Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu
ubat malaria

Petua Merawat Malaria Dengan Cepat

Posted on August 29, 2018 by admin

Malaria merupakan satu jenis penyakit yang seangkatan dengan denggi, chikugunya, untut mahupun zika dari segi cara penyebarannya kerana masing-masing disebarkan melalui vektor tertentu terutamanya nyamuk. Vektor ataupun perumah bagi penyakit malaria ini adalah nyamuk betina spesies Anopheles (tiruk). Malaria adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh parasit dikenali sebagai Plasmodium. Malaria bukanlah penyakit baru, dan ia dipercayai telah menjangkiti manusia sejak 50,000 tahun dengan beberapa spesies parasit ditemui dalam chimpanzi.

 

ubat malaria

 

Mengejutkan, setiap tahun malaria menyerang lebih 500 juta penduduk dunia dan membunuh sehingga 3 juta penduduk dunia di 109 negara benua Afrika, Asia dan Amerika Latin. Dijangkakan kes malaria boleh meningkat jika pemanasan global yang mengakibatkan sebaran habitat nyamuk tiruk ini. Perkembangan dan kemajuan dalam bidang perubatan, menyebabkan kes kematian disebabkan malaria semakin menurun kerana terdapat ubat malaria. Kebiasaannya pesakit yang dijangkiti malaria akan  menerima rawatan malaria berupakan ubat malaria seperti chloroquine, quinine, pyrimetahmine dan sulfodaxine.

 

Kitaran Hidup Parasit Malaria

 

ubat malaria

 

Kitaran hidup parasit Plasmodium bermula di sel-sel hati setelah ia masuk ke kitaran darah pesakit. Di situ, ia akan berkembang dengan memakan sel-sel hati sehingga jumlahnya meningkat sehingga 40 ribu kali ganda. Sehingga 1-2 minggu, ia mencapai tahap kritikal dan sel-sel yang dijangkit tadi akan pecah dan berjuta parasit akan memasuki kitaran darah pesakit. Parasit-parasit ini akan dikitar semula ke hati dan memulakan proses pembiakan lagi. Pada masa yang sama, parasit yang telah terlepas ke saluran darah akan meyerang sel-sel darah merah. Tidak seperti sel hati, sel-sel darah merah akan pecah dalam masa 1-2 hari sahaja dan menyebabkan gandaan parasit bertambah dengan cepat.

Tanda-Tanda Penyakit Malaria

Kebanyakan penderita malaria, tidak menunjukkan tanda-tanda awal. Kadangkala tanda-tanda awal yang ditunjukkan terlihat seperti penyakit umum yang sering tidak diperhatikan. Walaubagaimanapun, tanda awal yang tidak diatasi akan menjadi tahap malaria yang lebih berat. Antara tanda-tanda anda dijangkiti malaria adalah seperti berikut:

 

ubat malaria

  • Demam berpanjangan
  • Berpeluh
  • Menggigil
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Loya dan muntah
  • Anemia
  • Juandis (kekuningan)
  • Berlaku pembesaran hati dan limpa
  • Cirit-birit

Malaria yang serius dan tidak dirawat segera akan menyebabkan kegagalan fungsi hati dan buah pinggang, kemusnahan sel darah merah, jankitan kuman di lapisan otak dan limpa pecah akibat daripada pendarahan teruk.

Jika anda menunjukkan simptom-simptom seperti di atas, segeralah untuk buat pemeriksaan dan dapatkan rawatan segera.

 

Rawatan Malaria

Semenjak wabak malaria direkodkan kira-kira 1700 yang lalu, sudah banyak penawar dan ubat malaria yang berunsurkan herba digunakan oleh manusia, namun ia tidak begitu berkesan untuk mencegah dan merawati malaria. Parasit Plasmodium mempunyai rangkaian DNA yang kompleks dari bakteria dan virus menyebabkan ia lebih tahan kepada ubat-ubatan traditional mahupun antibiotik. Kitaran hidupnya yang canggih dan unik menyebabkan vaksin sukar untuk dihasilkan. Kemajuan dalam bidang perubatan, menghasilkan ubat malaria seperti chloroquine, quinine, pyrimetahmine dan sulfodaxine untuk merawat malaria. Walaubagaimanapun, ada di mana kes parasit malaria ini kebal kepada ubat juga.

 

Atasi Malaria Dengan Supplemen Semulajadi

Selain daripada rawatan yang diberikan oleh doktor, kita juga boleh berikhtiar dengan supplemen semulajadi untuk bantu atasi malaria dengan lebih cepat. Kebanyakan pesakit malaria yang mengambil supplemen semulajadi ini kelihatan lebih bertenaga dan lebih cepat baik.

 

1. VIVIX

Menggalakkan kesihatan keseluruhan, meningkatkan tahap imunisasi dan membantu memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

2. Vitamin C Sustained Released.

– Meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi.

– Membantu penyerapan nutrient secara optimum

– Membaiki simptom pendarahan

– Meningkatkan sistem imunisasi

– Menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel tubuh.

3. Performance drink.

– Membantu menstabilkan cecair dalam badan.

– Memberi tenaga dan daya ketahanan fizikal

– Meningkatkan daya ketahanan badan

– Mencegah penyah-hidratan

 

DAPATKAN VITAMIN ANDA HARI INI

Dapatkan segera vitamin anda hari ini. Ummi akan kongsikan cara makan paling tepat untuk anda.

 Boleh buat belian terus secara online di sini:

urticaria

 

ATAU HUBUNGI UMMI

Jangan ragu-ragu untuk hubungi Ummi.
Ummi sedia untuk membantu.
Intan Farhana bt Sharifudin (Ummi)
ID : 1235190
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
Fb : Intan Farhana Sharifudin

 

 

 

 

4 thoughts on “Petua Merawat Malaria Dengan Cepat”

  1. Idziani says:
    August 29, 2018 at 7:04 am

    Menakutkan beri kesan pada hati dan buah pinggang. Mohon jauh dari penyakit malaria ini. Terima kasih atas perkongsian.

    Tips Hindari Anak-anak dari HFMD di Taska

    Reply
  2. mrhanafi says:
    September 2, 2018 at 5:42 am

    memang menakutkan juga…

    mudahan kita semua dijauhkan dari gejala Malaria

    Reply
  3. Bazilah says:
    September 2, 2018 at 2:28 pm

    Bahaya malaria ni.. InsyaAllah supplemen Shaklee boleh banyak membantu..

    Reply
  4. AhmadiKatu says:
    September 12, 2018 at 4:00 am

    Perkongsian yang menarik tentang penyakit Malaria. Perlu diperkuatkan sistem imiun badan agar dapat melawan serangan penyakit dari luar.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« May    
©2023 | Design by Superb