Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Kanser Kulit Pembunuh Senyap

Posted on April 18, 2017 by admin
 rawatan kanser kulit

Kanser Kulit  – Kanser kulit adalah antara kanser berbahaya dan pembunuh senyap. Ini kerana, bahagian kulit adalah bahagian terbesar daripada badan kita. Jadi, apabila sudah dijangkiti kanser kulit, kerana keratan rentas nya besar, ia mudah untuk merebak dengan sangat cepat ke bahagian dalam badan dan memasuki saluran limfa mahupun salur darah.

 rawatan kanser kulit

3 jenis kanser kulit ialah karsinoma sel basal, karsinoma sel skuamous dan melanoma. Melanoma merupakan jenis kanser kulit yang paling dasyat kerana ia boleh merebak dengan cepat. Terdapat 3 cara sel kanser kulit dapat merebak ke bahagian tubuh lain.

1. Melalui tisu-tisu berhampiran dengan sel kanser sedia ada.

2. Sel kanser itu merebak dengan memasuki salur limfa dan merebak ke bahagian lain melalui sistem limfa.

3. Sel kanser memasuki salur darah dan bergerak ke bahagian tubuh lain melalui paru-paru.

Rawatan Kanser Kulit 

Pelbagai rawatan kanser kulit yang ditawarkan untuk membantu pesakit kanser kulit bebas kanser. Rawatan kanser kulit adalah berdasarkan jenis kanser, saiz dan tahap kanser berkenaan, sama ada kanser kulit tahap 1, kanser kulit tahap 2, kanser kulit tahap 3 atau kanser kulit tahap 4.

1. Cryotherapy

Untuk merawat kanser kulit kecil atau actinic keratosis, kaedah cryotherapy ini digunakan di mana cecair nitrogen digunakan. Krim 5-fluorourasil juga boleh digunakan bagi merawat kanser kulit tersebut manakala Krim 5% Imiquimod juga boleh merawat actinic keratosis dan basal cell carcinoma yang kecil.


2. Curretage dan Electrosurgery


Kaedah ini dilakukan bagi mengikis sel-sel kanser menggunakan pisay dan mana-mana sel kanser yang tertinggal dimusnahkan menggunakan jarum khas elektrik.

3. Pembedahan

Kanser kulit akan dipotong setelah ubat setempat diberikan. Dalam sesetengah kes, kulit normal di sekitar kanser perlu dibuang lebih banyak bagi mengelakkan merebak dan memastikan semua sel kanser dibuang.

4. Pembedahan Mohs

Dalam Pembedahan Mohs, biasanya digunakan di kawasan di mana perlu untuk mengekalkan kulit normal sebanyak mungin seperti pada bahagian hidung, wajah dan muka untuk mengelakkan kanser daripada berulang. Namun, kaedah cara rawatan ini tidak ada di Malaysia.

5. Photodynamic

Cara rawatan phtodynamic ini melibatkan pemusnahan sel kanser kulit melalui kombinasi cahaya laser dan krim (asid aminolavulenic). Kaedah rawatan ini juga tiada di Malaysia. 

6. Radioterapi


Jika pesakit tidak boleh menjalani pembedahan atau jika kanser tersebut terlalu besar, kaedah radioterapi digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb