Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Cara Kuatkan Rahim Ketika Hamil Untuk Elak Keguguran

Posted on June 7, 2017May 4, 2019 by admin

Cara Kuatkan Rahim Ketika Hamil– Semua ibu mengharapkan kehamilan yang selamat. Namun, kadangkala hasilnya tidak seperti yang disangka apabila ibu mengalami keguguran. Menyedihkan, namun, keguguran adalah perkara biasa yang berlaku dalam kehamilan. dan melibatkan 15 peratus daripada jumlah keseluruhan. Tetapi ianya bukan perkara yang mudah untuk ditangani apabila ianya berlaku kepada kita.

 cara kuatkan rahim

Keguguran ialah kehilangan bayi yang dikandung pada awal minggu ke-24 kehamilan. Malang sekali, ia perkara yang biasa berlaku dengan kehamilan dan hampir 15 peratus kehamilan berakhir dengan tragedi kehilangan. Hampir 98 peratus keguguran berlaku pada awal minggu ke-13.Siapa tidak sedih apabila berlaku keguguran bayi dalam kandungan.  Bayi yang dinanti-nanti, akhirnya tidak kesampaian kerana berlaku keguguran di pertengahan kandungan. Ada orang mengalami keguguran sekali, dan ada orang mengalami keguguran berkali-kali pula. Selepas gugur, ramai yang risau untuk hamil semula. Risau adakah peluang untuk hamil lagi? Dan adakah jika hamil, kandungan akan gugur lagi?

 

Tanda-Tanda Keguguran

Tanda yang paling ketara sekiranya berlaku keguguran ialah sakit seperti sakit datang bulan, kejang dan terdapat pendarahan (termasuklah darah beku). Sesetengah keguguran hanya dikesan secara tidak sengaja apabila membuat pemeriksaan antenatal, ketika doktor tidak menjumpai denyutan jantung bayi.

Kadangkala, terdapat tompokan iaitu kehilangan sedikit darah yang keluar daripada faraj. Tompokan darah pada awal usia kehamilan adalah perkara biasa dan selalunya tiada apa yang perlu dirisaukan. Kebiasaannya ia merupakan pendarahan permulaan apabila haid kita tertangguh disebabkan oleh hormon.

Segeralah bertemu doktor anda apabila anda berasakan anda mengalami keguguran. Jangan teragak-agak untuk membuat pemeriksaan segera jika tanda-tanda berikut muncul.

1. Pendarahan berlaku sangat teruk,

2. Ibu berasa hendak demam dan tidak sihat.

3. Ibu mengalami sakit di bawah abdomen dengan teruk seperti kedatangan haid. Ambil ubat penahan sakit dan tungku panas (hot water bottle) di atas perut ataupun di bawah bahagian bawah belakang badan bagi mengurangkan kekejangan.

Faktor Risiko Keguguran

Menurut pakar, keguguran biasanya dikaitkan masalah janin yang tidak kuat menempel di dinding rahi, atau masalah rahim yang takm kuat. Jadi, perkara penting untuk memastikan kehamilan yang berjaya ialah:
1. Kualiti sperma yang berkualiti dan sihat.
2. Ovum yang matang.
3. Rahim yang kuat dan sihat
 
Masalah janin yang tak kuat menempel adalah kerana percampuran ovum dan sperma yang kurang berkualiti. Manakala, rahim yang tak kuat disebabkan oleh lapisan endometrium yang nipis dan tidak stabil disebabkan hormon yang tidak seimbang.

Cara Kuatkan Rahim Selepas Keguguran & Ketika Hamil

1. Makanan Makanan Yang Segar.

Elakkan makan makanan yang diproses kerana ianya mengandungi bahan kimia yang mungkin menyumbang pada lemahnya rahim.

2. Elakkan Makanan Tajam

Elakkan makan makanan yang bersifat sejuk seperti asam boi, jeruk. Boleh baca di sini 5 Makanan Tajam Ketika Hamil Yang Mesti Dielakkan.

3. Amalkan Makanan Tambahan (supplement)

Selepas keguguran atau sebelum hamil, anda digalakkan untuk mengambil supplemen tambahan yang membantu menguatkan rahim dan menghasilkan telur (sperma dan ovum) yang baik. Selepas mengalami keguguran, rahim perlu disuburkan semula dan diberikan nutrisi secukupnya untuk kuatkan rahim. Rahim yang kuat dan subur, pastinya akan mengurangkan risiko untuk gugur dan membantu membentuk janin yang sihat.

Jom kita tengok 4 vitamin yang ingin saya perkenalkan yang boleh membantu kuatkan rahim selepas keguguran. Vitamin-vitamin ini adalah supplemen yang selamat dan semulajadi.

Cara Kuatkan Rahim Selepas Keguguran Dengan Supplemen Semulajadi

1. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP membantu memperbaiki sel-sel rahim yang telah rosak ketika berlaku keguguran. ESP juga membantu pertumbuhan sel-sel baru yang lebih sihat dan kuat. Selain itu, ia juga membantu menstabilkan hormon wanita supaya mudah untuk hamil semula.

ESP juga sesuai untuk wanita hamil untuk elakkan keguguran

ESP Shaklee ini mengandungi tinggi protein yang diperlukan tubuh. Protein sangat diperlukan untuk pembentukan pelbagai organ dan tisu badan manusia serta komponen utama kepada hormon manusia selain dari membina sel-sel baru dalam badan serta memperbaiki sel yang rosak. 

Akibat kekurangan protein dalam badan boleh menyebabkan antibodi kita lemah iaitu unsur melawan penyakit, kandungan air dalam badan tinggi, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ.

Organ yang dimaksudkan di sini termasuklah rahim wanita. Rahim yang lemah berpunca dari sel-sel dalam organ tersebut yang telah rosak dan perlu dipulihkan untuk kekalkan fungsi dengan baik. 

Pendarahan di awal kehamilan adalah salah satu petunjuk bahawa seseorang wanita mempunyai rahim yang lemah dan boleh membawa kepada keguguran.

Jadi, ESP sangat digalakkan untuk wanita hamil terutama di awal kehamilan untuk kuatkan rahim.

 

2. B-Complex

Pengambilan B-Complex adalah persediaan untuk ibu mendapat cahaya mata. Keperluan asid folik dalam B-Complex sangat diperlukan untuk janin supaya tidak berlakunya kecacatan tulang belakang pada janin. B-Complex juga boleh membantu kurangkan stress ibu-ibu yang mengalami keguguran dan membantu melancarkan peraliran darah dalam tubuh.

3. Vitalea

Vitalea mengandungi semua jenis vitamin dan mineral yang penting untuk keperluan tubuh orang dewasa. Ia juga membantu penghasilan darah merah yang berkualiti untuk proses pembentukan bayi yang sihat dan sempurna. Vitalea juga membantu bekalkan zat besi untuk bantu kekalkan HB darah yang baik. HB darah mempengaruhi pembentukan bayi.

4. Vitamin C

 

Vitamin C ini bersifat tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas yang boleh menjadi faktor keguguran. Ia juga membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan jangkitan kuman mahupun virus yang menyerang rahim. Selain itu, ia membantu penyerapan iron yang baik untuk kekalkan HB darah sebelum dan ketika hamil.

4 cadangan vitamin ini adalah cadangan terbaik untuk ibu kuatkan rahim selepas keguguran. Rahim yang kuat dan subur memudahkan kita untuk hamil dan merendahkan risiko keguguran.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan SET KUATKAN RAHIM ini, boleh terus hubungi saya
whatapps INTAN 013-5241628
atau
Bagi yang access blog ini melalui handphone, boleh terus klik di sini www.wasap.my/60135241628
 
Fb: Intan Farhana Sharifudin
 
ATAU
Anda boleh terus order online melalui website Shaklee:

 

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb