Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Tempat Makan Best di Kedah Alor Setar

Posted on February 2, 2017 by admin

 tempat makan best kedah

Tempat Makan Best di Kedah Alor Setar-Baru-baru ini kami sekeluarga ke Alor Setar. Bagi pelancong seperti kami ni, tempat wajib yang mesti pergi tentulah Pekan Rabu. Kompleks Pekan Rabu yang telah berpindah sementara waktu ke Ukir Mall untuk memberikan peluang renovasi dan naik taraf kepada bangunan lama dijalankan. Biarpun di lokasi yang berbeza, Pekan Rabu sentiasa menggamit kedatangan pengunjung sekali gus menjadi sumber rezeki kepada lebih 200 peniaga pelbagai barangan di Pekan Rabu seperti kuih-muih, pakaian tradisional, produk industri kecil dan sederhana.

Ini kali kedua saya ke Pekan Rabu. Kali pertama adalah semasa outing yang mana ketika itu saya masih bersekolah di Kedah hampir 15 tahun yang lalu. Kunjungan kali kedua ini membuka mata saya yang sudah begitu banyak pembaikan dan naik taraf yang dilakukan untuk memastikan Pekan Rabu tetap menjadi tumpuan pelancong. 
Kami sampai di Pekan Rabu di awal pagi untuk bersarapan pagi sementara menunggu kedai-kedai dalam Kompleks Pekan Rabu dibuka. Tempat pilihan kami tentulah Medan Selera Pekan Rabu itu sendiri. Dengan pelbagai gerai jualan, makanan yang unik, dan harga yang sangat berpatutan,  boleh dikatakan ia menjadi antara Tempat Makan Best di Kedah.

Makanan Sedap di Pekan Rabu

Banyak betul pilihan makanan di Pekan Rabu. Untuk makan pagi sahaja, pelbagai jenis makanan sedap dan unik yang dijual. Anda akan terpesona dengan rasa, kualiti dan presentation makanan di sini. Dengan harga yang sangat murah, anda boleh menikmati makanan yang jauh lebih baik daripada tempat lain.
Sarapan pagi telur-RM3
Chicken Chop RM3.50
Salah satu daripada set roti-RM9
Meatball yang jauh lebih sedap dari IKEA.
Antara salah satu gerai di Medan Selera Pekan Rabu
Makanan biasa Malaysia pun boleh didapati di sini, seperti nasi lemak, roti canai.

Bestkan! Jadi, sesiapa yang berkunjung ke Kedah, jangan lupa singgah di Pekan Rabu dan nikmati makanan di medan selera Pekan Rabu yang sedap, dan berpatutan ini!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb