Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

5 Makanan Tajam Ketika Hamil Yang Perlu Dielakkan

Posted on March 14, 2017 by admin

 makanan tajam ketika hamil

Makanan Tajam Ketika Hamil-Sebenarnya dalam sains perubatan, tiada istilah makanan tajam dan sebagainya. Contoh-contoh makanan tajam yang sering digembar-gemburkan kita oleh orang tua-tua adalah berdasarkan pengamatan orang-orang tua pada sesuatu keadaan.

Ada sesetengah makanan tajam yang dilarang itu terbukti secara saintifik dapat mendatangkan mudarat kepada ibu dan juga bayi. Jom kita teliti 5 makanan tajam ketika hamil yang perlu dielakkan.

5 Makanan Tajam Ketika Hamil Yang Perlu Dielakkan

1. Nanas

.
Nanas mengandungi prostaglandin yang boleh membuatkan rahim mengecut. Tetapi, sekiranya ianya diambil dalam kadar biasa cotohnya sepotong dua, ianya tidak mengapa. Begitu juga dengan makanan-makanan yang lain, jika diambil dalam kadar sederhana dan tidak berlebihan, ianya tidak memudaratkan.

2. Asam Dan Jeruk

Kebiasaan ibu hamil akan mengambil asam dan jeruk untuk mengurangkan pening dan alahan semasa mengandung. Sebenarnya, asam dan jeruk adalah makanan tinggi bahan pengawet dan perisa makanan. Ianya tidak baik untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan jika ia menjadi makanan ruji semasa mengandung. Selain mendatangkan mudarat, makanan ini tidak mendatangkan khasiat pun. Jika anda mengalami alahan yang teruk, cuba untuk ikhtiarkan 8 Tips Berkesan Kurangkan Alahan Mengandung.
Cara makanan masam lain alternatif kepada asam dan jeruk, seperti mempelam dan kedondong.

3. Jus Yang Dikotakkan

Jus yang telah dipaket atau dikotakkan juga mengandungi bahan pengawet dan perisa untuk memastikan jus tetap tahan lama. Ambillah makanan mahupun minuman dalam bentuk yang asli sebaik mungkin. Contohnya, daripada mengambil air epal dalam kotak, lebih baik dikisar sendiri. 

4. Minuman Berkafein dan Bergas

Pengambilan minuman berkafein seperti kopi, koko,  minuman bergas, coklat, dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal. Ini termasuklah dengan bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain itu, kafein juga boleh merosakkan kandungan kalsium tulang ibu mengandung.
Makanan atau minuman yang tinggi gula akan menyebabkan komplikasi kencing manis sewaktu mengandung. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan bayi besar daripada sepatutntnya.

5. Vitamin A

Hentikan supplement Vitamin A sebaik sahaja anda mengandung. Biasanya orang mengambil vitamin A untuk memastikan kesihatan mata kekal bagus. Namun, bagi ibu mengandung, vitamin A boleh memudaratkan bayi dalam kandungan yang mana ia boleh menyebabkan kecacatan muka, jantung, kepala dan saraf bayi. Adalah lebih selamat wanita hamil mengambil makanan tinggi beta carotene seperti carrot, betik dan sebagainya. Beta caratone ini akan ditukarkan kepada vitamin A secara semulajadi apabila badan memerlukan Vitamin A. 
Semoga bermanfaat!
Sebarang persoalan atau pertanyaa, boleh hubungi kami!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Mar    
©2023 | Design by Superb