Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu
apa itu jeragat dan punca jeragat

Apa Itu Jeragat dan Punca Terjadinya Jeragat

Posted on July 10, 2018July 10, 2018 by admin

 

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak begitu berbahaya dan ianya boleh melanda kebanyakan orang tanpa mengira usia. Pakar dermatologi telah dapat mengesan hampir 3000 masalah kulit yang berupaya memberikan kesan sampingan kepada penampilan dan keyakinan diri seseorang. Salah satu daripada masalah kulit tersebut adalah jeragat.

Jeragat termasuk dalam kategori penyakit kulit yang tidak meninggalkan kesan yang memudaratkan, namun, masalah jeragat ini akan bertambah parah jika kita merawat jeragat dengan menggunakan bahan yang tidak sesuai. Ia menyebabkan kulit kita yang berjeragat itu bertambah teruk dan langsung tidak boleh diselamatkan. Oleh itu, penting untuk anda mengetahui apa itu jeragat dan punca terjadinya jeragat pada anda. Saya juga akan berkongsi dengan anda cara hilangkan jeragat dengan berkesan.

 

apa ittu jeragat

Apa itu jeragat? Jeragat adalah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka seperti dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar hidung. Tompok jeragat kebiasaannya berwarna gelap dan menyebabkan tona kulit tidak sekata. Bagi orang yang berkulit cerah, tompok jeragat akan kelihatan berwarna coklat, dan bagi yang berwajah gelap pula, tompok jeragat akan menjadi warna hitam. Kadangkala, tompoh jeragat yang kecil ini akan membesar dan mencantum lalu memenuhi setiap ruang wajah anda. Ini menyebabkan wajah kelihatan gelap dan tidak menarik.

 

Punca-Punca Terjadinya Jeragat

Walaupun jeragat bukanlah penyakit yang serius, namun masalah jeragat ini menjadi sesuatu kerisauan kepada ramai orang. Kebiasaannya jeragat biasa menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi, langsung tidak mustahil apabila zaman ini jeragat sudah menyerang golongan di awal 20-an berikutan salah satu punca jeragat adalah kerana faktor genetik.

Penting untuk kita ketahui apakah punca yang sebenar untuk kita elakkan daripada ia terus berlaku.

 

1. Sinaran UV

 

Sinaran UV yang menjadikan  pigmen pada wajah menjadi berlebihan di mana kulit kita terdedah kepada sinaran matahari yang boleh menggelap dan membakar kulit serta membawa kanser kulit.

 

 2. Tidak Membersihkan Mekap Dengan Bersih

 

Ada di kalangan wanita yang tidak membersihkan bahan solekan di wajah mereka membuatkan segala bahan kimia dalam bahan solekan meresap ke dalam kulit dan mendap ke bawah lapisan yang menyebabkan kulit kilat berisiko mendapat jeragat.

3. Bahan Mekap Berbahaya

 

Menggunakan bahan mekap yang tidak berkualiti dan berkualiti rendah yang mengandungi merkuri dan paraben. Ingat! Untuk kesan jangka panjang, ianya sangat merbahaya.

 

 4. Hormon Yang Tidak Seimbang

Ketidakseimbangan hormon disebabkan mengandung atau menopaus serta gelisah dan tidak cukup tidur. Ia menyebabkan penghasilan melanin yang tidak terkawal.

5. Wanita Ambil Mudah Perlindungan Diri

Ramai wanita tidak menggunakan pelindung sewaktu di dalam rumah. Contoh ketika memasak, sedangkan kita terdedah kepada haba api dapur. Bayangkan setiap hari kita masak, lama kelamaan sel kulit akan rosak, jadi wanita perlukan pelindung walau di dalam rumah.

 

6. Kolagen Yang Semakin Berkurang

Kolagen yang semakin hilang di dalam pipi membuatkan kulit tidak bermaya dan berkedut. Ini di sebabkan bahan kimia seperti asap kereta, rokok dan bahan-bahan solek.

 

Cara Menghilangkan Jeragat Dengan Berkesan

Tahukah anda terdapat cara yang mudah dan berkesan untuk menghilangkan jeragat?

Disebabkan jeragat berpunca daripada penghasilan melanin yang tidak terkawal di dalam badan dan ia juga dipengaruhi oleh beberapa faktor, cara terbaik untuk mengatasi masalah jeragat atau pigmentasi ini pun haruslah bermula dari dalam, dan disokong dari luar.

Jadi, Ummi mencadangkan beberapa makanan tambahan/supplemen sebagai petua untuk membantu mengatasi masalah jeragat ni.

Antara suplemen yang boleh membantu mengatasi masalah jeragat adalah:-

  1. GLA Complex
  2. CoQTrol-Plus
  3. Vitamin C
  4. YOUTH Age Defence Moisturiser SPF50

Walaupun Ummi mencadangkan 4 supplemen ni, tapi ini bukan bermakna anda perlu membeli kesemuanya. Hubungi Ummi untuk membincangkan tentang kesesuaian produk mengikut masalah anda.

 

Bagaimana Suplemen Shaklee Membantu Masalah Jeragat?

 

GLA Complex

ubat jeragat

 

Ia berfungsi untuk menstabilkan hormon untuk mengalakkan melanin dihasilkan dengan terkawal. Melanin yang berlebihan akan menyebabkan muncul tompok-tompok hitam pada kulit kan? Jadi bila kita lihat punca jeragat, ia banyak dipengaruhi oleh hormon. Amalkan GLA agar kadar hormon seimbang.

 

CoQTrol-Plus

ubat jeragat

 

CoQTrol-Plus mengandungi CoQ10 sebagai bahan utama yang berfungsi sebagai pelindung kulit semulajadi daripada sinaran UV. Secara semulajadinya,  CoQ10 memang ada di permukaan luar kulit. CoQ10 memang diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada sel-sel rosak agar dapat memperbaiki diri mereka sendiri.

Jadi, jika CoQ10 mencukupi (sebab ia akan berkurangan mengikut pertambahan usia), ia mampu untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan dapat membaiki dirinya sendiri agar kulit bebas jeragat dan kulit sentiasa sihat.

 

 Vitamin C

ubat jeragat


Jeragat berlaku bila kulit tidak sihat dan mudah kalah pada serangan radikal bebas. Kelemahan ini berlaku kerana lapisan kolagen yang lemah. Vitamin C berperanan untuk merangsang pembentukan kolagen dalam pada kulit. 
Kolagen berfungsi untuk menegangkan di samping membentuk kulit wajah yang cantik.
Berbalik pada bab mencerahkan jeragat, pengambilan vitamin C yang berterusan telah dibuktikan akan mencerahkan kulit , melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat.
Kulit akan menjadi semakin cerah dan jeragat akan semakin hilang.

 

YOUTH Skincare Age Defence Moisturiser SPF50

 

krim jeragat

Ini merupakan produk penjagaan kulit terbaru daripada Shaklee.

Age Defence Moisturiser SPF50 merupakan zink oksida berasaskan bahan semulajadi yang bebas bahan kimia berbahaya. Ia berfungsi untuk memberi perlindungan kulit SPF50 secara berkesan daripada sinaran UV sambil melembapkan kulit.

krim jeragat

 

 

Selesai sudah perkongsian Ummi berkenaan makanan tambahan yang boleh diambil untuk mengatasi jeragat dari dalam dan luaran. Percayalah, supplemen sangat membantu dalam mengatasi masalah jeragat ni malahan dapat menyihatkan kulit dari dalam.

ATASI MASALAH JERAGAT ANDA HARI INI!

    Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.

ATAU HUBUNGI KAMI

 

Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Intan Farhana bt Sharifudin (Ummi)
ID : 1235190
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
Fb : Intan Farhana Sharifudin
Disclaimer: Segala konsultasi pemakanan dan rahsia pengambilan produk berkesan, terhad kepada customer Ummi sahaja. 

3 thoughts on “Apa Itu Jeragat dan Punca Terjadinya Jeragat”

  1. Pingback: Makeup Remover Tanpa Paraben dan Alkohol |
  2. Pingback: Produk Tegangkan Kulit Muka |
  3. Pingback: Petua Masalah Tona Kulit Tak Sekata |

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
March 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« May    
©2021 | Design by Superb