Kanser Tulang– Baru-baru ini, saya dihubungi oleh seorang wanita yang menderita sakit kanser tulang. Ketulan pada paha kirinya yang disangka ketulan biasa yang pada mulanya tidak menunjukkan sebarang sakit. Lama kelamaan, ketulan kecil itu semakin sakit, dan pemeriksaan dibuat menunjukkan beliau positif kanser tulang.
Kanser tulang berpotensi untuk kena pada siapa sahaja tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tanda-tanda kanser tulang biasanya tidak dapat dikenalpasti pada peringkat awal kerana gejalanya lebih kurang sama dengan sakit-sakit sendi (arthritis) yang sering berlaku pada orang dewasa. Pada kanak-kanak pula, gejala kanser tulang hampir tidak disedari dan hanya dianggap pertumbuhan normal tulang sehinggalah kanak-kanak itu mengadu sakit pada tulang atau bengkakan yang amat sangat. Rawatan kanser tulang sangat bergantung kepada jenis, saiz dan tahap kanser tulang. Diagnos kanser tulang di tahap awal memberikan peluang untuk pesakit kanser tulang untuk mendapatkan rawatan segera dan ianya menjanjikan kesembuhan.
Jenis-Jenis Kanser Tulang
Terdapat beberapa jenis kanser tulang berdasarkan dari mana sel kanser itu bermula.
1. Osteosarcoma
Kanser tulang berkembang dalam tisu baru pada tulang yang semakin membesar. Kanser jenis ini biasanya memberi kesan kepada tulang paha dan tulang betis. Osteosarcoma boleh dihidapi oleh sesiapa, tetapi golongan paling biasa mendapat Osteosacrcoma adalah remaja dan bayi.
2. Sarcoma Ewing
Kanser tulang berkembang di dalam tisu saraf yang tidak matang dalam sum-sum tulang. Jenis kanser ini biasanya memberi kesan kepada tulang paha, tulang betis, dan pelvis. Sarcoma Ewing ini lebih kerap dihidapi oleh remaja daripada orang dewasa.
3. Chondrosarcoma
Kanser tulang berkembang di dalam tulang rawan. Biasanya ia memberi kesan kepada tulang paha, pelvis, tulang rusuk, tulang belikat dan tulang lengan atas. Chondrosarcoma biasa dihidapi oleh orang yang berumur 30-60 tahun.