Ramai orang yang sangat particular bab berat badan ni. Bukan sekadar untuk cantik sahaja bila memiliki badan yang kurus, tetapi badan juga akan sihat dan cergas. Betapa ramai orang yang obes mengalami masalah kesihatan seperti jantung, kencing manis, darah tinggi seawal usia 20 an lagi. Memang sangat mengejutkan!
Namun, nak kembalikan berat dalam range berat badan ideal, semua orang fikir ianya payah! Tak boleh makan! Kena puasa tiap2 hari! Ohh, tidak2..semua itu salah ya..Diet cara berlapar akan memudaratkan badan anda tau..
Di sini, saya ingin berikan tips kurus tanpa berlapar! Jom tengok..
1) Isi pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian baru letakkan daging dan nasi.
2) Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.
3) Jangan melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Itu cara yg salah, sarapan, mkn tengahari dan malam penting!
4) Jangan makan makanan bergoreng/berminyak/pedas/berlemak pada waktu malam!
Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7 mlm. Makanan yang diambil slps itu akan dicerna dgn perlahan dan menyebabkan kegemukan.
5) AMBIL SARAPAN PAGI. Ia akan menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat utk membakar kalori.
6) MAKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN. Semasa kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
7) Bersenam sebanyak 3 kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan untuk pembakaran dan pemecahan lemak.
8) Terlalu banyak garam akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh akan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan.
9) ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS. Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
10) BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang secukupnya.
11) Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus.
12) Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun ia mengandungi vitamin dan mineral, ia juga ada kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua. Ini antara tips nak kuruskan badan ye. Macam saya, dah beberapa bulan tinggalkan ais dan minuman manis. Nampak kesan di perut dah sedikit rata.. tapi belum sampai jadi six pax la.
Saya sedang berusaha untuk menurunkan lagi berat badan sehingga mendapat berat badan idaman dengan bantuan Alfafa dan Lechitin.
Alfalfa dan lechitin/herbalax membantu dalam membuang lemak dan sebagai detoks. Jadi pada sesiapa yang nak kurus dengan shaklee, boleh pm saya (013-5241628).
atau beli online HARI INI!