Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Keadaan Bayi dan Ibu Pada Minggu Ke 3 Kehamilan

Posted on August 25, 2017 by admin

Minggu Ke 3 Kehamilan– Pada minggu ini, pelbagai aktiviti berlaku dalam uterus (rahim) kita. Dalam tempoh 12-24 jam setelah kita mengalami ovulasi, sebiji telur mula memasuki tiub fallopio. Telur boleh disenyawakan sekiranya salah satu daripada 300 juta sperma (purata ejakulasi) berjaya menuju tiub fallopio dari faraj dan melalui uterus untuk menembusinya.

 minggu ke 3 kehamilan

Kita mungkin tidak menyedari yang kita hamil. Walau bagaimanapun, kita mungkin terlihat beberapa tompok darah di penghujung minggu ini. Ia dipanggil implantation bleeding, mungkin disebabkan telur yang cuba menempel di dinding uterus dan proses ini bermula 6 hari selepas proses persenyawaan, tetapi tiada siapa yang tahu dengan pasti. Kebiasaannya, tompokan darah itu sedikit dan hanya segelintir ibu hamil yang mengalaminya.

Berlaku Perubahan Hormon Pada Minggu Ke 3 Kehamilan

Apa yang berlaku dalam uterus kita pada kita ini? Banyak proses yang sedang berlaku. Bayi yang terhasil hanya sebesar bola kecil atau blastosis yang mengandungi beratus-ratus sel yang aktif membahagi. Sebaik sahaja blastosis menempelkan dirinya di dalam uterus, ia dikenali sebagai embrio. Sebahagian embrio akan membesar dan menghasilkan plasenta dan mula mengeluarkan hormon kehamilan dinamakan human chorionic gonadotrophin (hCG). Hormon ini memberitahu ovari untuk berhenti mengeluarkan telur dan merangsang hormon estrogen dan progesteron. Ini bagi mengelakkan uterus daripada kehilangan lapisan yang membaluti embrio dan ia merangsang tumbesaran plasenta. 
 minggu ke 3 kehamilan
Hormon yang bertanggungjawab menjadikan ujian kehamilan positif ialah hormon hCG. Pada akhir minggu ini, kita mungkin boleh mengambil ujian kehamilan dan mendapat keputusan positif. Sekiranya ujian itu negatif dan kita masih belum didatangi haid, ulangi ujian itu selepas dua atau tiga hari. 
Ketika semua ini berlaku, cecair amnion mula berkumpul mengelilingi kumpulan bola sel di dalam ruang dan akhirnya menjadi kantung amnion. Cecair ini akan menjadi pelapis kusyen pada bayi di sepanjang tempoh kehamilan. 
Pada saat ini, embrio halus sedang menerima oksigen dan nutrisi serta mengeluarkan bahan kumuh 
melalui sistem pengedaran primitif yang terdiri daripada terowong mikroskopik. Ia menyambungkan bayi yang sedang membesar dengan salur darah di dalam dinding uterus. Pada akhir minggu seterusnya. plasenta menjadi lebih sempurna bagi mengambil alih tugas ini. 

Supplemen Yang Wajib Diambil Pada Minggu Awal Kehamilan

Tiada pemakanan yang setanding dengan diet seimbang dan berkhasiat tetapi mengambil supplemen antenatal memastikan kita mendapat bekalan asid folik, iaitu vitamin B yang mampu mengelakkan kecacatan tiub neural ketika dalam proses pembentukan bayi. 
Asid folik telah terbukti dapat mengurangkan risiko bayi terkena kecacatan saraf tulang belakang (neural tube defect) seperti spina bifida dan mengurangkan risiko serangan jantung, stroke, kanser dan diabetis. Setiap wanita di peringkat umur layak hamil sepatutnya perlu mendapatkan 0.4mg asid folik setiap hari. 
pessediaan sebelum hamil
Bayi yang lahir dengan neural tube defect kerana kekurangan asid folik

Asid Folik telah terbukti dapat mengurangkan risiko bayi terkena kecacatan saraf tulang belakang (neural tube defect) seperti spina bifida dan juga mengurangkan risiko serangan jantung, strokes, cancer dan juga diabetes. Setiap wanita diperingkat umur layak hamil, sepatutnya perlu dapatkan 400 mikrogram (mcg) ataupun 0.4 mg Asid Folik setiap hari.

Anda boleh dapatkan supplement Vitamin B with folic acid sebagai persediaan sebelum hamil di SINI-BUY NOW!



DAPATKAN B-COMPLEX WITH FOLIC ACID DI SINI!

    Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.


ATAU

HUBUNGI KAMI

Klik image untuk terus whatapps

Kawasan COD: Sentul-Gombak-KLCC-Selayang-Batu Caves-Taman Melati

Dan penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.

Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628

Jom Cari : Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
March 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« May    
©2021 | Design by Superb