Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Petua Hilangkan Jeragat Secara Tradisional

Posted on July 12, 2018July 12, 2018 by admin

Semakin meningkat usia, kebanyakan wanita mahupun lelaki semakin rungsing dengan perubahan yang berlaku pada wajah mereka. Masalah kulit seperti jeragat degil, jerawat, kulit kering dan berminyak, tona kulit menjadi tidak sekata dan juga muncul garis-garis penuaan pada wajah. Masalah jeragat menjadi masalah utama seiring dengan peningkatan usia, dan membuatkan wajah suram, tidak bermaya dan kelihatan tua sebelum usia. Jadi, menjadi concern ramai orang bagaimanakah cara untuk hilangkan jeragat.

 

Bukan mudah untuk menghilangkan jeragat degil yang telah sebati di wajah sekian lama. Namun, tidak mustahil jeragat boleh hilang dengan usaha-usaha yang selamat dan semulajadi yang bakal Ummi kongsikan dengan anda semua. Di sini, Ummi ingin berkongsikan kepada semua petua untuk hilangkan jeragat secara tradisional dan secara moden.

Petua Hilangkan Jeragat Secara Tradisional

Ada beberapa petua untuk hilangkan jeragat secara tradisional. Antaranya termasuklah dengan menggunakan baking soda, jus lemon, cuka epak cider, oatmeal, kulit kayu manis dan juga kerap membasuh muka dengan air. Jom kita lihat satu per satu cara menggunakan bahan semulajadi.

1. Hilangkan Jeragat Dengan Baking Soda

hilangkan jeragat dengan baking soda

 

Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan sel-sel yang berminyak, mengeluarkan kotoran dan sel-sel kulit mati. Soda penaik juga dapat mengekalkan keseimbangan pH kulit.

Cara Penyediaan: 

  1. Campur sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes baking soda yang tebal.
  2. Sapu pes baking soda di bahagian yang berjeragat dan biarkan beberapa minit.
  3. Kemudian, bersihkan dengan air sejuk.
  4. Amalkan sekurang-kurangnya dalam masa 1 bulan.

 

2. Hilangkan Jeragat Dengan Lemon

cara hilangkan jeragat

Jus lemon kaya dengan asid alphahydroxy dan lemon dapat membantu gantikan kulit lama dengan kulit baru dengan dengan menggalakkan pertumbuhan sel sel kulit yang baru. Jus lemon yang bersifat astrigen juga boleh membantu menghilangkan masalah kulit berminyak selain daripada merawat masalah jeragat.

Cara penyediaan:

  1. Pilih lemon yang elok.
  2. Celupkan kapas muka dalam jus lemon dan tekapkan pada bahagian muka.
  3. Biar sehingga 15-20 minit, kemudian cuci muka dengan air sejuk.
  4. Ulang setiap hari sebelum hendak masuk tidur selama sebulan.

 

3. Hilangkan Jeragat Dengan Epal Cider

 

Cuka epal cider mempunyai sifat sebagai astrigen yang membantu mengeluarkan minyak berlebihan pada kulit. Ia juga mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti bakteria yang boleh membantu melawan jerawat.

Cara penyediaan: 

  1. Campurkan 1 sudu cuka epal dalam satu cawan air.
  2. Celup kapas muka dalam cawan tadi dan sapukan pada muka selama 10 minit.
  3. Bilas dengan air suam.
  4. Amalkan dalam masa sebulan.

4. Hilangkan Jeragat Dengan Oatmeal

Oatmeal bukan sekadar makanan, tetapi ia juga bertindak sebagai agen pengelupasan semulajadi yang boleh membantu menghilangkan jeragat dengan mekanisme menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, oatmeal juga dapat membantu menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.

Cara Penyediaan:

1. Campurkan 2 sudu yogurt, satu sudu jus lemon dan madu, dan 4 sudu besar serbuk oat. Anda juga boleh menambah dengan 1 sudu cuka epal. Jadikan pes tebal.

2. Lembapkan kulit anda dan sapukan pes tadi ke muka anda.

3. Biar selama 20 minit, sebelum membilasnya.

Ambil Supplemen Tambahan

Anda boleh mencuba salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional yang Ummi terangkan di atas. Selain itu, untuk mempercepatkan lagi proses merawat jeragat yang tumbuh, Ummi menyarankan anda untuk mengambil supplemen semulajadi dan skincare yang selamat untuk membantu merawati sel kulit dari luar dan dalam.

Jadi, Ummi mencadangkan beberapa makanan tambahan/supplemen sebagai petua untuk membantu hilangkan masalah jeragat ni.

Antara suplemen yang boleh membantu menghilangkan masalah jeragat adalah:-

  1. GLA Complex
  2. CoQTrol-Plus
  3. Vitamin C
  4. Collagen
  5. YOUTH Age Defence Moisturiser SPF50 (Skincare)

Walaupun Ummi mencadangkan 4 supplemen ni, tapi ini bukan bermakna anda perlu membeli kesemuanya. Hubungi Ummi untuk membincangkan tentang kesesuaian produk mengikut masalah anda.

 

Bagaimana Suplemen Shaklee Membantu Masalah Jeragat?

 

GLA Complex

ubat jeragat

 

GLA Complex adalah supplemen yang berfungsi untuk menstabilkan hormon dengan mengalakkan pembentukan melanin dengan lebbih terkawal. Melanin yang dihasilkan berlebihan akan menyebabkan muncul tompok-tompok hitam pada bahagian kulit wajah dipanggil  jeragat. Jadi punca jeragat  banyak dipengaruhi oleh hormon. Amalkan GLA agar kadar hormon seimbang.

 

CoQTrol-Plus

ubat jeragat

 

CoQTrol-Plus mengandungi CoQ10, yang mana ia merupakan bahan utama yang berfungsi sebagai pelindung kulit semulajadi daripada sinaran UV daripada matahari. Secara semulajadinya,  CoQ10 memang ada di permukaan luar kulit setiap manusia. CoQ10 memang diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada sel-sel rosak.

Jadi, jika CoQ10 mencukupi (sebab ia akan berkurang seiring dengan peningkatan usia), ianya mampu untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan dapat membaiki dirinya sendiri agar kulit bebas jeragat dan kulit sentiasa sihat.

 

 Vitamin C

ubat jeragat


Jeragat berlaku apabila kulit tidak sihat dan sering terdedah kepada radikal bebas (asap rokok, asap kenderaan/kilang, makanan yang penuh bahan kimia, skincare yang mengandungi paraben dan tidak selamat). Pertahanan yang lemah ini berlaku kerana lapisan kolagen yang kian berkurang. Vitamin C berperanan untuk merangsang pembentukan kolagen dalam pada kulit. 

 

Collagen Powder

 


Kolagen berfungsi untuk menegangkan kulit di samping membentuk kulit wajah yang cantik.
Berbalik pada bab mencerahkan jeragat, pengambilan vitamin C dan kolagen yang berterusan telah dibuktikan akan mencerahkan kulit , melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat.
Kulit akan menjadi semakin cerah dan jeragat akan semakin hilang.

 

YOUTH Skincare Age Defence Moisturiser SPF50

 

krim jeragat

Ini merupakan produk penjagaan kulit terbaru daripada Shaklee.

Age Defence Moisturiser SPF50 merupakan zink oksida yang berasaskan bahan semulajadi dan ianya bebas bahan kimia berbahaya. Ia berfungsi untuk memberi perlindungan kulit SPF50 secara berkesan daripada sinaran UV sambil melembapkan kulit.

 

 

Selesai sudah perkongsian Ummi berkenaan makanan tambahan yang boleh diambil untuk mengatasi jeragat dari dalam dan luaran. Percayalah, supplemen dan skincare yang selamat sangat membantu untuk mengatasi masalah jeragat ni dan dapat menyihatkan kulit dari dalam.

ATASI MASALAH JERAGAT ANDA HARI INI!

Jika anda tidak tahu, supplemen mahupun skincare mana yang sesuai untuk anda. Cepat-cepatlah hubungi Ummi. Keperluan kulit setiap orang tidak sama dan masalah setiap orang juga tidak sama. Jom Ummi bantu dapatkan kulit idaman anda semula.

    Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.

ATAU HUBUNGI KAMI

 

Jangan ragu-ragu untuk hubungi ummi.
Ummi sedia untuk membantu.
Intan Farhana bt Sharifudin (Ummi)
ID : 1235190
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
Fb : Intan Farhana Sharifudin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« May    
©2023 | Design by Superb