Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Tips Mencegah Tulang Rapuh Di Kalangan Wanita Malaysia

Posted on January 26, 2017 by admin

 mencegah tulang rapuh

Tips Mencegah Tulang Rapuh– Penyakit Tulang Rapuh (Osteoporosis) banyak dihidapi oleh golongan wanita. Menurut Persatuan Osteoporosis Malaysia, kejadian tulang rapuh yang tepat tidak diketahui tetapi anggaran lebih daripada 400,000 wanita Malaysia menderita masalah tulang rapuh.

Pada tahun 2020, bilangan penduduk Malaysia yang berusia 55 tahun dijangka meningkat ke 4.6 juta daripada keseluruhan populasi 28.6 juta. Disebabkan golongan emas ini berpotensi untuk mengalami masalah tulang rapuh (osteoporosis), jadi jumlah kejadian tulang rapuh juga dijangka akan meningkat.

Di negara kita juga, 40% wanita berumur 30 tahun ke atas terdedah dengan risiko mengalami masalah tulang rapuh akibat kekurangan kalsium. Kaji selidik yang dibuatkan menunjukkan sebahagian besar wanita Malaysia menyedari akan kepentingan kalsium namun menyedihkan ramai yang masih mengambil ringan dan menganggap usia mereka masih muda.

Memandangkan penyakit tulang rapuh (osteoporosis) ini semakin meningkat saban tahun dan boleh dikatakan sebagai pembunuh senyap bagi wanita, langkah atau tips mencegah tulang rapuh di kalangan wanita di negara kita harus diambil serius.

Bagaimana Tulang Rapuh Berlaku?

Tulang rapuh atau Osteoporosis ialah masalah tulang rapuh dan ianya terjadi apabila tulang kita mengalami proses penyerapan yang tinggi, tetapi proses pembinaan tulang yang sedikit dan perlahan. Akibatnya tulang mudah rapuh, kurang tisu dan kurang kepadatan. Ini menjadikan tulang mudah patah hanya dengan terjatuh kecil atau terlanggar meja dan sebagainya.


 mencegah tulang rapuh

Wanita Berisiko Mendapat Tulang Rapuh (Osteoporosis)

Masalah  tulang rapuh boleh dialami oleh semua golongan tidak kira usia dan keadaan. Namun, statistik tulang rapuh banyak dialami oleh wanita. Salah satu sebabnya adalah kerana jisim tulang wanita memang sudah sedikit berbanding lelaki. 

1. Wanita Mengandung Dan Menyusukan

Semasa hamil dan menyusukan, penyerapan kalsium dalam usus ibu akan meningkat untuk memenuhi keperluan kalsium bayi yang dikandung atau yang disusukan. Apabila pengambilan kalsium harian si ibu tidak mencukupi, keperluan kalsium bayi terpaksa diserap daripada tulang ibu, Oleh itu, pengambilan kalsium harus ditingkatkan selama mengandung dan menyusukan. Jumlah kalsium yang dicadangkan oleh pakar pemakanan ialah sebebesar 1200 mg per hari.
Jarak kehamilan yang dekat juga akan mempercepatkan kehilangan kalsium tulang, terutama bagi ibu yang tidak mengambil kalsium secukupnya. Dengan kehamilan yang diatur jarak antara 2-3 tahun, status kalsium ibu akan kembali normal sebelum hamil dan menyusui anak berikutnya. 

2. Wanita Menopause

Untuk wanita menopause, tahap hormon estrogen kian menurun. Estrogen adalah hormon yang berfungsi untuk melindungi tulang. Pada saat menopause, kekurangan hormon estrogen akan mempengaruhi kepadatan tulang. Penyakit tulang yang dikhuatirkan sebahagian wanita pada saat menopause adalah penyakit tulang rapuh dan berisiko tinggi untuk mengalami tulang patah, dan  tulang akan mudah mereput!

Wanita tidak dapat menghindari menopause, tetapi mereka dapat melakukan langkah pencegahan untuk melambatkan terjadinya osteoporosis!

3. Wanita Haid

Apabila period, badan kehilangan banyak KALSIUM. Jadi bagi sesetengah wanita, penurunan kadar kalsium dalam badan akan menyebabkan susu juga menurun. Ini kerana kalsium merupakan salah satu komponen terbesar dalam penghasilan susu ibu.
Semasa period, kita kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah yang perlu disingkir. Kalsium yang ada di dalam badan perlu digunakan untuk membina semula darah dan disebabkan ini, kalsium di dalam badan semakin berkurang dan ini turut mempengaruhi penghasilan susu badan.


Tanda Penyakit Tulang Rapuh

Tanda-tanda tulang rapuh yang muncul ini tidaklah serius mana. Ramai orang beranggapan ianya adalah tanda-tanda biasa kerana keletihan atau bebanan kerja. Bila tulang sudah patah, barulah sedar rupanya tanda sebelum ini adalah tanda awal kepada penyakit tulang patah atau osteoporosis. Mulai hari ini, jangan pandang sebelah mata tanda-tanda ini. Tanda ini boleh jadi menjadi tanda tulang anda semakin hilang kepadatan dan anda perlu berbuat sesuatu!

1. Rasa nyeri dan ngilu pada tulang belakang.

2. Sering sakit pada punggung dan pinggang.

3. Ada kelainan pada bentuk tulang seperti kyphosis. (badan mulai membongkok).

4. Kaki membengkok menyerupai huruf O.

Tips Mencegah Tulang Rapuh Di Kalangan Wanita Malaysia

Berapa pun umur anda, jangan pernah rasa terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik, terutama daripada aspek penjagaan kesihatan yang baik. Memastikan kesihatan tulang yang kuat harus dimulai sejak muda lagi untuk mengurangkan risiko tulang rapuh (osteoporosis). Semakin bertambah usia, tulang tidak dapat membuat tulang baru dengan cukup cepat untuk mengatasi
sel tulang yang telah tua dan mati. Ia membawa kepada risiko mendapat tulang rapuh.

Berikut merupakan beberapa tips untuk mencegah tulang rapuh di kalangan wanita:

1. Mendapatkan kalsium yang cukup setiap hari.

 mencegah tulang rapuh

Tulang dibina dengan unsur KALSIUM. Jadi sangatlah penting untuk anda memenuhi keperluan kalsium yang cukup setiap hari. Kalsium boleh didapati daripada sumber makanan seperti yogurt, susu bebas lemak, tauhu, bayam dan kacang putih. Namun, pengambilan diet untuk mendapatkan sumber kalsium ini seringkali tidak terpenuhi dan dipandang tidak serius.

Jadi, untuk memastikan kadar kalsium yang cukup setiap hari, selain makanan, sumber kalsium boleh didapati daripada supplement kalsium. Anda boleh mendapatkan sumber kalsium terbaik daripada supplement Ostematrix.

Kadar Harian Kalsium Yang Disarankan
Usia (tahun) Milligrams(mg) per hari
9-18 1300
19-50 1000
51 and older 1200

2. Mendapatkan Vitamin D yang cukup.

Vitamin D sangat penting untuk membantu penyerapan kalsium yang optimum daripada pengambilan makanan atau daripada supplement kalsium. 
Secara semulajadi, vitamin D dihasilkan oleh kulit semasa kulit terdedah kepada sinaran matahari. 
Vitamin D boleh didapati dalam susu, telur kuning, atau salmon yang telah dimasak atau dengan pengambilan supplement Ostematrix yang mengadungi sumber kalsium dan vitamin D sekali. 

3. Makan makanan yang sihat.

Zat mineral lainnya (seperti vitamin K, vitamin C, magnesium, zinc, dan protein) juga membantu dalam pembentukan kekuatan tulang. Susu mengandung mineral yang  tinggi. Begitu juga daging tanpa lemak, ikan, sayuran hijau, dan buah-buahan.


4. Bersenam dan beriadah




Bergerak aktif dapat membantu tulang anda dengan cara:

1) Melambatkan tulang rapuh,
2) Meningkatkan kekuatan otot.
3) Membantu keseimbangan metabolism tubuh
Lakukan olahraga yang menyenangkan secara rutin. Banyak hal yang dapat anda lakukan seperti berjalan, menari, berlari, naik tangga, berkebun, berjogging, mendaki, main tenis, angkat beban, yoga, tai chi dan lain-lain lagi. 


5. Jangan Merokok

Merokok meningkatkan risiko mengalami kerapuhan tulang. Hal ini membahayakan tulang dan menurunkan kadar hormon estrogen dalam tubuh, di mana estrogen berperanan untuk melambatkan proses hilangnya kepadatan pada tulang.

6. Jangan Ambil Alkohol

Alkohol dapat menghalang penyerapan kalsium dalam tubuh. Bahkan, mengambil alkohol berlebihan pada satu waktu tertentu dapat mengganggu keseimbangan metabolisme tubuh anda.


7. Cipta Suasana Selamat Dalam Rumah

Kurangkan kemungkinan untuk terjatuh dengan mencipta suasana selamat dalam rumah,. Gunakan alas kaki di bilik mandi, jaga agar lantai tetap rata dan tidak licin, buang permadani yang dapat membuat terjatuh, pasang tiang penyangga untuk tempat berpaut terutama di dalam bilik mandi untuk menghindari dari terjatuh.

8. Ambil Supplement Nutrisi Ostematrix

 ubat osteoporosis
Pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi adalah sangat penting dalam rawatan osteoporosis. Kalsium boleh mengelakkan kehilangan tulang dan vitamin D akan membantu badan menyerap kalsium dengan lebih baik. Semua zat nutrisi kalsium dan vitamin D ini ada dalam Ostematrix.

Ostematrix juga kaya dengan mineral lain seperti magnesium, vitamin D, boron yang mana semua mineral ini sangat penting untuk menguatkan tulang.

Kenapa Ostematrix Shaklee dan bukan pil kalsium lain di luar sana?


Kebanyakan pil kalsium di luar sana tak diserap dgn baik oleh badan kita. Mudah terjadi endapan atau lebihan kalsium dalam badan.

Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium. Utk memastikan semua kalsium diserap dgn baik oleh tubuh, kalsium mesti sekali dgn Vitamin D dan Magnesium.
Itu sebab ostematrix mmg ramai sangat peminat!

Ostematrix mampu memberikan sumber kalsium yang cukup untuk badan. Semua golongan wanita telah mendapat manfaat yang banyak daripada Ostematrix termasuk ibu hamil, ibu menyusukan, wanita menopause, dan membantu menghilangkan cramp, sakit belakang, sakit pinggang yang berpunca daripada kurangnya kalsium.

Apa Kata Pengguna Ostematrix


TESTIMONI 1

TESTIMONI 2
TESTIMONI 3
Ini baru sebahagian daripada feedback customer selepas menggunakan Ostematrix. Rata-rata pengguna Ostematrix memberikan maklumbalas yang sangat positif.


MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT
Apa tunggu lagi? Dapatkan Ostematrix hari ini!

Ostematrix bukan sekadar Kalsium.

Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.

ATAU

HUBUNGI KAMI





Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« May    
©2023 | Design by Superb