Sejak kebelakangan ini, penyakit kencing tikus makin menjadi-jadi di negara kita. Penyakit ini menjangkiti siapa sahaja tanpa mengira golongan usia. Penyakit kencing tikus ini merupakan pembunuh senyap yang mana pada tahap paling kronik, ia mampu membuatkan kegagalan fungsi pada beberapa organ penting tubuh seperti ginjal dan hati.
Rawatan penyakit kencing tikus haruslah diberi segera untuk mengelakkan ianya melarat. Paling teruk, ianya boleh membawa maut.
|
|
Saya masih ingat, seorang sahabat satu univeristi saya dulu merupakan mangsa paling awal penyakit kencing tikus ini. Ketika itu adalah pada tahun 2010. Segalanya berlaku sangat pantas. Beliau mengalami simptom demam, dan sakit-sakit badan hingga tidak larat untuk berdiri dan berjalan. Akhirnya, apabila dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, segalanya sudah terlambat apabila sebahagian besar organ badannya mula tidak berfungsi. Akhirnya, beliau pergi meninggalkan kami di usia yang masih muda kerana penyakit kencing tikus ini. Selepas pemergiannya, baru kedengaran satu per satu kes kencing tikus di negara kita yang mula tersebar.
Statitik dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan kes kencing tikus ini makin meningkat saban tahun.
Penyakit kencing tikus belum diklasifikasikan sebagai wabak yang meningkat secara mendadak namun membahayakan kerana boleh membawa maut”.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia,
Datuk Dr Noor Sham Abdullah,
Utusan Malaysia, 18 Januari 2015.
Penyakit Kencing Tikus Adalah Pembunuh Senyap
Penyakit kencing tikus adalah disebabkan oleh bakteria Leptospirosis yang disebarkan melalui haiwan. Pada peringkat mulanya, bakteria ini datangnya daripada tikus. Namun kini, banyak haiwan telah menjadi perumah kepada bakteria ini sama ada daripada haiwan liar atau peliharaan. Haiwan yang dijangkiti Leptospirosis ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi cukup hanya sebagai pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umum, bakteria Leptospirosis boleh menjangkiti tikus, anjing, serigala, rakun, tupai, kucing dan haiwan ternakan.
Manusia boleh mendapat jangkitan Leptospirosis melalui luka, termakan atau terminum, atau terdedah secara sentuhan terbuka pada tanah, makanan atau air yang telah tercemar dengan air kencing haiwan berjangkit ini.
Tikus dikatakan perumah utama kepada baktetria Leptospirosis kerana kitaran hidup tikus yang sangat cepat membiak, sukar dikawal dan terdapat di mana-masa membuatkan penyebaran bakteria ini lebih pantas.
Golongan Berisiko Mendapat Penyakit Kencing Tikus
✔Golongan yang melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas contohnya petani, penternak, peladang, doktor haiwan, pesawah, anggota tentera.
✔ Melakukan aktiviti dalam air seperti berenang, berkayak
✔ Peralatan di rumah terdedah kepada binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
✔Terdedah kepada air banjir. Ini kerana air banjir kadangkala tercemar dengan kencing tikus di dalamnya. Apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut, virus akan menjangkiti.
Apakah Simptom/Gejala Penyakit Kencing Tikus
Lazimnya, gejala penyakit kencing tikus akan muncul dalam masa 10 hari selepas terdedah kepada bakteria ini. Tempoh pengeraman baketria leptospira dalam badan adalah antara 2-26 hari. Berikut merupakan gejala penyakit kencing tikus:
✔Bermula dengan demam, menggigil, sakit-sakit badan dan sakit kepala.
✔ Batuk berterusan tetapi tidak berkahak.
✔ Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
✔Berlaku radang selaput mata.
✔ Pesakit mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru dan ruam.
Langkah Pencegahan Supaya Tidak Terdedah Kepada Penyakit Kencing Tikus
✔Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
✔ Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. Nasihat penulis jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital dengan segera.
✔ Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
✔ Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
✔ Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
✔ Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
✔ Menjaga kebersihan sekeliling, sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
Bagaimana Ikhtiar Rawatan Alternatif Untuk Penyakit Kencing Tikus Melalui Nutrisi Supplemen
Jika di hospital, ubat-ubatan seperti Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis.
Tetapi di sini, saya ingin mencadangkan beberapa nutrisi supplemen yang dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan bakteria Leptospirosis ini.
1. VIVIX
- Membaikpulih dan memelihara DNA tubuh supaya setiap sistem organ dapat berfungi dengan baik.
- Untuk meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan penyakit.
- Menggalakkan kesihatan menyeluruh.
2. Nutriferon
- Membantu meningkatkan imun sistem tubuh untuk melawan penyakit.
- Nutriferon merupakan penggalak kepada sistem imun tubuh yang sangat berkesan.
3. Vitamin C
- Meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
- Membantu melawan bakteria.
Apa Kata Pengguna Nurisi Supplemen Shaklee Ini
Perkongsian pengalaman daripada pesakit kencing tikus daripada sahabat-handai dan saudara mara boleh dijadikan testimoni. Langkah bijak mereka yang pertama, ialah apabila mereka segera merujuk kepada doktor setelah ada tanda-tanda gejala penyakit kencing tikus muncul pada diri mereka. Kemudian, langkah bijak kedua bilamana mereka mengambil nutrisi supplemen untuk meningkatkan imun pertahanan diri melawan penyakit supaya penyakit kencing tikus tidak menjadi lebih serius.
TESTIMONI 2
TESTIMONI 3
TESTIMONI 4
[IKUTI TEMUBUAL PENGALAMAN SEORANG PESAKIT KENCING TIKUS YANG BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN VIVIX DAN NUTRIFERON]
.
Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos 2016.
.
Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tidak fikir ianya sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit yang kuat sangat di bahagian belakang. Badan terasa berbisa-bisa.
.
Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan kesakitan. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU.
.
Di sini saya diberitahu saya kena virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya.
.
Di ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat.
.
Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut.
.
Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu.
.
Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan SET KENCING TIKUS ini, boleh terus hubungi saya
whatapps INTAN 013-5241628
atau
Fb: Intan Farhana Sharifudin
ATAU
Anda boleh terus order online melalui website Shaklee: