi. Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca. Saya sendiri juga seorang penulis buku.
4. Mengurangkan Stress dengan Bersenam
Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.
Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.
Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.
Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
5. Mengurangkan Stress dengan Tidur.
Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.
Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.
Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.
Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out. Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.
Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)
Bacaan lanjut mengenai tidur Qailullah boleh dibaca di sini.
6. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga
Mengurangkan stress dengan keluarga
Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.
Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.
Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.
Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang medamaikan.
7. Hilangkan Stress Dengan Bersiar-bersiar Dan Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur.
Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam. Pasti Anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.
InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya. Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.
Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita. Terima kasih kerana membaca artikel Cara Hilangkan Stress Mak-Mak.
3 Supplemen Semulajadi Untuk Hilangkan Stress Mak-Mak
1. Omega Guard
Biasanya orang kaitkan Omega-3 (komponen asid lemak omega dlm Omega Guard) dgn perkembangan minda kanak2. Sebenarnya Omega Guard ni sgt banyak fungsi dia especially utk mak2 yg superbizi nih.
Meningkatkan fungsi GREY MATTER. Grey matter adalah komponen otak yg utama, yg berfungsi menghantar signal kepada saraf2 yg lain. Ia memainkan peranan dalam peningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN.
Jadi kalau asyik sedih2, amalkan Omega Guard ye!
2. Vitamin B-Complex
Asid panthethonic dalam B-Complex memainkan penting untuk melegakan stress. Vitamin B sering dirujuk sebagai vitamin anti stress.
Vitamin B5 dalam B-Complex juga penting untuk membantu pengeluaran hormon yang berkaitan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenalin. Kajian menunjukkan vitamin B5 membantu memulihkan kelenjar adrenal dari stress.
Vitamin B6 berupaya mempengaruhi pengeluaran serotonin kimia otak. Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk hadapi stress.
3. ESP (Soy Energizing Protein)
ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino yang badan perlukan, yang mana badan tidak dapat hasilkannya dengan sendiri. Dalam banyak-banyak asid itu, ada 2 amino asid yang membantu stabilkan emosi terutama mak-mak ni kan…
THIAMIN membantu naikkan mood, memberikan tenaga, menjaga saraf ibu dan memberi tidur yang lena.
RIBOFLAVIN membantu mengurangkan sakit kepala, migrain, hilangkan kebimbangan, keletihan dan tekanan.
So lepas ni, mak-mak bolehlah amalkan set vitamin ini atau pilihlah mana-mana mengikut budget anda! Yang penting, mak-mak berusaha untuk jadi mak yang cool dan cergas sentiasa. Bukan untuk hilangkan stress saja, tapi juga untuk kesihatan mak-mak juga. Taknak muda-muda dah dapat tekanan darah tinggi ok!
Vitamin-vitamin ini juga sesuai untuk bantu hilangkan stress ibu hamil dan hilangkan stress ibu berpantang.