Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Ikhtiar Rawatan Alternatif Untuk Diabetes Semasa Mengandung (Diabetes Gestasi)

Posted on June 8, 2017 by admin
 diabetes semasa mengandung

Diabetes Semasa Mengandung atau dikenali sebagai diabetes gestasi adalah diabetes yang terjadi buat pertama kalinya semasa hamil. Ia berlaku antara 2 hingga 14 peratus kehamilan. Berbeza dengan diabetes jenis lain, diabetes semasa mengandung ini akan pulih dengan sendirinya sebaik sahaja bayi dilahirkan.

 diabetes semasa mengandung

Punca diabetes terjadi adalah bilamana badan tidak mampu mengeluarkan insulin yang mencukupi. Semasa mengandung, banyak hormon dirembeskan sehingga kadangkala ia menggangu fungsi pankreas untuk menghasilkan insulin dengan baik. Insulin merupakan hormon yang dirembeskan oleh pankreas. Hormon insulin memainkan peranan mengawal kandungan gula dalam darah. Semasa hamil, badan perlu mengeluarkan insulin tambahan bagi memenuhi kepeluan bayi. Sekiranya badan tidak dapat mengurusnya, kita akan mempunyai lebihan gula dalam darah dan mungkin menyebabkan berlakunya diabetes gestasi.

Simptom Diabetes Semasa Mengandung

Diabetes semasa mengandung selalunya tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi kita mungkin mengalami keadaan seperti berikut:

1. Keletihan

2. Dahaga keterlaluan

3. Membuang air kecil dengan banyak.

4. Kabur penglihatan.

Jika anda mengalami keadaan seperti di atas, segeralah untuk membuat pemeriksaan.

Risiko Diabetes Semasa Mengandung Kepada Bayi

 diabetes semasa mengandung

Masalah utama apabila terdapat lebihan gula dalam darah, ia akan menyeberangi placenta dan pergi kepada bayi. Ini bermaksud terdapat risiko bayi akan menjadi sangat besar. Bayi besar akan mungkin menyukarkan proses kelahiran, dan kita mungkin terpaksa melalui pembedahan cesarean.

Bayi yang dipengaruhi oleh banyak gula dalam darah semasa mengandung mungkin mempunyai paras gula rendah (hipglysemia) atau juandis selepas dilahirkan. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang diabetes juga lebih mudah mendapat obesiti dan diabetes jenis 2 selepas ini.

Rawatan Diabetes Semasa Mengandung

Jika anda mengalami diabetes gestasi semasa mengandung, doktor dan jururawat anda akan membuat pemeriksaan yang sangat berkala pada anda supaya bacaan gula anda berada di tahap tidak membimbangkan. Antara rawatan yang disarankan ialah:

1. Menukar Diet Pemakanan Dan Membuat Senaman

Jika anda menghidap kencing manis semasa mengandung, sangat penting untuk anda memilih makanan yang betul dan sihat. Secara fakta, di antara 80 peratus dan 90 peratus wanita yang menghidap diabetes gestasi dapat mengawal penyakit mereka dengan cara menjaga diet pemakanan dan membuat senaman.

Jika anda menghidap diabetes gestasi dan anda mengambil terlalu banyak makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula tambahannya, ini boleh mengganggu kawalan glukos dalam darah. Ini tidak baik, termasuklah bagi mereka yang tidak menghidap diabetes.

Sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah tenaga dalam diet seharian kita haruslah datang daripada karbohidrat, kebanyakannya karbohidrat dalam bentuk kanji. Karbohidrat kanji ini termasuk roti, pasta, nasi, bijirin dan kentang. 
Cuba makan makanan yang diperbuat daripada bijirin penuh. Makanan daripada bijirin penuh menyediakan serat tambahan yang penting untuk penghadaman.
Jika anda menghidap diabetes gestasi, jenis makanan dan minuman yang disarankan tidak berbeza daripada jenis diet yang setiap orang perlu amalkan. Makanan anda haruslah tinggi kandungan karbohidrat dan rendah lemak.

Pengambilan buah-buahan terutamanya jus buah-buahan, susu dan yogurt sebagai sebahagian daripada variasi makanan adalah sangat baik. Badan anda akan menyerap gula ringkas dalam jus atau produk tenusu dengan lebih perlahan. Ini kerana, gula dalam makanan tersebut bercampur dengan elemen makanan yang lain seperti serat dan protein.


Makanan Rendah GI (glysemix index)

Indeks glisemik (glycaemic index – GI) makanan ialah pengukur berapa cepat gula (glukos) dibebaskan ke dalam sistem darah anda selepas anda memakannya. Makanan yang rendah GI mempunyai kandungan serat yang tinggi dan merupakan bahagian penting dalam diet yang sihat.

Memakan makanan yang rendah GI dapat membantu anda menguruskan penyakit kencing manis anda. Ini kerana makanan yang rendah GI mengambil masa lebih lama untuk dihadamkan. Dengan itu, glukos dibebaskan ke dalam darah anda dengan lebih perlahan. Antara contoh makanan rendah GI ialah pasta yang diperbuat daripada tepung gandum, epal, oren, pir dan pic, kekacang dan lentil serta bubur. 



2. Mengambil Ubat dan Suntikan Insulin

Jika diabetes gestasi ini tidak dapat dikawal dengan diet dan senaman, kita perlu mengambil ubat bagi mengawal paras gula dalam darah atau mendapatkan suntikan hormon insulin. 

3. Ikhtiar Rawatan Alternatif Untuk Dibetes Semasa Mengandung Dengan Supplemen

1. Energized Soy Protein (ESP)

ESP adalah produk asas untuk Set Kencing Manis kerana bermacam- macam kelebihan. ESP diperbuat daripada kacang soya non GMO yang sangat selamat.

Bagaimana ESP membantu mengawal gula dalam darah ketika mengandung:

1. Mengandungi tahap gula yang rendah iaitu Index Glisemik rendah
2. Memberi rasa renyang tanpa menaikkan tahap gula malah mengawal paras gula yang selamat dalam tubuh
3. Rasa kenyang akan menyelak anda makan dengan banyak yang akan menaikkan paras gula
4. Mengawal berat badan dengan meningkatkan metabolisma
5. Memberikan kulit yang cantik dan gebu

2. Garlic Complex


Garlic atau bawang putih ialah herba semulajadi yang sangat ajaib. Nama saintifiknya ialah allium savitum dan ia bersifat anti bakteria. Malah ia sangat baik untuk melawan gejala kencing manis

Bagaimana Garlic Complex membantu mengawal gula dalam darah ketika mengandung:

1. Mengandungi Allicin iaitu komponen dalam Garlic yang memberi rasa bawang putih dan baunya yang menusuk.
2. Kajian membuktikan pengambilan Allicin akan merendahkan paras glukos dalam dalam dan meningkatkan tahap serum insulin.
3. Meningkatkan pelepasan insulin oleh tubuh
4. Mengawalselia paras gula dalam darah

3. B-Complex

B Complex juga dikenali sebagai Biotin iaitu zat yang larut air. Sejak dulu B Complex telah diuji dan digunakan untuk merendahkan paras glukos atau gula dalam tubuh.

Bagaimana B Complex membantu mengawal gula dalam darah ketika mengandung:

1. Meningkatkan penukaran gula kepada tenaga
2. Merendahkan paras gula dalam darah
3. Mengurangkan depresi, tekanan dan mood swing ketika hamil.
4.  Membantu penghasilan insulin secara semulajadi.

Dapatkan Supplemen Terbaik Ini Untuk Mengawal Gula Dalam Darah Anda!

Jadi apa tunggu lagi? Jom ikhtiar dengan supplemen untuk membantu kehamilan anda selamat hingga ke penghujungnya, inshaAllah!

ATAU

HUBUNGI KAMI

Klik Image Untuk Terus Whatapps

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb