Kembung Perut Bayi– Hampir 20 peratus bayi mengalami masalah kembung. Ini adalah ungkapan paling mudah untuk bayi yang menangis tanpa kawalan, berbanding bayi sihat. Bayi yang mengalami masalah kembung sebenar akan menangis lebih daripada tiga jam sehari, dan lebih daripada tiga hari dalam seminggu.
Umumnya bayi menjadi kembung kira-kira dua hingga empat minggu dan ianya akan berakhir dalam masa tiga bulan. Tambahan pada tangisan yang berlarutan, bayi yang kembung kelihatan sangat tidak selesa. Dia mungkin akan menjulur, dan menarik kaki berselang-seli dan kentut, mukanya menjadi merah padam. Kembung biasanya berlaku antara 6 petang hingga malam walaupun ia boleh berlaku sepanjang masa, dan selalunya lebih teruk pada waktu malam.
Punca Kembung Perut Bayi
✔ Sistem penghadaman yang tidak matang.
✔ Bayi masih membentuk sistem saraf yang mudah tertekan.
✔ Bayi keletihan dan terlebih rangsang dan kembung adalah cara dia menahan semua ini supaya dia boleh tidur.
✔ Bayi yang terdedah pada asap rokok lebih mudah mendapat kembung.
✔ Bayi menyusu badan menjadi kembung disebabkan oleh diet yang diambil oleh ibu, walaupun tiada bukti yang menyokong dakwaan ini. Sesetengah ibu mendakwa apabila mereka berhenti mengambil produk tenusu,masakan pedas, produk bergandum, ia dapat memperbaiki keadaaan.