Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Cara Hilangkan Protein Dalam Air Kencing

Posted on December 19, 2017 by admin

Cara Hilangkan Protein Dalam Air Kencing– Menjadi sesuatu yang normal apabila terdapat kehadiran sedikit protein dalam air kencing kita. Namun, jika protein dikesan berlebihan dalam air kencing, ia dipanggil sebagai proteinuria (iaitu protein dalam urin) dan seringkali ia menjadi petanda awal kepada sakit buah pinggang.

 cara hilangkan protein dalam air kencing

Ini adalah kerana fungsi utama buah pinggang adalah untuk menapis darah dan buah pinggang yang sihat dan berfungsi dengan baik akan mengekalkan molekul dan komponen penting dalam aliran darah seperti protein. Namun, jika didapati kandungan protein berlebihan dalam air kencing, ini merupakan indikasi yang buah pinggang tidak lagi berupaya menapis protein dengan baik.
Namun adakalanya, kes protein dalam air kencing juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain. Disarankan untuk yang mengalami protein berlebihan dalam air kencing untuk mengubah diet seharian untuk mencegah daripada kerosakan buah pinggang yang lebih teruk dan komplikasi penyakit lain.

Punca Protein Dalam Air Kencing

Tahukah golongan berisiko untuk mengalami masalah protein berlebihan dalam air kencing adalah pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Ini kerana kedua-dua jenis penyakit ini boleh menyebabkan masalah kerosakan buah pinggang seterusnya membawa kepada protein dalam air kencing. Jadi, pesakit diabetes dan darah tinggi harus memperhatikan masalah ini dengan lebih serius.

Antara punca protein berlebihan dalam air kencing termasuklah:

✔ Jangkitan air kencing atau jangkitan pada buah pinggang.

✔ Ubat-ubatan seperti NSAID.

✔ Masalah buah pinggang termasuk buah pinggang kronik, glomerulonephritis dan nephrotic syndrome. 

✔ Amyloidosis (badan hasilkan jumlah protein berlebihan).

✔ Toksin banyak dalam badan.

✔ Toksin

✔ Pra-eklampsia.

Namun, ada kalanya, peningkatan protein dalam air kencing berlaku hanya sementara disebabkan oleh masalah emosi, tekanan, dehidrasi dan melakukan senaman berat. 

Cara Hilangkan Protein Dalam Air Kencing

Masalah protein berlebihan dalam air kencing boleh dirawat dengan mengenalpasti punca sebenar masalah tersebut. Jika ianya berpunca daripada buah pinggang, rawatan perubatan tertentu diperlukan dan menjadi keutamaan. Jangan biarkan penyakit buah pinggang anda tidak dirawat kerana ia boleh mengundang kepada kegagalan buah pinggang yang lebih serius. Bagi yang mengalami masalah protein berlebihan kerana darah tinggi dan diabetes, sangat penting untuk anda mengawal dan mendapatkan rawatan yang betul untuk mencegah kerosakan buah pinggang. Bagi kes protein dalam air kencing yang bersifat sementara, biasanya tiada rawatan diperlukan.

Di sini, saya ingin kongsikan beberapa cara alternatif untuk menghilangkan/ mengurangkan protein dalam air kencing dengan menggunakan pendekatan menjaga pemakanan.

1. Amalkan Protein Soya

Penambahan protein soya dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan masalah protein berlebihan dalam air kencing. Namun, kita dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan protein berunsurkan protein haiwan. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Clinical Nutrition, paras protein dalam pesakit predialisis berjaya menurun selepas mengambil protein soya mengandungi isoflavon. Selain itu, bacaan serum fosforus, serum kreatin dan CRP juga menunjukkan pengurangan yang agak ketara. Jadi, pengambilan protein soya yang berkualiti mampu membantu atasi masalah protein berlebihan dalam air kencing. 

2. Elakkan Pengambilan Garam

Makanan rendah garam membantu kurangkan paras protein dalam air kencing. Kajian menunjukkan pengambilan diet yang mempunyai garam yang terhad dapat membantu menurunkan protein dalam air kencing sebanyak 22%. Mengambil makanan kurang garam juga dapat mengurangkan tekanan darah, dan membantu memperbaiki fungsi buah pinggang. Untuk pesakit darah tinggi, makanan yang rendah garam ditambah dengan pengambilan ubat darah tinggi menunjukkan pengurangan sebanyak 77% protein dalam air kencing.

3. Kawal Gula Dalam Darah

Sangat penting untuk yang mengalami masalah protein berlebihan dalam air kencing untuk kawal paras gula dalam darah. Tahap gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan buah pinggang dan membawa kepada peningkatan protein lebih tinggi dalam air kencing. Cuba hadkan pengambilan karbodhidrat halus, tetapi makan makanan kaya karbohidrat yang kaya serat seperti buah-buahan, sayuran dan biji-bijian. 

4. Amalkan Minyak Ikan Kaya Omega-3


Menurut beberapa kajian, kesan anti-keradangan dari asid lemak omega-3 yang terdapat di dalam minyak ikan dipercayai dapat memberikan  manfaat untuk kesihatan buah pinggang. Minyak ikan juga dipercayai boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Jadi, pengambilan minyak ikan dalam diet sehari-hari boleh beri manfaat kepada mereka yang mengalami masalah protein dalam air kencing. Dicadangkan untuk anda mengamalkan supplemen Omega Guard yang kaya dengan asid lemak Omega-3.



5. Polifenol Membantu Kurangkan Protein Dalam Air Kencing

Polifenol boleh didapati dalam sesetengah makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan ia merupakan antioksidan yang sagat kuat. Polifenol bertindak sebagai perisai untuk melindungi sel kita daripada serangan radikal bebas seperti bahan kimia, pencemaran, asap rokok dan banyak lagi. Sel yang tidak dilindungi dan diserang dengan radikal bebas akan menyebabkan sel badan mudah rosak, dan meletakkan kita berisiko untuk kelihatan lebih tua dari usia, dan mengundang penyakit lain yang berkaitan dengan degradasi tisu seperti kanser, jantung, Alzhemier dan lain-lain penyakit lagi. 

Beberapa kajian saintifik membuktikan yang polifenol dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan termasuklah polifenol dapat membantu menyokong paras gula normal dalam darah dan menggalakan tekanan darah yang normal, mengurangkan keradangan dan membantu memelihara sel DNA. Polifenol ini juga boleh memberikan manfaat kepada mereka yang mengalami masalah protein dalam air kencing.

Kita boleh dapatkan sumber polifenol daripada ceri, delima, kekacang, teh hijau, minyak zaitun dan beri. Polifenol juga ada terkandung di dalam Vivix. iaitu minuman botani gabungan anggur muscadine, polygonum cuspidatum, purple carrot dan european elderberry. Campuran unik 4 bahan ini membekalkan 16 jenis polifenol termasuk resveratrol yang bertindak mencukupkan keperluan nutrien sel badan dan seterusnya sel-sel badan boleh berfungsi dengan optimum.

Feedback Pengguna VIVIX



Anda juga alami masalah protein dalam air kencing?

Jika anda mengalami masalah protein dalam air kencing, jangan bertangguh untuk dapatkan rawatan awal kerana mungkin ia menjadi petanda masalah buah pinggang. Jadi. jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat, dan amalkan supplemen tertentu untuk menyokong dan meningkatkan kesihatan tubuh. 

Beli dari kami untuk mendapatkan konsultasi cara makan yang tepat dan tips-tips berguna.

ATAU

HUBUNGI KAMI

Klik image untuk terus whatapps

Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.

Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia







Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb