Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

12 Cara Elak Kanser Payudara Dengan Mengubah Cara Hidup!

Posted on April 7, 2017 by admin

Cara Elak Kanser Payudara– Kanser payudara adalah satu penyakit yang digeruni ramai. Ia merupakan pembunuh utama wanita di Malaysia. Kebiasaannya kanser payudara sering menyerang wanita berusia 40 tahun ke atas. Jadi, sangat penting untuk kita mendedahkan tentang kepentingan cara elak kanser payudara di kalangan wanita Malaysia terutamanya.

 cara elak kanser payudara

Di dalam artikel sebelum ini, telah didedahkan makanan harian yang bantu elak kanser dan makanan harian penyebab kanser. Di dalam perbincangan kita hari ini, kita akan belajar tentang cara elak kanser payudara dengan mengubah cara hidup (lifestyle).

12 Cara Elak Kanser Payudara Dengan Mengubah Cara Hidup!

Kanser bukan sahaja tentang diet dan supplemen sahaja. Cara hidup juga memainkan peranan yang besar untuk membantu kuatkan imun sistem untuk elak kanser. Di bawah ini merupakan cara hidup yang perlu ada ubah untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

1. Hidup tanpa stress. 

Stress, tekanan, kebimbangan, kemurungan, keletihan boleh menyebabkan imun sistem kita menjadi lemah. Belajarlah untuk urus tekanan dengan belajar untuk bertenang. 
Belajar untuk tidak terlalu emosi dan membuang segala rasa tida baik dalam diri. Belajarlah untuk maaf dan lupakan.

2. Kurangkan Terdedak Kepada Karsinogen

Karsinogen biasanya dilepaskan daripada kilang-kilang, kereta, lori, bas dan bot. kosmetik yang mengandungi bahan kimia, fluoride dalam air dan ubatgigi, plastik mengandungi vinyl chloride, bekas makanan polysterine, pesticide dan banyak lagi.
Betapa banyak benda di sekeliling kita melepaskan karsinogen. Apa yang boleh kita buat ialah kurangkan risiko terdedah kepada bahan yang boleh membebaskan karsinogen.

3. Plastik

Jangan panaskan makanan dalam plastik dan kurang dedahkan makanan cecair dalam plastik. 

4. X-Ray

Radiasi boleh menyebabkan kanser. Kurang didedahkan diri anda dengan X-Ray. Doktor juga hanya akan galakkan membuat X-Ray jika benar-benar perlu sahaja. 

5. Jangan Ambil Alkohol

Jangan minum minuman beralkohol. Menurut World Health Orgaization, minuman alkohol sangat berkait dengan penyebab kanser mulut, tekak, payudara, hati, oesaphagus, larynx, pharynx dan bladder.

6. Jangan Merokok dan Terdedah Kepada Asap Rokok

Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok. Kandungan asap rokok mengandungi 40 bahan penyebab kanser.

7. Kekalkan berat badan yang sihat. (BMI normal)

Usaha untuk kekalkan berat badan yang sihat. Mesti sentiasa aktif dengan kerja-kerja fizikal yang boleh mengeluarkan peluh. Panduan terkini mencadangkan 30 minit fizikal aktiviti setiap hari. Lebbih banyak aktiviti senaman fizikal yang dibuat, anda akan menjadi lebih sihat. 


Senaman yang berterusan setiap hari akan membantu mengurangkan risiko kanser payudara dengan cara berikut:
1. Senaman berterusan kurangkan estrogen hormon pada wanita. Level hormon estrogen yang tinggi pada wanita meningkatkan risiko kanser payudara. 
2. Senaman berterusan menyebabkan tisu kita menerima oksigen yang cukup. Kanser sel tidak boleh hidup dalam keadaan persekitaran yang cukup oksigen. 
3. Senaman berterusan akan mengstabilkan gula dalam badan. Kanser sel tidak boleh hidup tanpa gula.
4. Senaman berterusan akan mempercepatkan proses pembuangan toksin dari badan. Jadi, risiko kolon dan rectal kanser akan menurun. 
5. Senaman yang berterusan akan membuang bahan berbahaya dalam tubuh seperti estrogen dan uric acid. 
6. Senaman yang berterusan akan membakar lemak degil.

8. Susukan Bayi Anda Lebih Dari 1 Tahun

Kajian menunjukkan menyusukan bayi anda paling kurang 1 tahun, akan nmengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari pada wanita yang mengalami pre-menopause.

9. Kurangkan Terdedah Pada Matahari

Kurangkan terdedah kepada cahaya matahari. Pendedahan kepada matahari yang berlebihan juga boleh membawa kepada kulit kanser.

10. Periksa Payudara Secara Berkala

Wanita yang mengalami pre-menopause mestilah melalui pemeriksaan payudara secara berkala. Jika lebih 50 tahun, digalakkan untuk pergi membuat mammogram secara berkala.

11. Jalani Ujian Pap-Smear Secara Berkala

Ujian pap-smear mesti dibuat secara berkala untuk mengesan kanser servik di peringkat awal.

12. Elakkan Penggunaan Bahan Kimia

Spray rambut. alatan membasuh, waxes, fresh paint dan pesticides mengandungu bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan kanser.

13. Makan Supplemen Tinggi AntiOksidan Untuk Kurangkan Risiko Kanser

Antara supplemen tinggi antioksidan ialah:

1. Vitamin C

Vitamin C ialah antioksida yang larut air. Ia melindungi kawasan berair dalam badan. Banyak studies menunjukkan vitamin C mengurangkan risiko breast cancer pada orang yang mengambil vitamin C.

2. VIVIX

Kuasa antioksidan 40x lebih tinggi daripada anggur biasa, mengandungi asid elagik membantu mengurangkan kesan oksidatif stress dan elak kanser, lebih berkesan melawan radikal bebas, mengandungi polifenol dan resveratrol yang merupakan antioksida yang sangat kuat.

3. Omega Guard

Kajian menunjukkan Omega 3 boleh menurunkan risiko kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Omega-3 juga berupaya mengurangkan saiz tumour yang terbentuk. (Dr Bruce, 2016)

Disclaimer: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan sebagai rawatan utama, menyembuhkan dan menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan di hospital yang berkaitan pada masa yang sama boleh ikhtiar dengan supplemen yang dicadangkan.

PILIHAN DI TANGAN ANDA!

Anda boleh memilih untuk memiliki mana-mana satu supplemen antioksidan seperti di atas.

ATAU

HUBUNGI KAMI

Sumber: 


Dr Bruce Miller DD.(2016) Family Health Modern Diseases: Causes, Symptoms and Prevention. Oak Publication Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« May    
©2023 | Design by Superb