Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Pengalaman Naik MRT Malaysia

Posted on December 19, 2016 by admin
 Pengalaman Naik MRT Malaysia

Pada hari Ahad baru ini, kami sekeluarga bercadang untuk mencuba menaiki Mass Rapit Transit (MRT) Malaysia yang baru sahaja dilancarkan pada hari Jumaat lalu (16 Disember 2016). Untuk pengetahuan semua, MRT yang baru ini baru sahaja siap untuk Fasa Pertama daripada Sg Buloh ke Semantan. Semua orang diberi peluang untuk menaiki MRT dengan percuma selama sebulan iaitu sehingga 16 Januari 2016.

Keretapi ini sampai ON TIME, dan penumpang hanya perlu menunggu paling kurang 5 minit untuk keretapi sampai!

Setiap stesen dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi sebagai contoh pagar/pintu yang memisahkan landasan dengan penumpang yang sedang menunggu. Pintu hanya akan terbuka apabila train sampai. Sangat bagus dan convenient!

12 Station MRT Kini Dibuka

12 station kini dibuka iaitu Sg. Buloh, Kg Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damanasara, Surian, Mutiara Damanasara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo, Pusat Bandar Damansara, dan Semantan. Waktu perkhidmatan MRT dari jam 6 pagi-12 tengah malam setiap hari!

Pengalaman Pertama Naik MRT Malaysia

Walaupun baru dilancarkan selama 3 hari, kami tidak melepaskan peluang untuk membawa anak-anak untuk merasa naik MRT dengan PERCUMA. Kami parking di Station MRT Sg Buloh. Ada bertingkat-tingkat parking disediakan untuk parking kenderaan anda! Nak masuk parking ni, hanya menggunakan Touch N Go. No CASH ok. Sehari RM4.90 je. Murah kan?
 Ini juga menjadi aktiviti cuti sekolah anak-anak yang best tau. Cubalah!
Stesen Sg Buloh

Luas betul kawasan stesen Sg Buloh ni
Macam Ala-Ala Airport dah…

Kami naik daripada Stesen Sg Buloh dan berhenti di Bandar Utama, Setiap stesen dilengkapi dengan kemudahan toilet dan surau yang selesa dan bersih. 

Luas dan Selesa

Rumaisok taknak duduk..adohai.
We are on the MRT ride
Sampai di Bandar Utama, kami solat Mahrib dahulu, sebelum naik Free Shuttle Bus ke One Utama untuk makan malam. 
Berhimpit dalam Shuttle Bus. Tapi, alhamdulillah, bas ni sejuk betul.

MRT Bandar Utama Berdekatan One Utama Shopping Centre

Dari station MRT Bandar Utama, anda boleh ambil Free Shuttle Bus ke One Utama Shopping Centre. Perjalanan adalah dalam 5 minit sahaja. Kalau nak jalan kaki, mungkin memakan masa 10-15 minit sahaja. Dekat jer. 
Kami sampai di One Utama pun dah jam 8.30 malam. Maka, tak berjalan banyaklah sebab perut masing-masing dah lapar. So, misi mencari makan jerla.

Kecik2 dan pandai berselfie ye.
Sekian sahaja, cerita Pengalaman Pertama Kami Naik MRT Malaysia yang superb convenient, ahamdulillah. Tahniah kepada Team MRT yang bertungkus lumus menyiapkan perkhidmatan MRT yang terbaik ini untuk rakyat Malaysia. Alhamdulillah. 
Terima kasih kerana membaca kisah Pengalaman Naik MRT Malaysia.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb