Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Cara Mengatasi PMS Wanita Dengan Berkesan

Posted on July 19, 2017 by admin
Cara Mengatasi PMS– Seorang wanita sering berasa hendak marah, sedih, sakit badan dan berperilaku luar biasa beberapa hari sebelum menstruasi (haid). Tanda-tanda ini merupakan gejala premenstruasi (PMS) yang sering berlaku kepada kira-kira 75% wanita dan wanita yang berusia lewat 20 tahun sampai awal 30 lebih cenderung mengalami PMS yang lebih teruk. Ianya berlaku kira-kira bermula 10 hari sebelum mentruasi (haid) berlaku.

 cara mengatasi pms

Anda mungkin marasakan gejala PMS yang ringan sahaja, tetapi beberapa orang lain merasakan gejala PMS yang cukup berat. Gejala PMS ini berbeza mengikut orang. Beberapa gejala PMS yang sering dirasakan pada wanita ialah: 
✔ Mengidam makanan tertentu.
✔Sensitif terhadap cahaya dan bunyi.
✔ Mudah marah, sedih, gelisah hingga boleh membawa kepada depresi.
✔ Perubahan pola tidur.
✔ Mudah lupa.

Gejala PMS Yang Melibatkan Fizikal

✔ Sakit sendi dan otot.
✔ Perut terasa kembung dan sakit.
✔ Muncul jerawat lebih daripada biasa.
✔ Letih dan berlebihan.
✔ Berat badan bertambah.
✔ Rasa sakit pada payudara.
✔ Sembelit

Sebab Terjadi PMS

1. Perubahan Hormon

 cara mengatasi pms
Tanda dan gejala PMS dapat terjadi seiring dengan perubahan hormon. Gejala PMS ini boleh hilang setelah seorang wanita itu menopause atau ketika seorang wanita hamil.

2. Perubahan Neurotransmitter Otak

 cara mengatasi pms


Serotonin merupakan salah satu neurotransmiter otak. Ia mempunyai peranan penting dalam menentukan kondisi mood. Kadar serotonin yang kurang dapat menyebabkan depresi, keletihan berlebihan, mengidam makanan, dan gangguan tidur. 

3. Stress



Stress tidak menyebabkan PMS namun stress dapat memburukkan lagi gejala PMS.

4. Pola Makanan Yang Buruk


Beberapa gejala PMS disebabkan vitamin dan mineral yang rendah dalam tubuh. Minuman berkafein atau beralkohol dapat mempengaruhi mood dan tenaga seseorang. Makanan tinggi garam pula boleh menyebabkan kurangnya cairan dalam tubuh. Kedua hal tersebut berpotensi menyebabkan gejala PMS.

Cara Mengatasi PMS Wanita Dengan Supplemen

 a) GLA Complex

Gamma Linolenic Acid (GLA) memberikan kesan kepada pramenstruasi (PMS) sindrom. Mekanisme asas GLA ialah untuk melancarkan, mengawal, dan stabilkan kembali hormon di antara waktu period dan kesuburan. Lagi banyak simptom PMS yang dihadapi, lagi banyak GLA Complex yang diperlukan. 
GLA yang terbaik berasal daripada borage oil. Borage oil mengandungi 26% GLA, yang mana 2.5 kali ganda lebih banyak daripada evening primose oil (PMO). GLA Complex Shaklee diekstrak daripada borage oil. 

Kepentingan Mengambil Vitamin E. Dalam GLA Complex Shaklee juga sudah ada Vitamin E. 

Kandungan aktif dalam 1 kapsul GLA adalah vitamin E, GLA dan linolenic asid. Pengambilan Vitamin E juga sangat penting bagi seorang wanita. Vitamin E adalah fat souble antioxidant yang sangat excellent untuk membantu melindungi sel dari rosak. Banyak hormon yang terlibat dalam female cycle adalah fat soluble. Beberapa penyelidik berpendapat, kerosakan pada hormon-hormon ini yang membawa kepada masalah PMS simptom termasuklah mood swing. 

Semasa pramenstruasi (PMS), selain sakit pada payudara, banyak juga wanita yang menderita apabila terdapat fibrocystic breast disease. (tumbuh lump yang bukan kanser). Banyak kajian menunjukkan vitamin E bertindak sebagai pelega rasa sakit, dan boleh kecilkan saiz lump yang bukan kanser tadi. Dalam sesetengah keadaan, simptom sakit payudara dan kehadiran lump ini akhirnya hilang setelah mengamalkan vitamin E. Kajian ini dijalankan oleh Dr Robert London of Balitimore’s Mt.Sinai Hospital pada tahun 1978. Kajian yang lain oleh Dr London menunjukkan pengambilan vitamin E boleh kurangkan simptoms kebimbangan, tekanan dan karbohidrat craving yang sering dialami oleh wanita sebelum atau semasa period. 

b) Ostematrix

Ostematrix adalah sumber kalsium dan magnesium yang terbaik untuk semua orang. Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi boleh mengurangkan simptom senggugut. Sebelum fasa haid bermula, seorang wanita itu akan mengalami penyusutan kalsium dalam tubuh. Kalsium yang menyusut menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Wanita yang mengalami senggugut juga disebabkan oleh kurangnya magnesium dalam tubuh. Pengambilan ostematrix (sumber kalsium dan magnesium) dapat mengawal simptom PMS termasuklah senggugut. 

BOLEH DAPATKAN SUPPLEMEN DI SINI

ATAU

HUBUNGI KAMI

Klik Image Untuk Terus Whatapps
Disclaimer: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan sebagai rawatan utama, menyembuhkan dan menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan di hospital yang berkaitan pada masa yang sama boleh ikhtiar dengan supplemen yang dicadangkan.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb