Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Rawatan Osteoporosis Paling Mudah Dan Berkesan!

Posted on January 12, 2017 by admin
Krak…tiba-tiba kedengaran bunyi retakan. Seorang makcik yang berumur lewat 40an yang hendak mengubah posisi dari duduk ke berdiri, tiba-tiba bunyi retakan berlaku. Rupanya tulang makcik tadi patah secara tiba-tiba. Apabila berjumpa doktor, makcik itu disahkan mengalami tulang rapuh atau osteoporosis! Sebelum ini tiada tanda yang serius yang makcik ini mengalami osteoporosis. 

Takutkan! Bagi sesiapa yang telah disahkan mengalami osteoporosis, jangan takut dan putus asa, rawat osteoporosis sebelum parah! Merawat osteoporosis ini penting untuk memastikan kesihatan tulang yang masih elok kekal kuat dan dapat berfungsi dengan baik.

 rawatan osteoporosis

Apa Itu Osteoporosis?

Osteoporosis ialah masalah tulang rapuh dan ianya terjadi apabila tulang kita mengalami proses penyerapan yang tinggi, tetapi proses pembinaan tulang yang sedikit dan perlahan. Akibatnya tulang mudah rapuh, kurang tisu dan kurang kepadatan. Ini menjadikan tulang mudah patah hanya dengan terjatuh kecil atau terlanggar meja dan sebagainya.



 merawat osteoporosis


Tulang kita sebenarnya sangat aktif dan melakukan proses pembentukan sel tulang baru. Lalu, bagaimana nasib sel tulang yang telah tua? Sel tulang yang telah tua akan dibuang daripada tubuh. Pertumbuhan tulang pada anak-anak dan orang dewasa itu berbeza. Pada anak-anak, proses pembentukan tulang jauh lebih cepat daripada pembuangan sel-sel tulang yang telah tua. Itulah sebabnya, tulang pada anak-anak akan terus membesar dan bertambah panjang. Pada golongan dewasa muda, pembentukan sel tulang baru sama dengan kadar pembuangan sel tulang mati. Namun, pada usia 30-40 tahun, akan terjadi penurunan kecepatan pembentukan tulang. Pada masa inilah, seseorang mudah terdedah kepada osteoporosis.


Wanita Berisiko Mendapat Osteoporosis

Masalah osteoporosis boleh dialami oleh semua golongan tidak kira usia dan keadaan. Namun, statistik osteoporosis banyak dialami oleh wanita. Salah satu sebabnya adalah kerana jisim tulang wanita memang sudah sedikit berbanding lelaki. 

1. Wanita Mengandung Dan Menyusukan

Semasa hamil dan menyusukan, penyerapan kalsium dalam usus ibu akan meningkat untuk memenuhi keperluan kalsium bayi yang dikandung atau yang disusukan. Apabila pengambilan kalsium harian si ibu tidak mencukupi, keperluan kalsium bayi terpaksa diserap daripada tulang ibu, Oleh itu, pengambilan kalsium harus ditingkatkan selama mengandung dan menyusukan. Jumlah kalsium yang dicadangkan oleh pakar pemakanan ialah sebebesar 1200 mg per hari.
Jarak kehamilan yang dekat juga akan mempercepatkan kehilangan kalsium tulang, terutama bagi ibu yang tidak mengambil kalsium secukupnya. Dengan kehamilan yang diatur jarak antara 2-3 tahun, status kalsium ibu akan kembali normal sebelum hamil dan menyusui anak berikutnya. 

2. Wanita Menopause

Untuk wanita menopause, tahap hormon estrogen kian menurun. Estrogen ada hormon yang berfungsi untuk melindungi tulang. Jadi, tulang akan mudah mereput!

3. Wanita Haid

Apabila period, badan kehilangan banyak KALSIUM. Jadi bagi sesetengah wanita, penurunan kadar kalsium dalam badan akan menyebabkan susu juga menurun. Ini kerana kalsium merupakan salah satu komponen terbesar dalam penghasilan susu ibu.
Semasa period, kita kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah yang perlu disingkir. Kalsium yang ada di dalam badan perlu digunakan untuk membina semula darah dan disebabkan ini, kalsium di dalam badan semakin berkurang dan ini turut mempengaruhi penghasilan susu badan.

Ubah Diet Dan Gaya Hidup

1. Ambil Supplemen Nutrisi Ostematrix

 ubat osteoporosis

Semua orang yang telah disahkan menghidap osteoporosis juga dinasihatkan untuk membuat perubahan pada diet dan gaya hidup. Pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi adalah sangat penting dalam rawatan osteoporosis. Kalsium boleh mengelakkan kehilangan tulang dan vitamin D akan membantu badan menyerap kalsium dengan lebih baik. Semua zat nutrisi kalsium dan vitamin D ini ada dalam Ostematrix. 
Anda boleh mengambil kalsium dan vitamin D dalam diet anda atau sebagai makanan tambahan. 


2. Ambil Makanan Kaya Kalsium

Antara sumber-sumber baik bagi kalsium adalah susu dan produk berasaskan tenusu, sayuran hijau 
gelap berdaun seperti kai lan, pak choy dan brokoli, produk soya seperti tempe dan susu soya, ikan dengan tulang lembut dan boleh dimakan seperti sardin dalan tin dan ikan bilis, dan minuman, biskut dan bijirin yang diperkaya. Vitamin D pula dihasilkan oleh badan apabila ia terdedah kepada cahaya matahari selama 10 hingga 20 minit.
Kalsium dan vitamin D juga diambil sebagai makanan tambahan jika pengambilannya dalam diet tidak mencukupi. Di samping memastikan pengambilan anda mencukupi, makanan tambahan juga diambil untuk memaksimumkan kesan terapi dadah anda. 

3. Senaman 

Akhir sekali, ingatlah bahawa pemakanan dan gaya hidup anda turut memainkan peranan penting dalam merawat osteoporosis. Selain memastikan ada mendapat kalsium dan vitamin D, anda juga perlu bersenam. Berjalan dan tai chi adalah contoh senaman menahan berat yang akan merangsang pembentukan tulang. Tetapi, dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum memulakan sebarang regim senaman untuk mengelakkan kecederaan yang tidak disengajakan.

4. Tinggalkan Rokok Dan Minuman Beralkohol

Anda juga perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan pengambilan alkohol, natrium dan kafein berlebihan. Elakkan dari menghisap rokok juga. Semua ini boleh mempercepatkan kehilangan tulang dan membantutkan rawatan osteoporosis.

JOM AMBIL OSTEMATRIX!

Jangan tunggu lagi! Jom rawat osteoporosis sebelum parah!Pilihan di tangan anda.

Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.

ATAU

HUBUNGI KAMI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb