Cara Elak Meroyan– Penyakit gila meroyan boleh berlaku pada mana-mana sahaja wanita yang baru sahaja lepas bersalin. Tanya sahaja mana-mana wanita yang baru lepas bersalin, mereka pasti ada mengalami gejala kemurungan, stress, rasa ingin menangis kadangkala tiada sebab musabab. Bezanya ialah bagaimana si ibu itu mengendalikan perasaannya, dan bagaimana pula sokongan yang diberikan orang sekitarnya terutama suami.
Gila meroyan, jika tidak dirawat, ianya boleh berkekalan sehingga seumur hidup! Jangan terkejut, apabila saban bulan kita mula dikejutkan dengan berita ibu-ibu yang secara fitrahnya amat menyayangi anaknya, berbuat sebaliknya. Di Malaysia sahaja, berita yang sangat menyedihkan apabila seorang ibu membaling bayinya yang baru lahir daripada bangunan 20 tingkat. Dan baru-baru ini, juga seorang ibu mengkelar anaknya yang berusia 2 bulan. Di luar kebiasaan norma seorang ibu yang sangat dan amat menyayangi anaknya.
Seorang ibu yang sihat dan normal, sudah pasti tidak langsung ingin mencederakan anaknya. Tetapi, bilamana sang ibu mengalami gangguan emosi yang melampau, dia akan merasakan bayinya itu boleh memberikan bahaya kepada dirinya, sehingga di luar sedar dia sanggup mencederakan bayinya sendiri.
Apakah yang menyebabkan si ibu boleh meroyan?
Untuk pengetahuan semua, isteri yang baru sahaja lepas bersalin tersangat lemah mental dan fizikalnya. Bayangkan sepanjang proses kelahiran, dia perlu mengeluarkan semua tenaga yang ada, bahkan betapa banyak urat yang terputus semasa bersalin. Sudah tentulah, keletihan yang dialami wanita yang baru sahaja lepas bersalin berganda-ganda.
Ditambah dengan secara
naturenya wanita mempunyai hormon
post partum blues atau meroyan. Jika hadapi tekanan dan kurang mendapat sokongan daripada suami dan orang yang menjaganya, maka sangat mudahlah wanita diserang masalah meroyan selepas bersalin. Ditambah dengan kesakitan semasa bersalin, kadangkala membuatkan si ibu trauma dan merasa tidak selesa semasa berpantang. Lebih-lebih lagi, dengan masalah kurang tidur kerana bayi yang meragam dan asyik menangis untuk menyusu membuat keletihan si ibu berganda-ganda lagi.
Apapun, jom kita teliti faktor lain yang menyebabkan si ibu boleh meroyan.
1. Kemurungan atau punyai masalah mental terdahulu atau mengalami kemurungan semasa hamil lagi.
2. Tidak mendapat sokongan suami dan ahli keluarga lain.
3. Masalah kewangan, kerja atau perhubungan.
4. Mendapat bayi yang pramatang atau tidak sihat.
5. Mendapati sukar untuk menyusu,
6. Kelahiran yang rumit dan menyakitkan.
7. Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti mengingati kematian orang tersayang.
Larangan Untuk Suami Ketika Isteri Berpantang Untuk Cegah Meroyan
Isteri memerlukan sokongan yang penuh daripada suami ketika berpantang. Sokongan yang penuh daripada seorang suami ditambah dengan ahli keluarga yang lain, menyebabkan si isteri akan berpantang dengan ceria, dan segala ketegangan emosi yang muncul akibat perubahan hormon akan kian mengendur.
Seorang suami haruslah melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran untuk menghadapi situasi isteri yang memasuki fasa berpantang terutamanya yang pertama kali, Walaupun seorang suami itu sangat excited ingin menimang cahaya mata baru, jangan dilupa fasa berpantang si isteri adalah antara fasa getir dalam hidupnya. Sanggup ke anda nak tinggal dengan isteri yang mempunyai masalah gila meroyan gara-gara tiada penjagaan yang rapi semasa berpantang? Sudah tentu tidak! Jadi, sebagai seorang suami, peranan anda dalam membantu mencegah isteri dari penyakit gila meroyan adalah penting.
Jom kita perhatikan satu per satu larangan untuk suami ketika isteri berpantang untuk cegah meroyan.
1. Tidak memaksa isteri untuk berpantang di tempat dia tidak selesa
Ramai suami menggunakan kuasa ‘veto’ mereka untuk menyuruh isteri mereka berpantang di rumah mertua. Tiada masalah jika si isteri setuju, serasi dan selesa. Ketahuilahm momen berpantang ini adalah momen penting isteri anda. Jadi, biarlah isteri anda memilih dengan siapa mereka selesa untuk berpantang. Mungkin dengan ibu sendiri, ibu mertua, nenek, jiran dan siapa sahaja yang mereka rasa selesa. Anda turuti sahaja asalkan tidak bercanggah dengan agama.
Nak menjaga hati orang lain juga? Itu anda suami pandai-pandailah handle ye.
2. Tidak menegur berat badan isteri yang tidak turun-turun
Setiap wanita itu berbeza-beza. Ada orang yang sejurus melahirkan, berat terus turun ke berat asal. Ada juga orang yang masih kelihatan seperti mengandung walaupun sudah melahirkan. Bagaimana pun keadaan isteri kita, maka janganlah kita terburu-buru dan meluahkan tentang berat si isteri. Trauma sakit bersalin pun tak hilang lagi, tenaga pun masih tak kembali, nyeri sakit pun masih terasa lagi, kita sudah memesan bagai untuk isteri supaya berat kembali ideal. Belajarlah hargai isteri anda yang telah banyak berkorban untuk melahirkan zuriat bersama.
3. Over ambil berat tentang anak, abaikan perasaan isteri
Ini berlaku kepada ayah-ayah muda lah terutamanya. Sayang sangat anak,maklumlah anak pertama, Asyik berkata anaknya tak cukup susu. Susu tak keluar. Disalahkan pula isteri, susu tak keluar. Dinasihatkan jangan stress. Dah memang susu di awal kelahiran adalah dalam bentuk colestrum, susu keluar sekadarnyalah. Disuruh si isteri menyusu dan menyusu lagi si anak tanpa tahu yang isteri masih dalam keadaan penat fizikal dan emosi lagi. Ayah-ayah please timba ilmu sikit ya! Jaga emosi isteri anda.
4. Isteri berjaga, suami tidur hingga ke siang
Bagi suami yang duduk bersama semasa isterinya dalam pantang, waktu-waktu malam selalunya menjadi masa kritikal sebab waktu itulah bayi anda baru belajar ingin menyesuaikan diri. Ada bayi yang tidur nyenyak siang, waktu malam pula berjaga berjam-jam. Berjaga sahaja tidak mengapa, tetapi berjaga merengek hendak berdukung sahaja memang jenuh juga. Sebagai suami, bantulah isteri anda, berjaga bersamanya. Ambillah tugas memujuk bayi, mendukung dan berilah peluang untuk isteri anda berehat. Isteri anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya untuk memastikan kesihatan fizikal dan emosinya segera pulih.
5. Suami lepak di kedai mamak!
Pada fasa isteri sedang berpantang ini, kurangkan masa di luar tanpa keperluan dan kewajipan. Berhenti sebentar dan kurangkan aktiviti suka borak melepak di kedai mamak sambil tengok bola. Luangkan masa di rumah untuk membantu isteri mengurus bayi atau anak-anak yang lain, mengurus kekemasan dan kebersihan rumah jika isteri berpantang di rumah sendiri. Buktikan anda ini seorang suami dan ayah yang caring!
Jika isteri berpantang di kampung, keraplah untuk balik menjenguk isteri dan anak setiap hujung minggu. Jangan serahkan bulat-bulat penjagaan pada orang yang menjaga isteri tanpa mahu ambil tahu satu apa pun.
6. Tidak boleh makan itu dan ini.
Suami pun dah menjadi persis nenek tukang urut yang memesan segala pantang-larang, tidak boleh makan ayamlah, tidak boleh minum air banyaklah. Kasihan isteri. Memang penting tempoh berpantang untuk kembalikan kesihatan isteri seperti sedia kala, tetapi tidak perlulah untuk kita sebagai suami untuk mengingatkan 10x sehari tentang itu dan ini. Biarkan isteri anda selesa dan gembira dalam tempoh berpantang. Lagi satu, berpantang pun mesti kena ada ilmu! Jangan turuti 100% pesan orang lama yang kadangkala boleh memudaratkan diri sang isteri. Yang baik kita ikut, yang pelik kita selidik, yang salah kita abaikan je.
7. Jangan Serabutkan Kepala Isteri Dengan Masalah
Cerita yang indah-indah sahaja pada isteri. Jangan serabutkan emosinya dengan masalah duit tak cukup, masalah bos marah, masalah cuti tak lulus, masalah tak jumpa lagi pengasuh. Banyakkan berbual dan berborak dengan isteri tentang perkara yang menggembirakan., Jika berjauhan, selalu lah calling2 dan whatapps bertanya khabar.
Set Berpantang Terbaik Untuk Isteri Anda
Jom hadiahkan set berpantang Shaklee untuk isteri anda untuk mengembalikan kesihatan badan dan emosi yang lebih baik dan pantas.
Salah satu vitamin yang terkandung dalam set berpantang Shaklee ini adalah
B-Complex dan
Energizing Soy Protein (ESP) yang membantu mengurangkan stress dan tekanan yang dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin.

Ibu ini serik ingin beranak lagi kerana serik semasa BERPANTANG! Namun persepsinya berubah selepas menggunakan Set Berpantang Shaklee. Jom dengar perkongsian pengalamannya.
DAPATKAN HARI INI SET BERPANTANG YANG AWESOME INI!
Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.
ATAU
HUBUNGI KAMI