Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Kenali Kanser Paru-Paru Dan Cara Rawatan

Posted on April 28, 2017 by admin

Kanser Paru-Paru – Kanser paru-paru juga dikenali sebagai karsinoma paru-paru atau karsinoma pulmonari dan ia merupakan sejenis tumor yang berpotensi besar untuk mengancam fungsi paru-paru. Kanser paru-paru adalah penyebab utama kematian di Malaysia. Ia merupakan kanser yang common selepas kanser payudara dan kanser kolorektal.

 rawatan kanser paru-paru

Kanser paru-paru merupakan kanser no 1 kaum lelaki. Antara puncanya adalah kerana merokok. Bahan beracun dalam asap rokok akan melalui paru-paru dan mengalami perubahan dari sudut kesihatan sel paru-paru dari hari ke hari. Antara faktor yang menyumbang kepada kanser paru-paru ialah:

1. Pendedahan kepada asbestos.

2. Menghisap rokok sama ada aktif atau pasif.

3. Pencemaran udara dari asap kereta, asap kilang dan lain-lain.

4. Penyakit paru-paru seperti tuberkulosis (TIBI) meningkatkan risiko menghidap kanser paru-paru.

5. Pekerjaan yang terdedah kepada arsenik, kromium, nikel, hidrokarbon dan eter meningkatkan risiko paru-paru.

6. Pendedahan kepada radon atau radion.

Pelbagai Rawatan Kanser Paru-Paru

Untuk pesakit kanser paru-paru, terdapat pelbagai rawatan yang tersedia untuk membuang sel kanser paru-paru. Pesakit -kanser paru-paru perlu lebih optimis dan positif dengan rawatan-rawatan yang dicadangkan ini. Jangan terkejut, ada pesakit kanser paru-paru tahap 4 yang baru berumur 17 tahun sembuh setelah menjalani rawatan yang dicadangkan. Beliau merupakan anak kepada jiran saya. Kuncinya, jangan berputus asa! Ikhtiar dengan apa saja cara pun asalkan baik.

1. Pembedahan 

Untuk rawatan pembedahan, tidak semua pesakit kanser paru-paru perlu menjalankan pembedahan. Ia juag bergantung kepada tahap kanser paru-paru yang dialami oleh pesakit. Dalam pembedahan, sebahagian paru-paru akan dibuang.

2. Radioterapi

Rawatan radioterapi bertujuan untuk mematikan sel kanser paru-paru.

3. Kemoterapi

Rawatan kemoterapi juga bertujuan untuk mematikan sel kanser,

4. Radio Frequency Ablation

Rawatan ini lebih berkesan apabila digabungkan dengan kemoterapi kerana ia memusnahkan sel dalam tumour yang sukar dimusnahkan dalam rawatan kemoterapi. Ia dilakukan dengan menusuk peninjau kecil haba ke dalam tumor untuk memasak sel tumor. Sel tumor yang mati akan diserap secara proses semulajadi.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb