Kesan Ambil Ubat Ketika Hamil – Jangan terlalu bimbang sekiranya kita berusaha untuk hamil, dan mempunyai rekod dan kondisi dan rekod perubatan yang masih berterusan. Sebagai contoh, kita masih perlu mengambil ubat-ubatan tertentu seperti steroid, insulin, salbutamol kerana kondisi kesihatan tertentu. Kebanyakan kondisi ini dapat diuruskan dengan efektif dan kita masih berpeluang mendapat bayi yang sihat.
Sekiranya kita mempunyai rekod perubatan sebelum ini. merancang untuk hamil mungkin menjadi perkara yang sukar. Namun jangan risau! Berjumpa dengan doktor anda dan berbincang dengannya. Dos ubat mungkin perlu dikurangkan ataupun ubat perlu ditukar sebelum berusaha untuk hamil. Kita mungkin akan dipantau rapi semasa hamil. Jangan terlalu runsing. Doktor dan jururawat bertauliah akan sentiasa membantu kita untuk menghadapinya.
Kesan Ambil Ubat Ketika Hamil
1. Ubat Migrain
Sekiranya kita mengambil ubat migrain atau ubat anti penahan sakit, doktor mungkin mengubah suai ubat-ubat itu sebelum kita hamil. Sekiranya kita mengambil ubat suntikan, dinasihatkan supaya berhenti menggunakannya kerana bimbang kesan sampingan pada kandunga, walaupun kajian belum cukup membuktikan sebaliknya, Atas nasihat doktor juga, kita perlu berhenti mengambil ubat penahan kesakitan. Paracetamol juga merupakan ubat penahan sakit pilihan yang selamat, dan sekiranya tidak berkesan, kita boleh mengambil ibuprofen, tetapi ianya tidak boleh diambil selepas minggu ke 30 kehamilan.
Rawatan Migrain Tanpa Ubat dan PainKiller
Jika anda mengandung, anda boleh mencuba rawatan migrain secara nutrisi iaitu dengan mengambil supplemen iaitu Ostematrix dan B-Complex. Selain membantu mengurangkan masalah migrain anda, Ostematrix membekalkan kalsium yang cukup untuk anda. B-Complex juga mengandungi folic acid untuk membantu perkembangan bayi anda supaya membesar dengan sihat tanpa kecacatan.
2. Diabetes
Sama ada ibu mengalami diabetes jenis 1 ataupun 2, kita mengalami risiko tinggi untuk mengalami keguguran dan keabnormalan kongenital pada bayi. Kita boleh mengurangkan risiko ini dengan berjumpa dengan doktor atau pakar diabetes sebelum hamil. Doktor mungkin menyarankan kita untuk menukar rawatan diabetes daripada ubat makan kepada insulin. Bayi yang lahir daripada ibu yang mempunyai diabetes, mempunyai risiko kecacatan lebih tinggi berbanding bayi biasa, jadi penting untuk ibu mengambil asid folik yang cukup.
Doktor mungkin menegsyorkan kita mengambil folik asid kira-kira 10x daripada dos biasa, iaitu 400 mikrogram (mcg). Diet seimbang juga penting. Makan makanan berkhasiat dan kawal paras glukosa dengan kerap dan teliti. Ia akan membantu meningkatkan peluang mendapat kehamilan yang sihat,
3. Sawan
Sekiranya ibu sawan bercadang ingin mempunyai bayi, dicadangkan untuk berbincang dengan doktor pakar anda terlebih dahulu. Ubat-ubatan dan sawan mempunyai risiko pada ibu hamil tetapi ada cara bagi meminimumkan kesannya. Doktor mungkin mencadangkan kita menukar ubat sebelum merancang untuk hamil. Doktor akan menasarkan pada pengurangan ubat sawan kepada beberapa anti-epileptics drugs (AED) selagi boleh.
Doktor juga akan menyarankan kita untuk mengambil lebih asid folik daripada biasa kerana AED memberi kesan kepada penyerapan asid folik di dalam badan. Kebanyakan ibu yang mengambil ubat AED mampu melahirkan bayi yang normal dan sihat.
4. Asma
Kebanyakan ubat untuk merawat asma adalah selamat digunakan semasa hamil (termasuklah salbutamol dan beclometasone) dan ramai ibu meneruskan pengambilannya. Bagaimanapun, sekiranya ibu berusaha untuk hamil, lebih bagus sekiranya berjumpa doktor ataupun pakar bagi mengkaji semula rawatan yang sedia ada, berkemungkinan sesetengah ubat dan dos perlu diubah. Andainya asma kita berkurangan semasa hamil, kita mungkin boleh mengurangkan dos tetapi mesti di bawah pengawasan doktor.
Rawat Asma Dengan Omega-3
Selain daripada rawatan nebulizer (neb) dan beberapa rawatan pencegahan asma melalui pengambilan steroid dan sebagainya yang boleh memberikan sedikit kesan jangka panjang, apa kata anda cuba ikhtiarkan untuk kurangkan asma anda dengan bantuan supplemen yang terbukti SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI.
Kajian di Universiti Indiana menunjukkan orang dewasa dengan serangan asma yang berterusan kemdudian mengambil supplemen minyak ikan yang tinggi kandungan Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu membuatkan fungsi paru-paru pesakit asma bertambah baik.
Kajian membuktikan pengambilan minyak ikan tambahan sebanyak 3.2g EPA dan 2g DHA setiap hari membuktikan sampel lendir dari peserta menunujukkan pengurangan pada jumlah sel-sel yang menyebabkan pro-radang. Kandungan DHA yang tinggi dalam Omega Guard Shaklee terbuti dapat mengurangkan keradangan yang berlaku pada penghidap lelah (asma), malah ia sangat membantu menyelesaikana masalah kahak menyebabkan sesak nafas.
5. Tiroid Tidak Aktif
Sekiranya tahap tiroid kita rendah, kita mungkin tidak berevolusi secara normal dan ini menyukarkan kehamilan berlaku. Mengambil dos tiroksina yang bersesuaian bagi menampung kekurangan hormon, membolehkan ovulasi berlaku seperti biasa dan mengembalikan kesuburan kita. Mempunyai masalah tiroid semasa kehamilan tidak memberikan kesan ketara pada kehamilan, selagi ia diurus dengan baik. Membuat ujian darah pada setiap 4-6 minggu membantu ibu sentiasa kekal sihat dan menjamin hormon tiroksina berada pada tahap normal.
6. Lupus
Penyakit lupus adalah penyakit inflamation dermatitis, dengan ruam merah dan bersisik pada hidung dan pipi, dan memberikan kerosakan yang progresif pada ginjal dan dirawat dengan kortikosteroid. Lupus eritematosus (LE) terbahagi kepada 3 jenis iaitu LE sistemik (SLE), LE diskoid, dan LE-induksi ubat. SLE adalah yang paling biasa dan apabila teruk, simptomnya adalah demam panas, sakit dada dan masalah buah pinggang, Terdapat beberapa rawatan boleh membawa kepada komplikasi serius kepada kehamilan. Ibu yang mengalami lupus tidak serius atau berkomplikasi selalunya tiada masalah. Apabila kita hamil dan mempunyai lupus, doktor akan rujuk kita kepada pakar.
7. Sindrom Usus Rengsa (Irretable Bowel Syndrome atau IBS)
Sekiranya ibu mengambil ubat IBS, dinasihatkan berjumpa doktor sebelum cuba untuk hamil supaya sebarang penyesuaian ubat dapat dijalankan sebelum kita hamil. Setengah ubat IBS seperti alverine, mebeverine, dan loperamide, tidak disarankan semasa hamil, Ubat lain seperti amitryptyline, boleh dimakan tetapi dalam dos yang kecil.
Dapatkan Supplement B-Complex, Omega Guard dan Ostematrix Di Sini
ATAU
HUBUNGI KAMI