Cara Elak Meroyan– Gila meroyan ini adalah sejenis penyakit yang sering dialami oleh ibu semasa berpantang atau selepas tempoh berpantang. Apa yang membimbangkan tentang gila meroyan ini adalah apabila si ibu boleh mencederakan diri sendiri mahupun orang lain.
Bagi ibu yang baru bersalin, perasaan gelisah sepanjang masa, rasa ingin menangis. bermuram durja dan asyik termenung, rasa orang sekeliling mengganggu dan berasa tertekan adalah tanda-tanda awal untuk gejala gila meroyan. Perasaan-perasaan ini hadir kerana perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh si ibu selepas kelahiran. Tidak ramai para ibu yang tahu akan kesan daripada tekanan emosi yang dihadapi, dan terus menerus melayan perasaan. Jika anda menghadapi antara tanda-tanda ini, maka berhati-hatilah dan lakukan 6 amalan isteri selepas bersalin ini untuk elak meroyan.
5 Amalan Isteri Dalam Pantang Untuk Elak Meroyan
Para isteri yang baru sahaja lepas bersalin jangan ambil ringan tentang kesihatan emosi masing-masing. Usahakan untuk berbuat sesuatu supaya gelojak emosi yang hadir itu dapat diredakan dan disalurkan dengan baik dan positif.
1. Membaca Mathurat Setiap Pagi Dan Petang
Untuk ibu yang dalam pantang, WAJIBKAN diri anda membaca zikir-zikir daripada Mathurat setiap pagi dan petang. Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Mudah-mudahan Allah kurniakan ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan perlindungan daripada syaitan yang direjam yang sentiasa menghasut.
Anda boleh mendownload Apps m-Mathurat di smartphone masing-masing, dan boleh dibawa ke mana-mana pun.
2. Buat Perkara Yang Anda Suka
Dalam tempoh berpantang, anda mempunyai masa lapang yang agak banyak lagi-lagi jika bayi anda sedang tidur. Maka, buatlah perkara yang anda suka semasa berpantang. Membaca buku kegemaran, melayari internet, dan tidak keterlaluan untuk saya mengatakan orang yang dalam pantang lebih banyak masa untuk berbisnes online. Betapa ramai orang yang mula berniaga, titik tolaknya adalah semasa berpantang. Penuhkan masa anda dengan aktiviti kegemaran anda supaya masa-masa anda tidak dihabiskan dengan melayani perasaan dan emosi.
3. Bersangka Baik Pada Semua Orang
Masa dalam pantang inilah, ramai orang datang melawat. Komen itu dan ini. Utarakan pendapat itu dan ini. Ini boleh makan, itu tidak boleh makan. Disuruh beri susu formula pula pada bayi sebab baby asyik menangis je. Maka, bertenanglah ibu-ibu berilmu sekalian. Sesungguhnya, orang sekeliling anda sangat sayang pada anda itu sebab mereka mengambil berat. Tetapi, hendak ikut atau tidak kata mereka itu hak anda sendiri. Berpantanglah dengan ilmu, bukan mengikut tradisi. Periksa kembali makanan apa yang boleh dimakan, dan makanan apa yang tidak boleh dimakan yang boleh memudaratkan kesihatan. Ikut kata hati anda, puaskan hati anda supaya anda tidak tertekan kerana pantang larang itu.
4. Banyak Bersosial
Bersosial di sini bukan bermaksud, si ibu kena menghadap whatapps dan facebook ya! Bersosial di sini ini ialah si ibu perlu banyak berborak, bersembang dengan suami, ibu ayahnya, adik-beradik dan ahli keluarga yang tinggal serumah dengannya. Jangan masa berpantang, jadi kaku memerap dalam bilik sahaja melayan perasaan sendiri. Ceritalah perkara yang menggembirakan, bertukar pengalaman dan buah fikiran dengan ahli yang tinggal serumah. Itu sebab, isteri yang dalam pantang, perlu orang yang menjaganya. Jangan biarkan si ibu yang masih lemah itu ditinggalkan sendirian.
5. Anggap Hubungan Ibu Dan Bayi Itu Ringkas Dan Simple
Sebelum melahirkan, si ibu harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Timbalah ilmu melalui pembacaan, bertanya pengalaman orang, dan carilah tentang tips-tips mengenai bersalin, berpantang dan menyusukan supaya anda lebih bersedia menghadapi cabaran menjadi ibu baru. Anggaplah hubungan anda dan bayi itu ringkas dan simple, tidak complicated dan bayi anda itu adalah anugerah teragung untuk anda dan suami. Bayi meragam, anda tidak cukup tidur, bayi menangis, hanya hendak berdukung, itulah fasa yang Allah turunkan untuk proses kematangan anda sebagai seorang ibu. Semua itu akan berlalu, percayalah! Jagalah bayi anda dan berikan yang terbaik untuknya.
6. Ketepikan Perasaan Terlalu Inginkan Kesempurnaan
Berpantang adalah tempoh untuk anda berehat untuk pemulihan. Jangan pula anda ambil penyapu, menyapu rumah, mengelap habuk, dan buat kerja-kerja rumah yang berat dan tidak sepatutnya kerana inginkan kesempurnaan pada rumah anda walaupun anda berasakan telah kuat dan cergas selepas 1 minggu bersalin. Jangan! Suami-suami bantulah isteri anda mengurusi rumah dan anak-anak yang lain seadanya. Jika mampu, ambillah pembantu. (ini untuk kes yang berpantang sendiri di rumah).
Jom Saksikan Amalan Berpantang Wanita Ini!
Set Berpantang Terbaik Untuk Anda
Jom hadiahkan set berpantang Shaklee untuk diri anda untuk mengembalikan kesihatan badan dan emosi yang lebih baik dengan pantas.
Salah satu vitamin yang terkandung dalam set berpantang Shaklee ini adalah B-Complex dan Energizing Soy Protein (ESP) yang membantu mengurangkan stress dan tekanan yang dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin.
DAPATKAN HARI INI SET BERPANTANG YANG AWESOME INI!
Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.
ATAU
HUBUNGI KAMI