Makanan Dalam Pantang– Selepas melahirkan bayi, ibu-ibu perlu betul-betul menjaga pemakanan sewaktu dalam pantang. Tempoh berpantang ini adalah masa pemulihan untuk ibu selepas melahirkan bayi. Selain daripada melakukan pelbagai rawatan tradisional seperti bertungku, barut,pilis, ibu juga mesti menjaga pengambilan makanan sepanjang dalam pantang.
Amalan pemakanan dalam pantang memainkan peranan untuk kembalikan semula kesihatan badan, mengembalikan tenaga, mempercepatkan penyembuhan luka lepas bersalin dan memberikan kesegaran kepada ibu itu sendiri. Proses penyembuhan selepas melahirkan anak memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Jika anda jenis yang tidak sabar dan tidak mampu menahan selera makan makanan orang berpantang, maka sukarlah untuk mendapat kecergasan dan kelangsingan tubuh badan kembali.Jangan pandang enteng tentang pengambilan makanan dalam pantang!
Faktor Pemilihan Makanan Dalam Pantang
1. Jenis makanan
2. Elak makanan berlemak
3. Pengambilan air
4. Menu masakan mengandungi halia
5. Makanan penambah susu ibu
Ibu boleh amalkan makanan untuk menambah susu dan mengatasi masalah kesukaran membuang air besar seperti cekur manis, lobak, peria dan pegaga. Sekiranya diambil secara kerap, ia juga membantu membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
6. Makanan Kaya Antioksida
7. Banyakkan makan ikan segar
8. Makanan percepat penyembuhan luka bersalin
9. Elak makan makanan sejuk dan tajam
10. Makan makanan yang membantu kecutkan rahim
Menu Makanan Dalam Pantang Yang Menarik!
1. Ikan Panggang
- – Basuh bersih dan kelar ikan kembung/selar/merah/tenggiri
- – Lumurkan garam, kunyit dan lada hitam pada badan ikan (kalau anak jaundis, lumurkan garam dan lada hitam sahaja)
- – Bakar atau panggang menggunakan pemanggang ajaib
- – Jika mahukan ikan bakar beraroma, balutkan ikan dengan daun pisang ketika proses memanggang.
- – Siap dan boleh makan bersama nasi panas yang ditabur lada hitam tumbuk.
2. Singgang Ikan
- – Satukan kunyit hidup, lengkuas, bawang putih dan asam keping ke dalam periuk yang berisi air
- – Didihkan. Bagi didih lama supaya air-air perencah turun.
- – Bila sudah didih dalam tempoh yang agak lama, masukkan ikan tenggiri/ selar/kembung.
- – Perasakan dengan garam
- – Angkat apabila ikan sudah masak
3. Sup Lobak Putih
- – Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga layu
- – Masukkan ikan bilis dan tumis seketika. Masukkan air dan didihkan sehingga layu
- – Bila sup mendidih, masukkan lobak putih dan sedikit lada hitam. Perasakan dengan garam
4. Sup Ikan Merah
- – Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang merah, bawang putih, halia bersama kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi
- – Kemudian masukkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan kentang.
- – Agak-agak kentang dah empuk, masukkan ikan. Kemudian masukkan lada hitam dan sedikit garam.
- – Taburkan daun sup bila hidangkan kepada mak berpantang.
5. Tenggiri Goreng Halia
- – Bersihkan ikan tenggiri dan lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.
- – Goreng dengan sedikit minyak
- – Baki minyak digunakan untuk menumis halia, bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga naik bau
- – Masukkan sedikit air dan kemudiannya masukkan ikan yang sudah digoreng tadi.
6. Ayam Bakar Lada Hitam
- – Basuh ayam sehingga bersih
- – Kisar bawang besar, bawang putih, dan halia
- – Bahan kisar bancuh bersama sos cili, kicap pekat, serbuk lada hitam, madu, sedikit garam dan gula
- – Perap ayam dengan bahan yang telah disatukan
- – Bakar/panggang menggunakan pemanggang ajaib
7. Sup Daging Bersama Kentang Dan Carrot
- – Potong daging dan bersihkan
- – Tumis bawang besar, bawang putih, halia bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau
- – Masukkan air, daging dan kentang. Didihkan sehingga daging dan kentang empuk
- – Masukkan hirisan lobak merah
8. Kerabu Pegaga
- – Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat
- – Gorengkan tanpa minyak sehingga bahan kering
- – Gaulkan dengan pegaga yang telah dibersihkan
- – Makan dengan nasi panas dan ikan bakar memang ummp!!
9. Tenggiri Berserai
- – Bersihkan ikan tenggiri. Lumurkan garam dan kunyit pada ikan. Kemudian bakar menggunakan pemanggang ajaib.
- – Dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan serai yang telah diketuk.
- – Masukkan sedikit air asam jawa dan biarkan mendidih seketika.
- – Kemudian masukkan ikan yang telah dibakar tadi.
- – Boleh juga masukkan lada hitam yang telah ditumbuk lumat
10. Ikan Merah Stim Halia Dengan Bawang Putih
- – Bersihkan ikan merah. Lumur ikan dengan garam.
- – Hiris bawang besar, bawang putih, halia, serai, daun limau purut, lobak merah dan batang saderi
- – Letakkan ikan dan semua bahan hirisan di dalam satu bekas. Kukus sehingga ikan masak.
Set Berpantang Terbaik Untuk Berpantang
Salah satu vitamin yang terkandung dalam set berpantang Shaklee ini adalah B-Complex dan Energizing Soy Protein (ESP) yang membantu mengurangkan stress dan tekanan yang dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin.
Ibu ini serik ingin beranak lagi kerana serik semasa BERPANTANG! Namun persepsinya berubah selepas menggunakan Set Berpantang Shaklee. Jom dengar perkongsian pengalamannya.
ATAU
HUBUNGI KAMI
Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.