Kanser Kulit Bermula Dari Tahi Lalat– Baru-baru ini, saya menziarahi kematian bapa kepada sahabat baik saya sendiri. Bapanya baru sahaja didiagnos menghidapi kanser kulit tahap 4 empat bulan yang lalu. Ianya bermula apabila bapanya perasan tahi lalat sedia ada di bahagian tepi mula mengganggu penglihatan dan sering berdarah apabila diraup dengan air sewaktu mengambil wuduk. Atas sebab itu, bapanya bercadang untuk membuat pembedahan ke atas tahi lalat itu kerana ia mula mengganggu kehidupan harian dan sering berdarah. Cadangan membuat pembedahan, berakhir dengan tragedi yang sedih apabila bapanya didiagnos menghidap kanser kulit tahap 4, yang mana sel kanser telah merebak pada keseluruhan badannya.
Kanser kulit, merupakan merupakan ancaman bagi orang yang bertahi lalat. Jadi, bagi siapa yang bertahi lalat atau ada tahi lalat luar biasa dipanggil dysplastic naevi mempunyai risiko kanser kulit. Kita harus peka dengan perubahan pada tahi lalat sedia ada apabila muncul kelainan pada saiz, bentuk dan warna, selain tahi lalat itu menunjukkan rasa gatal-gatal dan mula berdarah kerana tahi lalat ini amat cenderung untuk menyebabkan kanser kulit.
Bagaimana Kanser Kulit Terjadi?
Kanser kulit merebak ke bahagian lain tubuh dengan 3 cara:
1. Melalui tisu berhampiran sel kanser mula tumbuh.
2. Sel kanser melalui sistem limfa dan bergerak melalui saluran limfa ke bahagian lain tubuh.
3. Sel kanser dibawa oleh darah apabila sel kanser memasuki saluran darah dan bergerak ke bahagian lain tubuh, termasuk ke paru-paru.
Tahap Kanser Kulit
1. Kanser Kulit Tahap 1
Saiz kanser ini hanya berukuran kurang dari 1mm atau kurang 2mm jauh ke dalam lapisan kulit sama ada dengan atau tanpa ulser.
2. Kanser Kulit Tahap 2
Kanser membesar melebihi 2mm atau kurang 4mm sama ada dengan atau tanpa ulser.
3. Kanser Kulit Tahap 3
Kanser telah merebak ke satu atau lebih nodus limfa dengan kanser itu kemudiannya berkumpul. Kanser juga memasuki saluran limfa dan ketumbuhan kecil juga ditemui dalam lapisan kulit dalam lingkungan 2cm daripada ketumbuhan utama.
4. Kanser Kulit Tahap 4
Kanser telah merebak ke organ lain jauh dalam tubuh.
Punca-Punca Kanser Kulit
1. Sering terdedah kepada sinaran UV menjadi faktor utama kepada punca kanser kulit.
2. Orang yang sering terdedah kepada sumber sinaran seperti lampu menggelapkan kulit (tanning lamp) dalam jangka masa panjang.
3. Orang yang mempunyai tahi lalat sama ada banyak atau bersaiz besar daripada biasa mempunyai risiko mendapat melanoma.
4. Individu berkulit cerah dan mudah mendapat jeragat, mudah membentuk selaran matahari dan rambut berwarna perang mempunyai risiko medapat kanser kulit.
5. Mempunyai sejarah keluarga mempunyai kanser kulit melanoma dan mempunyai tahi lalat ganjil.
6. Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah dan mengalami masalah kulit terlalu sensitif terhadap cahaya.
Antioksidan, Untuk Kurangkan Risiko Kanser
Bagi golongan yang berisiko yang banyak terdedah kepada punca kanser kulit seperti yang diterangkan di atas, pengambilan supplemen kaya antioksidan merupakan satu perkara sangat digalakkan untuk membantu kurangkan risiko kanser kulit daripada terbentuk.
Lagi-lagi, jika anda seorang yang mempunyai banyak tahi lalat, anda harus berbuat sesuatu.
1. Vitamin C
Vitamin C ialah antioksida yang larut air. Ia melindungi kawasan berair dalam badan. Banyak studies menunjukkan vitamin C mengurangkan risiko breast cancer pada orang yang mengambil vitamin C.
2. VIVIX
Kuasa antioksidan 40x lebih tinggi daripada anggur biasa, mengandungi asid elagik membantu mengurangkan kesan oksidatif stress dan elak kanser, lebih berkesan melawan radikal bebas, mengandungi polifenol dan resveratrol yang merupakan antioksida yang sangat kuat.
Anda boleh baca di link ini bagaimana resveratrol dalam VIVIX membantu pesakit kanser.
3. Omega Guard
Kajian menunjukkan Omega 3 boleh menurunkan risiko kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Omega-3 juga berupaya mengurangkan saiz tumour yang terbentuk. (Dr Bruce,2017)
Disclaimer: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan di hospital yang berkaitan dan pada masa yang sama boleh ikhtiar dengan supplemen yang dicadangkan jika mahu.
PILIHAN DI TANGAN ANDA!
ATAU
