Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu
lemak di lengan atas

Tips Menghilangkan Lemak Di Lengan Atas

Posted on November 12, 2018 by admin

Kadangkala seseorang sudah memiliki berat badan yang normal, namun tidak memiliki bentuk tubuh yang ideal. Ia terjadi disebabkan oleh pengumpulan lemak di kawasan perut, peha dan juga pengumpulan lemak di bahagian lengan atas. Salah satu penyebab yang mengganggu penampilan waita adalah masalah lemak di lengan atas. Cuba bayangkan kita baru sahaja membeli baju baru, tetapi baju itu tidak dapat digayakan dengan sempurna kerana kehadiran lemak di lengan atas yang kelihatan menggeleber dan membuatkan lengan atas kita besar. Ini menurunkan keyakinan wamai wanita di luar sana dek kerana masalah lemak di lengan atas ini.

lemak di lengan atas

Banyak penyebab lemak terkumpul di lengan atas ini.

Antaranya adalah kerana faktor genetik. Seseorang yang mengalami masalah pengumpulan lemak di lengan atas sering menghadapi kesulitan untuk menghilangkan lemak di lengan atas sekaligus mengecilkan saiz lengan atas serta berat badan secara keseluruhannya. Jika anda mengalami masalah ini dan berhadapan kesukaran untuk mengecilkan lemak di lengan aras, anda boleh melihat ahli keluarga anda yang lain. Jika orang tua mahupun saudara anda memiliki bentuk lengan yang besar dan menggeleber, anda memerlukan usaha lebih keras untuk menghilangkan lemak di lengan atas kerana tubuh anda dipengaruhi oleh faktor genetik.

Faktor obesiti menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak di lengan atas. Pengumpulan lemak bukan sahaja mengganggu penampilan, bahkan akan mengundang lebih banyak gangguang kesihatan seperti serangan jantung, diabetes dan hipertension.

Pengumpulan lemak di lengan atas juga disebabkan oleh kurangnya berat otot. Berat badan normal, tetapi berat otot yang kurang menyebabkan pengumpulan lemak di beberapa bahagian badan tertentu termasuklah lemak di lengan atas. Hal ini disebabkan oleh kurangnya aktiviti olahraga dan gaya pemakanan yang tidak sihat.

Tips Menghilangkan Lemak Di Lengan Atas Dengan Senaman

Senaman yang melibatkan tangan adalah aktiviti yang efektif untuk membantu mengecilkan lemak di lengan atas. Untuk mengurangkan lemak di lengan atas, anda boleh membuat beberapa aktiviti melibatkan tangan ini.

1. Melakukan Lompat Tali atau skipping.

lemak di lengan atas

Untuk mendapatkan bentul lengan yang ideal sekaligus membakar lemak di lengan atas, anda boleh melakukan 150 kali lompatan setiap hari. Olahraga lompat tali ini bukan sahaja boleh selesaikan masalah lemak di lengan atas, tetapi boleh membantu menurunkan berat dan mengecilkan saiz peha juga.

 

 

 

2. Push Up

Push up boleh membantu mengecilkan lemak di bahagian lengan atas. Ia juga dapat memberikan berat pada otot lengan anda. Baca juga cara push up yang betul untuk wanita.

3. Membuat gerakan weighted punch

 

Gerakan weighted punch adalah aktiviti angkat berat yang boleh menambah berat otot secara efektif. Cara ini efektif untuk sesiapa yang memiliki berat badan yang ideal, namun tidak memiliki bentuk lengan yang ideal. Untuk aktiviti ini, anda boleh mengangkat beban di tangan sampai tangan mencapai ke atas, kemudian kembalikan tangan ke posisi semula. Anda boleh melakukan aktiviti weighted punch ini dengan cara duduk dan berdiri.

 

Tips Menghilangkan Lemak Di Lengan Atas Dengan Menjaga Gaya Pemakanan

  1. Kurangkan ambil makanan yang berlemak. Jenis makanan yang berlemak adalah musuh bagi lengan anda. Selain itu, makanan berlemak juga berpotensi meningkatkan berat badan. Usahakan agar anda tidak mengambil makanan berlemak dan masin.
  2. Ambil kekacang boleh menjadi alternatif untuk menggantikan makanan berlemak yang datang dari makanan yang bergoreng dan tinggi garam. Mengambil kacang-kacang akan menggantikan lemak jahat yang terkumpul dalam badan kita.
  3. Teh hijau adalah minuman menyihatkan dan kaya dengan antioksidan. Selain itu, minuman yang satu ini dipercayai mampu membakar lemak di lengan atas dan lemak di keseluruhan badan.
  4. Ambil air secukupnya  dengan meminum air putih sebanyak 8 gelas per hari. Cukupkan keperluan cairan tubuh akan membantu proses metabolisme sehingga pengumpulan lemak di tubuh juga akan berkurang.
  5. Hindari makanan yang kaya karbohidrat dan kalori kerana ia akan meningkatkan berat badan lebih cepat. Untuk memenuhi kebutuhan karbohidrat tubuh sebaiknya anda makan makanan jenis olahan gandum seperti oatmeal.

 

Itulah beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk membantu menghilangkan lemak di lengan atas. Untuk tetap mengekalkan bentuk lengan atas yang ideal, anda tidak boleh berhenti menerapkan pola hidup yang sihat dengan sentiasa berolahraga dan menjaga pemakanan.

Anda boleh membaca juga tips >> mengurangkan lemak di lengan atas dengan supplemen semulajadi.

 

atau hubungi saya

Jangan ragu-ragu untuk hubungi Ummi.
Ummi sedia untuk membantu.
Intan Farhana bt Sharifudin (Ummi)
Certified Health anda Welnesss Consultants Shaklee Malaysia
ID : 1235190
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
Fb : Intan Farhana Sharifudin

 

 

 

1 thought on “Tips Menghilangkan Lemak Di Lengan Atas”

  1. admin says:
    January 3, 2020 at 1:21 am

    Hai

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb