Tekanan Darah Tinggi Masa Mengandung-Sekiranya kita mengalami tekanan darah tinggi pada selepas minggu ke-20 kehamilan dan tidak mempunyai protein dalam air kencing, kita mungkin didiagnos dengan hipertensi gestasi (tekanan darah tinggi masa mengandung berbeza dengan hipertensi kronik). Tekanan darah tinggi masa mengandung (hipertensi gestasi) selalunya didiagnos apabila kita mempunyai dua kali bacaan berturut-turut, tekanan darah yang melebihi 140//90.

Punca Darah Tinggi Masa Mengandung (Hipertesi Gestasi) adalah disebabkan oleh tekanan tambahan yang wujud di dalam badan. Hipertensi gestasi selalunya ringan dan tidak mempunyai apa-appa kesan kepada bayi dan juga ibu. Biasanya, ibu yang ada masalah obesiti dengan BMI lebih daripada 30 mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat darah tinggi masa mengandung.
Kita mungkin tidak menyedari sebarang simptom yang wujud. Namun, makin awal ia wujud semasa mengandung, makin tinggi risiko kita mempunyai bayi kecil berbanding tarikh atau praeklampsia. Risiko praeklampsia meningkat apabila kita obes atau terlebih berat badan, dan penambahan berat badan yang banyak semasa hamil juga.
Darah Tinggi Masa Mengandung-Komplikasi Kepada Ibu
Walaupun punca darah tinggi semasa mengandung berbeza dengan tekanan darah tinggi biasa yang dialami di luar kehamilan, namun perlu diingatkan kesan darah tinggi adalah sama. Apabila tekanan darah terlalu tinggi, salur darah boleh pecah dan menyebabkan strok pada orang yang mengalaminya.
Semasa tekanan darah terlalu tinggi, doktor akan melihat dua keadaan. Yang pertama, adakah tekanan darah tinggi disebabkan oleh kencing kotor (iaitu kehadiran protein dalam air kencing). Jika ada kencing kotor, ibu mungkin akan dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan kerana mempunyai risiko untuk terkena sawan. Namun, jika tekanan darah tinggi tidak disertai dengan kencing kotor, tekanan darah ibu akan dipantau dengan rapi mungkin untuk beberapa minggu.
Komplikasi Kepada Bayi
1. Kurang pengaliran darah ke placenta menyebabkan bayi mengalami kekurangan nutrisi dan oksigen kepada bayi. Perkembangan bayi mungkin terbantut dan mempunyai risiko melahirkan bayi yang kurang berat badan adalah tinggi.
Ibu yang disahkan menghidap tekanan darah tinggi pada awal kehamilan lebih terdedah kepada risiko ini mengalami masalah ini.
2. Ketika kandungan sudah sampai ke penghujungnya, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan pengaliran darah kurang ke placenta sehingga placenta boleh tertanggal daripada tempat asalnya atau dikenali sebagai ‘abruption placenta’. Ia menyebabkan pendarahan yang banyak boleh berlaku dan boleh mengancam nyawa bayi..
3. Risiko kelahiran premature juga akan meningkat, mungkin kerana oksigen yang cukup gagal dibekalkan kepada bayi sehingga memaksa bayi keluar lebih awal atau bayi dipaksa untuk keluar lebih awal untuk mengawal tekanan darah ibu kerana biasanya selepas bayi lahir, tekanan darah ibu akan menurun.
Rawatan Darah Tinggi Masa Mengandung
Penting untuk ibu mengandung hadir untuk setiap temu janji antenatal kerana doktor atau jururawat akan mengambil tekanan darah pada setiap perjumpaan. Sekiranya kita mengalami gestasi atau kronik, mereka akan mengawal kesihatan kita dengan lebih dekat, dan doktor mungkin akan preskrip ubat yang tidak memudaratkan untuk menurunka tekanan darah. Sekiranya tekanan darah normal sebelum hamil, kemungkinan ia akan kembali normal dalam masa 12 minggu selepas bayi dilahirkan. Sekiranya ianya tidak kembali normal, diagnosis awal tentang hipertensi gestasi adalah salah. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mungkin akan merawat kita sebagai pesakit hipertesi kronik.
Jika anda mempunyai darah tinggi masa mengandung, anda akan dinasihatkan untuk kurangkan mengambil garam dan makanan segera yang berlebihan, amalkan jus buah, ulam dan sayur-sayuran, amalkan air asam jawa, membuat kerja dengan teratur dan tenang dan banyakkan bersenam dengan ringan.
Amalkan Supplemen Untuk Menurunkan Darah Tinggi Masa Mengandung
1. Asid lemak Omega-3
Omega-3 adalah asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan namun ianya sangat diperlukan, dan memang perlu diambil daripada sumber luar. Asid lemak ini berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan membantu melicinkan perjalanan darah. Secara tidak langsung ia dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga membantu mengelakkan pembentukan darah beku dan membantu menurunkan paras kolesterol yang turut menjadi punca tekanan darah tinggi.
2. Kalsium dan magnesium
Kedua-dua mineral iaitu kalsium dan magnesium ini diperlukan oleh ibu mengandung bukan sahaja untuk pembetukan tulang dan gigi bayi yang kuat, tetapi magnesium juga berfungsi untuk mengawal pengecutan salur darah dan membantu mengelakkan salur darah menyempit.
Kalsium dan magnesium memerlukan satu sama lain untuk penyerapan yang efektif dan ianya turut berfungsi membantu meringankan stress dan depression, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lena dan untuk sakit kepala.
BOLEH DAPATKAN SUPPLEMEN DI SINI
ATAU
HUBUNGI KAMI