Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan.

Posted on July 11, 2018July 11, 2018 by admin

Jeragat merupakan sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan penampilan dan keyakinan diri seseorang. Jeragat biasanya dilihat sebagai tompokan hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok di bahagian wajah, leher dan bahagian badan.

 

cara hilangkan jeragat

Jeragat termasuk dalam kategori penyakit kulit yang tidak meninggalkan kesan yang memudaratkan. Namun, cara kita merawat masalah jeragat itu boleh jadi memudaratkan apabila kita menggunakan bahan yang tidak bersesuaian yang menyebabkan kulit yang berjeragat makin teruk dan langsung tidak dapat diselamatkan lagi. Jom kita teliti cara hilangkan jeragat dengan cepat dan selamat supaya kulit kembali cantik!

 

Cara Hilangkan Jeragat Secara Semulajadi

1. Jus Lemon

cara hilangkan jeragat

 

Jus lemon kaya dengan asid alphahydroxy dan ia dapat membantu menggantikan kulit dengan menggalakkan pertumbuhan sel sel kulit yang baru. Jus lemon yang bersifat astrigen juga boleh membantu menhilangkan masalah kulit berminyak selain daripada masalah jeragat.

Cara penyediaan:

  1. Pilih lemon yang segar-segar.
  2. Celupkan kapas muka dalam jus lemon dan tekapkan pada muka.
  3. Biar sehingga 15-20 minit, kemudian cuci muka dengan air sejuk.
  4. Ulang setiap hari sebelum hendak masuk tidur selama sebulan.

 

2. Selalu Membasuh Muka

hilangkan jeragat

 

Kebersihan muka harus dijaga jika anda mengalami masalah jeragat. Anda harus membasuh muka 2 kali sehari dengan pencuci muka kerana jeragat berpunca daripada lebihan minyak, sel-sel kulit mati dan juga radikal bebas. Pastikan juga pencuci muka yang dipakai itu selamat dan sesuai dan tidak mengeringkan wajah.

 

3. Hilangkan Jeragat Dengan Baking Soda

hilangkan jeragat dengan baking soda

Baking soda atau soda penaik adalah sangat baik untuk pengelupasan sel-sel berminyak, kotoran dan sel sel kulit mati. Ia juga dapat mengekalkan keseimbangan pH kulit.

Cara Penyediaan: 

  1. Campur sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal.
  2. Sapu di bahagian yang berjeragat dan biarkan beberapa minit.
  3. Kemudian, bersihkan dengan air sejuk.
  4. Amalkan sekurang-kurangnya dalam masa 1 bulan.

 

4. Hilangkan Jeragat Dengan Kunyit

 

petua hilangkan jeragat dengan kunyit

Kunyit boleh membantu menghilangkan jeragat dan melindungi kulit dari jangkitan.

Cara penyediaan: 

  1. Campurkan satu sudu teh kunyit dengan jus lemon.
  2. Sapukan pada kulit muka yang mengalami jeragat.
  3. Biarkan 10-15 minit,kemudian bilas dengan air sejuk.
  4. Boleh buat sebelum mandi.

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan

Ummi ingin memperkenalkan cara hilangkan jeragat dengan cepat, berkesan dan selamat. Cara ini adalah menggunakan cara merawati sel kulit dari luar dan dari dalam dengan menggunakan supplemen dan juga produk skincare yang selamat dan semulajadi.

Jadi, Ummi mencadangkan beberapa makanan tambahan/supplemen sebagai petua untuk membantu mengatasi masalah jeragat ni.

Antara suplemen yang boleh membantu menghilangkan masalah jeragat adalah:-

  1. GLA Complex
  2. CoQTrol-Plus
  3. Vitamin C
  4. YOUTH Age Defence Moisturiser SPF50 (Skincare)

Walaupun Ummi mencadangkan 4 supplemen ni, tapi ini bukan bermakna anda perlu membeli kesemuanya. Hubungi Ummi untuk membincangkan tentang kesesuaian produk mengikut masalah anda.

 

Bagaimana Suplemen Shaklee Membantu Masalah Jeragat?

 

GLA Complex

ubat jeragat

 

GLA Complex berfungsi untuk menstabilkan hormon dengan mengalakkan melanin dihasilkan dengan terkawal. Melanin yang berlebihan akan menyebabkan muncul tompok-tompok hitam iaitu jeragat. Jadi punca jeragat  banyak dipengaruhi oleh hormon. Amalkan GLA agar kadar hormon seimbang.

 

CoQTrol-Plus

ubat jeragat

 

CoQTrol-Plus mengandungi CoQ10 sebagai bahan utama yang berfungsi sebagai pelindung kulit secara semulajadi daripada sinaran UV. Secara semulajadinya,  CoQ10 memang ada di permukaan luar kulit setiap orang daripada kita. CoQ10 memang diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada sel-sel rosak.

Jadi, jika CoQ10 mencukupi (sebab ia akan berkurang seiring dengan pertambahan usia), ia mampu untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan dapat membaiki dirinya sendiri agar kulit bebas jeragat dan kulit sentiasa sihat.

 

 Vitamin C

ubat jeragat


Jeragat berlaku apabila kulit tidak sihat dan mudah kalah pada serangan radikal bebas. Radikal bebas boleh jadi rokok, asap, makanan yang penuh bahan kimia, skincare yang mengandungi paraben dan tidak selamat. Pertahanan yang lemah ini berlaku kerana lapisan kolagen yang lemah. Vitamin C berperanan untuk merangsang pembentukan kolagen dalam pada kulit. 


Kolagen berfungsi untuk menegangkan di samping membentuk kulit wajah yang cantik.
Berbalik pada bab mencerahkan jeragat, pengambilan vitamin C yang berterusan telah dibuktikan akan mencerahkan kulit , melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat.
Kulit akan menjadi semakin cerah dan jeragat akan semakin hilang.

 

YOUTH Skincare Age Defence Moisturiser SPF50

 

krim jeragat

Ini merupakan produk penjagaan kulit terbaru daripada Shaklee.

Age Defence Moisturiser SPF50 merupakan zink oksida yang berasaskan bahan semulajadi dan ianya bebas bahan kimia berbahaya. Ia berfungsi untuk memberi perlindungan kulit SPF50 secara berkesan daripada sinaran UV sambil melembapkan kulit.

krim jeragat

 

 

Selesai sudah perkongsian Ummi berkenaan makanan tambahan yang boleh diambil untuk mengatasi jeragat dari dalam dan luaran. Percayalah, supplemen dan skincare yang selamat sangat membantu untuk mengatasi masalah jeragat ni dan dapat menyihatkan kulit dari dalam.

ATASI MASALAH JERAGAT ANDA HARI INI!

    Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.

ATAU HUBUNGI KAMI

 

Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Intan Farhana bt Sharifudin (Ummi)
ID : 1235190
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
Fb : Intan Farhana Sharifudin

 

 

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« May    
©2023 | Design by Superb