Cara menghilangkan jerawat menjadi pencarian utama bagi yang mempunyai masalah kulit wajah berjerawat. Pelbagai usaha dicari termasuk telah bertukar pelbagai produk kecantikan dan mencuba pelbagai tips menghilangkan jerawat. Namun, masalah jerawat tetap tidak selesai, malah makin meneruk! Cara menghilangkan jerawat dengan berkesan perlu diperhatikan caranya. Jika salah memilih cara menghilangkan jerawat menggunakan kosmetik mengandungi merkuri dan bahan kimia, keadaan jerawat anda akan bertambah parah.
Memiliki jerawat memang sangat mengganggu terutamanya jerawat pada wajah. Wajah kelihatan kusam dan tidak menarik. Munculnya jerawat dapat menghilangkan rasa percaya diri terutama apabila melibatkan aktiviti yang mesti bertemu orang lain. Kadang-kadang jerawat menjadi satu perkara yang memalukan bagi orang yang sangat mementingkan kecantikan dan penampilan.
Penyebab Jerawat
Penyebab jerawat pada kulit terjadi apabila pori-pori (liang roma) kita tersumbat akibat sel kulit mati, kekotoran atau minyak yang tidak. dibersihkan.
Rembesan minyak daripada kilang minyak akan terkumpul dan menggalakkan pengumpulan bakteria dalam kulit.
Seterusnya, bintik putih (whitehead) akan terbentuk akibat liang roma yang tertutup, dan oksigen tidak dapat masuk.
Bintik hitam (blackhead) pula akan terbentuk apabila
oksigen dapat melalui liang tersebut.
Pori-pori yang tersumbat menyebabkan keradangan di bawah kulit. Apabila pengumpulan minyak semakin banyak, ruang folikel akan terhakis sehinggalah ke permukaan kulit.
Sebab itulah, kita melihat bintik jerawat mula-mula keras, lepas itu memerah, dan kemudian bertukar kuning (tanda jerawat sudah masak).
Masa ini, nanah jerawat boleh dopecahkan, dikeluarkan dan dibersihkan dengan mudah. Nanah inilah sebenarnya minyak, kekotoran bercampur
bakteria di bawah kulit.
Antara penyebab jerawat yang lain ialah:
1. Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormon kepada seseorang wanita seperti mencapai akil baligh remaja, datangnya ataupun menjelangnya menopause, jerawat akan muncul kerana perubahan hormon dalam badan. Perubahan hormon ini kadangkala terkawal dan boleh jadi tidak terkawal. Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang, steroid, vitamin B12 juga antara faktor penyebab perubahan hormon.
2. Tekanan (Stress)
Sesetengah jerawat akan timbul akibat daripada tekanan fizikal mahupun emosi. Tekanan menyumbang kepada penghasilan minyak dan sebum pada kulit dengan banyak, dan mendorong kepada pertumbuhan jerawat. Jadi, siapa yang tidak suka pada jerawat, jangan stress ok! Stress dapat dikurangkan dengan pengambilan Omega Guard, Vitamin B Complex.
3. Pemakanan
Pemakanan seperti kacang, makanan berperisa, seafood (udang, ketam, sotong, kerang), budu, belacan, makanan berminyak, makanan bergoreng, makanan berlemak seperti santan, dairy products seperti susu lembu dan coklat sangat menyumbang kepada pembentukan jerawat.
4. Faktor Genetik
Jika ibu, ayah, abang atau kakak kita mempunyai kulit berjerawat, kita juga berpotensi untuk mudah kena jerawat.
5. Allergic atau Alahan
Allergic atau alahan berlaku apabila kita menggunakan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit kita. Cara pembersihan makeup yang tidak betul juga menyebabkan liang roma pada kulit tersumbat, kulit jadi berminyak dan merangsang pertumbuhan jerawat.
6. Persekitaran & Pencemaran
Tinggal di kawasan habuk dan udara yang tercemar dengan asap dan bahan kimia juga menjadikan penduduk kawasan itu mudah mendapat jerawat. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan
inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.
7. Jangkitan Pada Kulit & Resdung
Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.
Cara Menghilangkan Jerawat Cara SemulaJadi
Cara-cara menghilangkan jerawat secara umum dapat menggunakan bahan-bahan semulajadi, Berikut merupakan 4 cara menghilangkan jerawat dengan mudah, di antaranya adalah:
1. Putih telur

Putih telur merupakan bahan semulajadi yang cukup mudah digunakan untuk menghilangkan jerawat. Menggunakan putih telur juga murah. Penggunaan putih telur harus konsisten dan terus menerus. Sesekali menggunakannya mungkin tidak akan berhasil menghilangkan jerawat.
TIMUN mempunyai kadar air yang banyak dan kandungan yang memberikan kesegaran pada kulit wajah .Dengan banyaknya kandungan air ini, timun berupaya membersihkan kotoran pada pori-pori wajah sehingga akan melancarkan saluran pori-pori tersebut. Hirisan timun ditempelkan pada wajah yang berjerawat, sehingga peradangan yang disebabkan oleh jerawat akan berkurang.
3. Madu asli.
Madu selalu dijadikan bahan yang efektif untuk kesehatan serta kecantikan. Selain itu, madu yang asli dapat digunakan juga untuk mengatasi jerawat yang timbul di wajah dengan cara yang mudah, iaitu hanya menyapunya pada wajah dan dibiarkan selama kurang lebih 15 minit. Selain menghilangkan jerawat, madu juga akan turut memberikan kelembapan dan meluruhkan minyak di wajah.
4. Lidah buaya.
Tanaman yang satu ini memang sudah tidak asing lagi di dunia kecantikan. Aloevera atau masyarakat kita menyebutnya lidah buaya sering digunakan sebagai bahan semulajadi untuk perawatan rambut ataupun kulit. Lidah buaya juga dapat mengurangkan penghasilan minyak berlebihan yang merupakan penyebab utama jerawat.
Menghilangkan jerawat dengan cara semulajadi seperti di atas mungkin memakan masa, tetapi sangat mudah untuk dilakukan. Konsisten menggunakannya penting untuk membantu menghilangkan jerawat di wajah.
Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat
Set Jerawat yang terdiri daripada ESP (Energizing Soy Protein) dan Vitamin C Sustained Release dapat membantu menghilangkan jerawat, parut jerawat dengan cepat, berkesan dan selamat! Dengan syarat, pengambilannya mestilah konsisten.
Bagaimana ESP dan Vitamin C Sustained Release Bertindak Untuk Menghilangkan Jerawat?
1. ESP (Energizing Soy Protein)
Energising Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia turut diperkaya dengan sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai bagi pengidap kencing manis.
1. ESP membantu menghasilkan sel kulit muka yang cantik, halus, gebu dan berseri.
2. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut disebabkan kekurangan protein untuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
Selain itu, manfaat ESP ini sebenarnya banyak lagi, bukan untuk kesihatan dan kecantikan kulit semata tau!
Banyak lagi manfaat ESP rupanya, Tak rugi memilikinya!
2. Vitamin C Sustained Release
1. Menghasilkan kolagen.
2. Memelihara sel daripada radikal bebas.
3. Melambatkan penuaan.
4. Membantu baik pulih sel kulit,
5. Meningkatkan antibodi badan melawan alahan.
6. Mencerahkan kulit yang kusam.
TESTIMONI PENGGUNA SET BASIC KECANTIKAN
 |
TESTIMONI 1 |
 |
TESTIMONI 2 |
 |
TESTIMONI 3 |
 |
TESTIMONI 4 |
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca Artikel ‘Cara Menghilangkan Jerawat’.
DAPATKAN SET BASIC KECANTIKAN
INI SEKARANG!
Nak kulit cantik bebas jerawat dan parut jerawat, jom dapatkan ESP dan vitamin C! Selain memberikan kecantikan kulit, BONUSnya, badan juga akan bertambah-tambah sihat.
Fb: Intan Farhana Sharifudin
Fanpage: http://www.facebook.com/VitaminDocket
Email: intan_ifs@yahoo.com
Shaklee Independent Distributor No 1235190