Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Paras Hb Rendah Semasa Hamil

Posted on October 19, 2016 by admin


Apa Itu Hb?

Hb adalah singkatan kepada Haemoglobin. Hb adalah protein yang terkandung dalam sel darah merah. Setiap Hb mengandungi Iron yang bertugas untuk bergabung dengan oksigen atau karbon dioksida untuk mengangkut mereka. Oksigen diangkut dari peparu ke semua sel tubuh dan karbon dioksida diangkut dari semua sel tubuh ke peparu untuk disingkirkan.


Jadi kekurangan Hb boleh membahayakan seseorang. Kerana, kurangnya Hb bermaksud, kuranglah keupayaan darah kita mengangkut oksigen. Oksigen diperlukan oleh semua sel tubuh untuk menjalankan proses kehidupan. Untuk ibu mengandung, kekurangan Hb memang dipandang serius kerana oksigen yang diangkut bukan sahaja untuk ibu, tetapi juga untuk bayi di dalam kandungan.

Apakah akibat kekurangan haemoglobin kepada ibu hamil?


1) Mudah pitam
2) Lesu
3) Denyutan jantung tidak teratur
4) Sesak nafas
5)  Kebas kaki dan tangan

Apakah akibat kekurangan haemoglobin kepada bayi dalam kandungan?

1) Pertumbuhan janin terbantut
2) Kelahiran pramatang
3) Berat lahir rendah
4) Anak lemas ketika dilahirkan
5) Kematian bayi
6) Risiko keguguran

Kalau difikirkan, memang menakutkan. Apa yang lebih penting adalah tindakan kita sebagai ibu untuk memulihkan kesihatan dan memberikan yang terbaik untuk anak. Apakah makanan yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini? 

Makanan Yang Membantu Menambah Hb

Antara makanan yang boleh membantu adalah daging merah, brokoli, kekacang (jadikan snek), Hati (Walaubagaimanapun, organ dalaman seperti hati tidak elok diamalkan terlalu kerap), Bayam, Kerang (tapi tidak digalakkan ambil terlalu kerap, dikhuatiri mengandungi pencemaran dari lautan), telur, Oat ,Buah delima, Madu asli (Gantikan gula di dalam makanan dan minuman dengan madu asli), Kurma, Kismis. Makanan tinggi Vitamin C juga amat digalakkan, Kerana Vitamin C membantu penyerapan zat besi.

Ibu sepatutnya mengurangkan atau mengelakkan pengambilan kafein, kerana kafein boleh menjejaskan penyerapan kalsium dan zat besi oleh tubuh.

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda? Sepanjang hamil, saya amalkan set mengandung Shaklee, pengalaman Hb rendah dan Tekanan Darah rendah, alhamduillah selesai dengan bantuan set hamil Shaklee.


Vitalea Terbaik!

Untuk membantu meningkatkan Hb anda, inshaAllah Vitalea sudah memadai. 




Namun, jika anda mendapatkan set hamil Shaklee, itulah yang terbaik!


Kenapa? Kerana tiada satu vitamin atau makanan di dunia ni yang memiliki kuasa magic atau boleh memenuhi keperluan semua keadaan. Contohnya untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat, kita perlukan Iron sebagai tempat perlekatan oksigen, protein untuk membina struktur fizikal sel, vitamin C untuk melindungi sel daripada radikal bebas. Begitulah kiranya. Terpulang kepada kita, bagaimana atau banyak mana yang kita nak. Semua suplemen ini boleh diteruskan sehingga berpantang dan menyusu. Tak perlu stop. Senang 🙂




Pengambilan Vitamin Akan Membantu Ibu Hamil Menjadi Cergas dan Bertenaga Sepanjang Hari

1. Kombinasi Supplement untuk TRIMESTER PERTAMA

  • Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DENGAN ZAT BESI)
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • Vitamin C
  • Ostematrix (Calcium-Magnesium)




2. KOMBINASI Supplement utk TRIMESTER KEDUA & KETIGA

  • Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DENGAN IRON) ,
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • Vitamin C
  • Ostematrix (Calcium-Magnesium)
  • Omega Guard (MINYAK IKAN, DHA)


TESTIMONI PENGGUNA SET HAMIL SHAKLEE

                                            TESTIMONI 1

TESTIMONI 2
TESTIMONI 3
ORDER NOW!

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi, 
Pn Intan | Director VitaminDocket
013-5241628
intan_ifs@yahoo.com

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Mar    
©2023 | Design by Superb